Siap juga projek yang lama ditunda.
Alhamdulilah, walaupun tidak cukup sempurna tetapi siap juga akhirnya. Projek ini telah di tunda dari tahun 2007 sehinggalah sekarang. Projek ini tidak lah sebesar blogstarz.my tetapi ia akan membantu rakyat Malaysia untuk memilih produk yang mereka inginkan. Selain itu, pengguna juga berhak untuk mengundi dan memberi pandangan mereka di ruang yang kami sediakan. Projek yang saya maksud kan ialah direktori untuk rakyat Malaysia.
Perbezaannya ialah direktori ini khas untuk webjualan, estore, dan berkaitan dengan pembelian online. Jadi pengguna mempunyai kuasa untuk membuat testimonial mereka sendiri dengan menyatakan sesuatu produk itu baik atau tidak untuk di beli. Wujudnya website ini ialah untuk mengelakkan daripada pengguna tertipu daripada apa yang mereka beli.
Bagi pihak penjual pula, ini lah masa untuk anda meningkatkan lagi keupayaan khidmat pelanggan anda dan juga mutu sesuatu produk anda. Walaupun, saya tahu pelancaran website ini kurang menyenangkan beberapa pihak tetapi saya tetap juga melancarkan. Oleh kerana permintaan pelanggan yang sekian hari makin meningkat, ada baiknya website ini di wujudkan.
Baiklah, sekarang masa anda sebagai seorang penjual yang jujur untuk memasukkan detail-detail yang di perlukan dekat website ini. Selain itu, jika anda adalah salah seorang pelanggan daripada website yang kami senaraikan, anda boleh tinggalkan review anda di sana.
Popularity: 22% [?]





Sahabat ingin belajar menjadi blogger yang terbaik. Apa yang di maksudkan terbaik disini ialah menwujudkan satu blog yang penuh informasi dan bukan berlandaskan perniagaan internet sahaja..