Sebenarnya tips ni simple aje, tapi tak ramai orang kita ni melakukannya. Jadi dekat sini saya ada sedikit tips untuk perniagaan internet rakan semua. Seperti kita maklum atau kita tahu
perniagaan internet ini teramatlah luas. Dan ia bukan sekadar kita menjual aje.. seperti saya, selain menjual barang atau produk, saya juga melakukan servis untuk orang yang baru bermula dengan perniagaan internet.
Kita perlu sedari pelanggan adalah orang yang terpenting sekali atau dengan erti kata lain perlu di berikan keutamaan, walaupun bagi rakan semua senang untuk mendapatkan seorang pelanggan tetapi saranan saya jangan berfikiran begitu. Kerana pelanggan anda juga akan mengadili mutu perkhidmatan anda.
Memberi layanan yang baik :- Kenapa? Sudah tentu rakan perlu melayan mereka dengan baik. Kerana mereka telah mengeluarkan duit untuk perkhidmatan atau produk rakan semua. Kita perlu sentiasa ingat tentang perkara ini!.
Memang kita tidak selalu berada dalam keadaan baik.. atau senang kata mood tak baiklah.. walau bagaimana pun rakan semua tetap perlu memberi layanan yang baik. Supaya mereka berpuas hati terhadap apa yang mereka bayar. Harus di ingat, ada juga jenis pelanggan yang terlampau banyak permintaan. Sehinggakan rakan semua tidak mampu untuk memenuhi permintaan mereka. Jadi, rakan semua haruslah bersabar dalam keadaan ini. Take time! Relax..! Don’t to Rush!!
Bagi lebih :- Sememangnya lumrah alam seseorang akan gembira apabila mereka dapat sesuatu tanpa dijangka. Ya, bagi lebih dari apa yang sepatutnya. Jangan sekali-kali rakan semua berfikir akan rugi jika memberi sesuatu yang lebih.
Apa yang kita ingin lakukan ialah, hargai mereka (pelanggan) dan mereka adalah teramat istimewa. Perhatikan bagaimana mamak-mamak di restoran. Rakan semua macam bos kan? Tetapi berpatutan dengan apa yang rakan mampu
.
Sentiasa mengikuti perkembangan pelanggan :- Apasalahnya kalau bertegur-sapa selepas rakan semua menjualkan produk atau perkhidmatan kepada mereka. Sekurang-kurangnya rakan semua tahu masalah mereka (pelanggan) dan mungkin juga rakan boleh membantu mereka, untuk dapatkan apa yang mereka inginkan.
Autoresponder adalah alternatif untuk rakan semua, memudahkan kita menghubungi mereka. Jangan lah sentiasa promote barang-barang affiliate. Rasa-rasalah kan rakan semua jemu tak dengan email-email yang mengandungi promosi-promosi barang online? saya tahu tak ramai yang akan akui… 
Kalau rasa autoresponder tu mahal atau tidak mampu di miliki. Bagi aje id YM.. boleh borak live 
sampai sini ajelah… saya sebenarnya tak tahu apa nak tulis. Biasalah masih kemaruk dengan baby 
Popularity: 17% [?]