Subhanallah, saya baru lepas solat maghrib.. Selepas itu terpandang di TV3 yang membuat review pasal Anugerah Juara Lagu. Apa yang saya nak sampaikan disini ialah mengenai Penampilan Artis di dalam kaca TV, sungguh lah seksi.. ibarat kan saya menonton Grammy Awards bukannya Anugerah Juara Lagu. Memanglah benda ini dah lama berlaku… Tetapi pernah kah kita terpikir bahawa kita hidup di dalam negara Islam.
So, tak pandai-pandai lagi pihak yang terbabit untuk mengambil tindakan. Faizal Tahir telah di ambil tindakan tapi bagaimana pula, Artis wanita yang memang jelas salah dalam undang-undang islam…(saya saja cakap undang-undang pada zaman ni mana takut dengan hukum)… Saya pun tak paham kenapa wujudnya Jabatan Agama Islam <– takkan nak tangkap ajaran sesat aje kot. Saya pun tak paham kenapa wujudnya beberapa lagi Jabatan yang di beri tanggungjawab oleh kerajaan untuk memantau aktiviti-aktiviti artis.
Sebenarnya kita tidak boleh mengharapkan Pihak Kerajaan atau Pihak Agama sahaja, Kita sendiri perlu ambil tindakan.. dengan cara tidak memuja pada artis, mempertengahkan isu ini, dan macam-macam cara lagi. Tapi kita tidak melakukan perkara sebegini… Kenapa? Adakah kita takut kita pula yang mengambil tindakan? atau pun NANTI DAH TIADA TEMPAT UNTUK CUCI MATA.
Apa punya gila lah… kalau kita berfikiran sebegini….
p/s :- saya tahu tiada guna saya meluahkan perasaan disini…
p/s:- tetapi sebagai orang yang beragama islam.. SAYA TIDAK AKAN TAKUT DALAM BERKATA YANG BENAR!!!!
p/s :- yang haram tetap haram… tidak boleh di halalkan.. ( Cari rezeki dengan cara elok tak boleh? )
5 post yang ditulis oleh sahabat
- Aku masih tidak mahir... - July 1st, 2009
- Berhati-hati mengenai islam. - June 26th, 2009
- Berkahwin dikala waktu muda, adakah sesuai pada masa kini? - June 16th, 2009
- Minta maaf kepada pelanggan hosting saya. - June 12th, 2009
- Design Ebook? Boleh jadi kaya ke? - June 6th, 2009
Popularity: 70% [?]





Penulis blog ini telah banyak melalui pengalaman-pengalaman kehidupan. Kebanyakkan post yang ada diblog ini adalah berdasarkan pengalaman dan ilmu yang telah dipelajari.
biasalah tuh admin, sbb tu lah saya pun tak berapa suka tengok konsert2 dgn anugerah2 lah apa2 jelah mengenai hiburan Malaysia nih. Tatau nak cakap apa dah… bila ditegur sbb berpakaian menjolok mata kata itu fesyenlah, senilah, sponsorlah, tak ikut peredaran zamanlah… lepas tu pula disokong oleh media-media malaysia nih.. menunjuk body dpn tv dan dlm suratkhabar… kata jer negara islam tapi artis islam ( yg menjadi pujaan kononnya) tak cukup kain atau perangai 3/4…