Mencari sesuatu mengenai panduan blog, agama, berita dari internet, video menarik dan isu semasa.

Archive for December, 2007

Huru-Hara

Huru-hara di mana-mana
Terjadi di tiap tempat dan masa
Peperangan menggila membunuh manusia
Musnahkan harta kemiskinan di merata dunia

Penzaliman di seluruh dunia
Kerosakan harta hilangkan kemanusiaan
Kasih sayang hilang dari hati kita
Jiwa kosong dan menderita

Di mana pergi hidup dalam ketakutan
Kerna manusia penuh dengan keganasan
Kejahatan manusia lebih merbahaya
Akalnya merosak dan memperdaya

Di manakah kita hendak pergi lagi
Ke manakah kita mahu selamatkan diri

Ke mana kita hendak mengadu
Pada siapa kita minta pertolongan
Yang kaya tidak boleh harapkan
Orang besar juga sama sahaja
Cerdik pandai petah berkata tanpa modal

Wahai Tuhan bantulah kami
Jangan biarkan kami derita dan sengsara
Datangkan lah seorang penyelamat dengan segera
Membawa Rahmat dan Barakah .

MariLah kita perjuangkan kasih sayang

wahai saudara saudari
Tuan dan Puan sekelian
MariLah kita perjuangkan
Kasih sayang keperluan manusia bersama
Kasih sayang membawa perpaduan
Rasa bersama dan berkerjasama
Kita perjuangkan dimana saja kita berada

MariLah kita perjuangkan kasih sayang
Kasih sayang membawa perpaduan dan kesatuan
Hari ini kasih sayang sudah gersang
Bahkan kasih sayang dimana-mana sudah hilang

Anak kunci kasih sayang adalah Cintakan Tuhan
Kerana Tuhan itu adaLah cinta Maha Agong
MariLah kita cintaKan Tuhan Rabbul Insan
Nanti cintakan sesama manusia akan berbunga

Tuan Dan Puan IngatLah
Perjuangan Politik membawa pecah belah
Membawa perbalahan permusuhan dan peperangan
MemperjuangKan Ekonomi
mendorong manusia mementingkan diri
Ekonomi selalunya kawan sendiri pun dikhianati

Manusia Hari ini telah menderita
Dan tersiksa akibat tidak ada kasih sayang
Sesama Manusia
Apabila kasih sayang sudah hilang
LahirLah Hasad Dengki

Prejudis pergaduhan dan peperangan
MariLah kita perjuangkan kasih sayang
MariLah kita perjuangkan kasih sayang

Popularity: 25% [?]

Survey untuk kawan-kawan yang online…

Hari ini, begitu banyak sekali rakyat malaysia menyertai perniagaan internet seperti jual e-book, jual barang di lelong dan ebay, dan macam-macam lagi… tetapi saya tidak tahu lah berapa ramai rakyat malaysia mempercayainya…. Yerlah kita tidak berhadapan dengan penjual barang-barang tersebut… macam mana lah kita nak percaya kan!! . Jadi hari ini, saya nak bertanya kepada rakan-rakan online… dan pendapat rakan-rakan online mengenai perkara ini….

Jawablah soalan ini, harap anda jujur….. tuliskan sahaja di bahagian komen….

1 )  Rakyat Malaysia Percaya ker benda-benda ni?

2 ) Kamu mula mengenal internet dari Program ini ker?

3 ) Adakah rakyat malaysia beralih dari skim cepat kaya kepada program seperti ini?

p/s : kerjasama anda amat lah di hargai…. terima kasih kepada rakan-rakan yang telah register…. kepada yang belum register… boleh register di sebelah side bar….. thanks all

Popularity: 32% [?]

Pengakuan orang yang pernah terlanjur..

Pengakuan seorang wanita yang terlanjur…. tengok lah… marilah kita insaf… kerana setiap di kalangan kita sudah pasti ada wanita… contoh nya anak saya sendiri… seorang bayi perempuan.. dan satu hari nanti bakal menjadi seorang wanita…

Popularity: 70% [?]