Lajukan Wordpress dengan Google Gears
Setelah berjaya di dalam proses upgrade wordpress saya, saya teringin pulak memasang Google Gears untuk berkerjasama dengan blog saya ini. Mesti kawan semua pelik kenapa saya ingin buat hubungan dengan Google Gears ni atau apa itu Google Gears? Di sini saya akan terangkan serba sedikit, tak banyak tau… Sebab saya belum explore habis lagi.
Apa itu Google Gears?
Ia adalah salah satu produk dari google yang di gunakan sebagai addon di browser, ia di gunakan untuk web-web seperti Google Reader dan Google Docs, tujuannya ialah untuk dijadikan seperti offline application alah macam MS word atau Excel.
Mungkin kawan semua tak paham lagi, mudah kata ia digunakan untuk kerja offline seperti membaca, edit dan update data-data yang ada di internet tanpa kawan semua tak perlu online. Dan selepas itu, apabila kawan semua online ia akan menghubungkan ke website-website tersebut untuk upload apa saja yang kawan-kawan telah ubah ketika offline tadi.
Ok, Cukup sampai situ saje… Nak cakap lebih saya tak explore habis lagi benda alah ni. So, ini adalah basic atau method yang di gunakan.
Google Gears dan Wordpress.
Google Gears ini boleh di gunakan di platform wordpress, maknanya macam blog saya ni. Untuk membuat hubungan dengan google gears ini, perhatikan image yang saya sertakan mana tahu boleh bantu kawan semua.
Selepas kawan semua klik dekat situ, nanti dia akan auto updating file.
Apa hasilnya selepas Wordpress dan Google Gears bergabung?
Hasilnya mudah ajer, blog anda akan menjadi lebih cepat dari sebelum ini. Contoh dari segi ingin meletak gambar, link dan sebagainya.
Harap benda ini boleh bantu anda semua di dalam dunia blogging. Sampai sini post saya kali ini, kalau anda semua merasakan info ini baik buat-buatlah komen dekat post ini yeah.
Post yang terdahulu ada menanyakan saya bagaimana ingin upgrade wordpress. Sebenarnya saya sudah draft cara-cara upgrade wordpress step by step. Tetapi tersangkut dengan masa dan pening mencari macam mana nak enablekan Google Gears ini. Tersangkut lah post tu.
Insya allah, saya akan post juga nanti. Harap anda semua dapat memberi sokongan atas usaha saya ini.
Bye Assalamualaikum, Selamat Menyambut Ramadhan dan Hari Merdeka.
5 post yang ditulis oleh sahabat
- Adakah transaksi di internet sah? - February 13th, 2010
- Dua bulan aku menyepi, tetapi blog aku tetap meriah! - February 5th, 2010
- Nostradamus 2012 - December 7th, 2009
- Perkara paling penting sebelum... - October 31st, 2009
- Wajah baru! - October 30th, 2009
Popularity: 20% [?]






Sahabat ingin belajar menjadi blogger yang terbaik. Apa yang di maksudkan terbaik disini ialah menwujudkan satu blog yang penuh informasi dan bukan berlandaskan perniagaan internet sahaja..