Mencari sesuatu mengenai panduan blog, agama, berita dari internet, video menarik dan isu semasa.

Archive for February, 2009

Akhirnya tumpas juga aku dengan Ebay!

Hari ini aku telah tergoda dengan iklan-iklan yang berkaitan dengan ebay. Oleh itu aku pun termasuk perangkap mereka juga dengan membeli ebook pasal ebay. Aku tak tahu lah sampai bila aku boleh bertahan dengan Ebay ini, sebab benda ni bukan jiwa aku. Terutama sekali bab comunication dengan mat salleh, buat research. Memang terabur habis Frown .

Sekarang aku tengah sebuk buat kajian mengenai ebay, tetapi masih tidak terganggu lagi kerja-kerja aku untuk develope website yang ada. So, semuanya berada dalam keadaan baik dan terkawal.

Oh.. pasal website nak jual tu?

Masih lagi untuk dijual, saya ulangi lagi kriteria website tersebut.

- traffic tak banyak dalam 300 sebulan
- traffic alexa rank : 774792
- mempunyai potensi yang tinggi kerana domain yang telah berusia setahun lebih dan sesuai dengan rakyat malaysia..
- hasil pendapatan dari website takda sebab tak jual ads atau letak adsense.
- kalau sebut pagerank turun naik.. biasalah

Pembeli akan dapat?

- free hosting selama setahun datacenter Malaysia
- mempunyai hak menyeluruh termasuk menukar content tersebut

Website?

Koleksi Artikel

Pembayaran dan Pertanyaan?

Boleh guna contact form yang telah disediakan..

terima kasih

Popularity: 20% [?]

Tidak update blog menyebabkan kurang visitor?

Yer, itulah yang terjadi pada saya. Oleh kerana terlampau menumpukan perhatian dengan projek yang akan datang (2009) saya sudah hampir terlupa mengenai blog berbahasa melayu saya ini. Seperti yang saya lalui sebelum ini, membuat projek baru memang akan menyebabkan banyak kerja-kerja yang perlu saya buat tergendala.

Al-maklumlah, saya minat belajar jadi saya kurang mengupah orang dalam membina website baru. Tetapi itu yang menjadi kelemahan kepada saya, tidak boleh menumpukan kerja-kerja yang lain. Dan mungkin saya terpaksa membatalkan salah satu projek yang mengunakan domain .MY . Sayang betul, beli domain itu aje dah makan RM100 ringgit. Ini, adalah salah satu pengajaran bagi saya. Kerana tidak membuat PLAN TINDAKAN terlebih dahulu, walaupun perkara ini selalu berlaku tetapi masih sukar untuk berubah.

Untuk makluman pengunjung blog ajakbicara ini, saya ingin menjual salah satu website saya. Yang mungkin di jual dengan harga yang murah (tidak sempat dengan projek yang lain). Jadi sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya dengan mengunakan contact form disini.

Di sini sedikit maklumat mengenai website tersebut :-

  • Website mengunakan bahasa malaysia dan bahasa inggeris.
  • Website community – orang ramai boleh register dan menulis artikel mereka. (artikel direktori)
  • Domain di register pada 25-10-2007
  • Sudah mempunyai content, 284 artikel.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya dengan mengunakan contact form di sini

Popularity: 28% [?]

Cuti Raya Cina, Cuti Wilayah sampai blogpun tak update!

Musim cuti dah berlalu tapi masih ada satu lagi cuti pada hari isnin minggu depan Cuti thaypusam. Pada minggu cuti hari tu, saya duk sebuk balik kampung. Maklumlah baby, tak pernah sampai lagi kampung bapak dia. Masalah VPS saya pun dah setel, mat salleh tu kasi saya 7 bulan percuma. Untuk menaikkan kreadibilitinya. Saya puji sikap dia, sebab dia betul-betul menyesal apa yang telah berlaku.

Pendapat anda? Sapa yang sanggup bagi free account sedangkan dia pun terpaksa bayar bulanan untuk teruskan syarikatnya?

Saya berharap benda ini semua dapat memberi pengajaran kepada saya pada masa akan datang. Sebenarnya saya betul-betul terharu, mat salleh ini memberi contoh yang baik. Sebab tindakan dia tu membuatkan saya terfikir sekejap. Adakah umat islam sekarang seperti ini? Kalau umat islam seperti ini sudah pasti Islam lebih kuat dari masyarakat lain.

Jadi di sini saya telah mempunyai buah pemikiran sendiri, bahawa.. agama tidak boleh membentuk seseorang, agama cuma membantu. Tidak kira agama apa, ia tidak dapat membentuk sesiapa pun. Jadi saya meletakkan mind set perkara utama, ya.. mind set akan membantu semua orang untuk berubah menjadi lebih baik lagi. Seperti kita sebagai umat islam mengatakan manusia yang sempurna adalah manusia yang mengunakan akal.

p/s: Pasal YM dekat laptop isteri saya sekejap ok dan sekejap tak ok…

Popularity: 16% [?]