Bermula ketiadaan orang rumah.
Jangan salah faham tentang tajuk di atas, dan tajuk di atas juga tidak bermaksud saya kehilangan isteri. Sebenarnya isteri saya sudah bermula kerja di salah satu Jabatan Kerajaan di Shah Alam dan ini juga bermaksud anak saya kehilangan umi nya (kena hantar orang lain jaga). Memang perit saya nak menerima keadaan ini yerlah sebelum ini, balik dari kerja isteri ada dekat rumah dah siapkan air untuk saya minum.
Selain itu, saya terkilan kerana cita-cita saya tidak mahu orang rumah saya berkerja. Tetapi apakan daya saya, keadaan dan kewangan tidak mengizinkan. Terpaksa lah saya meminta dia membantu saya
.
Ini tidak bermaksud saya tidak bersyukur atas rezeki yang di berikan Tuhan. Saya tetap bersyukur kerana saya tahu Tuhan itu Maha Mengadili dan Maha Mengasihi.
Alhamdulilah, jika rakan yang lain ingin tahu. Selepas kelahiran anak sulung saya iaitu “Wan Siti Umairah“, Tuhan telah murah rezeki kami sekeluarga. Ini kerana, bukan sekadar isteri saya dapat kerja, saya juga akan follow isteri saya dari belakang. Bukan maksudnya saya ikut belakang isteri saya
. Tetapi saya juga turut lapor diri di JPA pada minggu hadapan. Cita-cita saya untuk mendapat perkerjaan yang berkaitan dengan komputer telah tercapai.
Memang rakan-rakan sepejabat pun kurang percaya, sebab kami suami isteri dapat jawatan yang sama
. Rezeki Tuhan tiada siapa berani pertikaikan, betul tak?
p/s : Itu aje lah, doa kan kami sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya hendak buat kerja untuk customer saya ini. 2 Bulan ini mungkin banyak perlukan belanja kot.
Popularity: 28% [?]

.



Sahabat ingin belajar menjadi blogger yang terbaik. Apa yang di maksudkan terbaik disini ialah menwujudkan satu blog yang penuh informasi dan bukan berlandaskan perniagaan internet sahaja..