Mencari sesuatu mengenai panduan blog, agama, berita dari internet, video menarik dan isu semasa.

Archive for November, 2007

Tutorial Photoshop – Gunakan Slice

Sedikit tutorial mengenai photoshop, cara mengunakan tool Slice. Tujuan utama tutorial ini kerana ada rakan saya bertanyakan mengenai nya di ruangan forum private.

Apa itu Slice Tool :-
Slice adalah alat untuk anda membahagikan sesuatu imej ke dalam bahagian-bahagian yang lebih kecil seperti gambar yang biasa (tetapi siap di bahagikan kepada bahagian-bahagian tertentu).

Kenapa perlu guna slice :-
Tujuan untuk mempercepat kan load sesuatu website. Alat ini selalu di gunakan oleh website yang berunsur statik atau tetap. Jadi untuk mempercepatkan sesuatu load website tersebut, perlu lah mengunakan slice.

Langkah satu :-

Open photoshop macam biasa.. Pilih gambar yang berkaitan untuk di slice kan. Tekan button –> .
Klik kepada gambar yang kita open tadi. Ia akan kelihatan begini :-

 

    Jika anda perasan… gambar tersebut telah di bahagikan dengan beberapa bahagian.. Anda boleh buat seberapa banyak bahagian, cuma klik sahaja kepada gambar tersebut dan ia akan membahagikan lagi bahagian yang lain Smile mudah kan?

Ok, sekarang kita perlu save kan ia pula…. klik pada File –> Save for Web & Device.. seperti gambar di bawah ini….

    Selepas itu, anda akan masuk kebahagian yang lain… sekarang anda boleh klik dekat button save di atas sekali di sebelah kanan anda. Setelah anda tekan button save, ia akan keluar seperti gambar di bawah ini….

 


Selepas dah siap setting semuanya.. anda boleh lah klik save..

Sekarang… anda pergi ke tempat yang anda save tadi, maksud saya tempat yang anda save in sebentar tadi.

Tugas anda seterusnya.. upload kan file dan folder tersebut di server anda… sekarang dah siap… anda boleh lah test gambar tersebut menjadi atau tidak jika tidak menjadi… anda perlu lah check code di dalam file html tersebut… selalunya masalah di dalam URL…

p/s : tutorial ini agak bersepah sikit dan saya harap anda dapat melakukannya.. Smile

Popularity: 39% [?]

Saya lupa nak kenalkan ruangan baru…

    Assalamualaikum semua… lama gak saya tak buat post dekat ajakbicara… maklum lah sebuk dengan projek-projek terkini saya… Ohhh lupa selain sibuk dengan projek-projek, saya juga sibuk dengan melayan kerenah ahli keluarga baru saya ( anak sulung ) pada 2 minggu lepas selamat di lahirkan Smile … sekejap sahaja masa berlalu, baru umur 23 tahun dah mempunyai anak Smile . Harap-harap saya dapat atasi masalah-masalah yang akan datang.. kawan-kawan doa kan untuk saya dan keluarga saya yerk… berkat doa kawan-kawan cuma tuhan sahaja yang dapat balas..

Saya lupa nak perkenalkan ruang baru saya… Fun Youtube . Sekali sekala kita perlu gelak ketawa juga kan… jangan tertekan dengan masalah-masalah yang datang jadi untuk mengelakkan stress saya adakan lah ruang tersebut….

P/s: Lupa nak cakap nama anak saya “Wan Siti Umaira” Smile puas duk pikir… scan lelaki..

Popularity: 38% [?]

Tertib Bergurau Senda ( Orang yang dah Berkahwin Sesuai Baca )

Di dalam Kitab Ubad karangan Al-Fadhil Ahmad bin Sulaiman. Kamal Basha telah mencatatkan bahawa Islam menggalakkan umatnya untuk bersenda gurau ketika mahu bersenggama mahupun selepasnya.

Berikut dicatatkan beberapa pengajaran tentang senda gurau.

Apabila seorang lelaki hampir kepada isterinya hendaklah dia menyukakan isterinya dengan bersenda gurau kerana pahalanya besar dan banyak faedahnya.

Menurut Jabir r.a. Rasulullah s.a.w. itu bersenda bergurau terlebih dahulu sebelum jima’. Menurut ahli tabib jika jima’ tanpa bersenda gurau maka anak yang bakal dilahirkan itu perangainya jahat dan buta hatinya. Seperti sabda Nabi s.a.w. yang bererti bahwa tanda gelap hati lelaki ialah bahawa dia jima’ tanpa bersenda gurau dan inilah kelakuan seperti orang tuli.

Digugurkan (dosa mukmin dan isterinya dengan sebab dia bersenda gurau sebelum jima dan akan dikurniakan rezeki yang halal. Rasulullah s..a.w. sendiri menghisap lidah isterinya ketika berjima dan inilah kelakuan sempuma insan yang dapat menyukakan perempuan dan sunnah.

Jimaklah dengan perlahan-lahan hingga terhasil maksudnya serta maksud isterinya. Rasulullah juga berpesan agar kita jangan berhenti jima’ hingga inzal isteri.

Menurut Imam Ghazali di dalam lhya Ulumiddin, jika seorang suami
itu telah inzal dahulu maka janganlah dia berhenti hingga isterinya pula inzal kerana jika tidak dilakukan sedemikian maka kemungkinan isteri akan keras hati dan tiada mengasihi.

Semasa suami itu berhenti kerana telah inzal sedangkan isterinya belum’ inzal, si isteri sedang asyik kemudian merasa malu untuk menyatakan kehendaknya agar diteruskan dayungan,

sebagaimana sabda Rasulullah yang ertinya dilebihkan oleh Allah Ta’ala atas perempuan itu daripada lelaki sembilan puluh sembilan bahagian daripada kesedapan tetapi dianugerahkan oleh Allah Taala bagi perempuan itu perasaan malu.

Apabila seseorang itu jima’ maka janganlah terlalu banyak dipandang kepada faraj isterinya kerana dia akan merasa malu, jangan berkata-kata terlalu banyak ketika jima’ dan tetapkanlah kedudukan diri serta isteri.

Rasulullah s.a.w. menutup kepalanya ketika jima’ dan menahan suaranya dan menutup tubuhnya dan tubuh isterinya.

Rasulullah s.a.w. juga berpesan agar kita tidak melebihkan diri
sendiri ketika jima’ tanpa memperdulikan isteri kerana itu ibarat sifat
kaldai, dan hendaklah ada sesuatu antara suami dan isteri itu, dan apabila baginda ditanya oleb sisahabat apakah yang dimaksudkan itu maka baginda menjawab babawa itulab ciuman dan senda gurau.

Menurut Jaafar bin Qais, jika kita mahu dikasihi oleh isteri maka hendaklah bersenda gurau, dengannya sebelum jima’.

Demikian secara terperinci tertib bersenda gurau di dalam Islam yang digali dari perbuatan Rasulullah s.a.w. sendiri untuk panduan.

Firman Allah s.w.t.

“Dan mereka yang menjaga kehormatannya (yang menjaga nafsu syahwatnya daripada perbuatan zina), kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain daripada yang demikian, (sesiapa yang mengadakan hubungan dengan yang bukan isterinya atau hambanya) maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.”

(Surah al-Mu’minun: 5-7)

p/s : islam itu suci… suci dari segalanya… termasuklah perlakuan seharian kita…

Popularity: 61% [?]