5 perkara mudah untuk membuat duit dari rumah.
Ketika saya boring duduk dipejabat ini, ingin pula saya berkongsi salah satu cara bagaimana anda boleh membuat duit dari rumah. Lima cara ini mungkin ramai yang sudah tahu, tetapi tidak berapa yakin akan kesan pendapatannya. Saya sendiri turut mengunakan perkhidmatan ini, kerana memudahkan saya untuk fokus perkerjaan yang lain. Kalau anda seorang pembaca blog saya ini, sudah tentu anda tahu cara saya. Ya, cara saya tidak suka mendedahkan pendapatan saya. Selalunya saya lebih suka share dengan rakan-rakan yang lain dengan cara mengupah mereka.
Jadi ini mungkin adalah perkongsian untuk orang yang baru ingin berjinak-jinak dengan buat duit dari rumah. Perkara ini memang biasa dilakukan oleh orang luar daripada negara kita, walaupun negara Bangladesh still guna cara ini, untuk membuat duit dari rumah. ( saya biasa mengupah mereka, kerana upah mereka lebih murah :P )
Baiklah, kita mulakan dengan perkara pertama dan diakhiri dengan cara kelima iaitu :-
1. Menulis Artikel :- Tugas ini nampak seperti mudah, anda akan dibayar setelah anda selesai tugas anda. Tugas ini memerlukan anda mempunyai sedikit pengetahuan tentang sesuatu perkara tujuannya ialah untuk membantu anda menulis artikel yang lebih menarik dan mengancam. Ini penting jika anda masih baru dalam bidang ini, mudah sahaja tujuannya supaya anda dapat mengekalkan pelanggan asal anda. Anda mesti ingin tahu berapa agaknya upah kerja ini, upahnya sekitar $3 – $10 per artikel, tetapi semuanya berlandaskan penulisan anda sendiri.
2. Menulis Blog :- Menulis blog, nampak macam sama dengan menulis artikel. Tetapi ia mempunyai perbezaan yang ketara dari segi penulisan. Anda perlu faham mengenai menulis artikel dengan menulis blog. Kebiasaannya menulis blog tidak memerlukan terlampau formal atau boleh dikatakan anda menyampaikan sesuatu maklumat kepada seseorang. Tetapi tidak bagi menulis artikel, anda memerlukan sumber yang tepat dan perlulah penerangan artikel tersebut dapat difahami oleh pembaca. Menulis blog selalu diupah oleh blogger sendiri untuk memastikan blog mereka sentiasa up to date kepada cerita semasa. Ibaratkan anda seorang pembantu mereka, dan anda perlu mahir di dalam sesuatu topik. Contoh, anda bagus didalam menulis mengenai perniagaan internet. Jadi anda diupah untuk menyediakan 5 artikel setiap didalam topik tersebut. Upahnya? tidak silap didalam lingkungan $10 – $30 setiap bulan untuk 3 – 5 penulisan anda. (berpandukan jumlah patah perkataan)
3. Memasukkan Data :- Perkerjaan ini memang jarang sekali orang Malaysia melakukan, mungkin kurang yakin. Sebab perkerjaan ini nampak macam tipu, tetapi kadang-kadang ada yang benar-benar ingin perkhidmatan ini. Saya pernah mengupah orang untuk melakukan kerja ini, dan saya bayar mereka $0.50 / 1 kerja. Kerja di sebegini, contoh isi form, isi database, dan macam-macam isi. Perbezaannya, pihak pengupah ini ada bahannya tetapi tiada masa untuk melakukan semua itu, jadi dia upah orang lain untuk memasukkan data-data tersebut. Tetapi saya nasihatkan anda semua supaya berhati-hati, elok anda melakukannya jika anda mengenal orang yang mengupah tersebut.
4. Penulis Journal :- Pekerjaan ini tidak jauh bezanya dengan menulis artikel dan blog, ia sama tapi tidak serupa sama sekali. Oleh kerana, anda sendiri terikat dengan sesuatu website. Contoh, Koleksiartikel mengambil penulis tambahan yang perlu menulis sebanyak 3 journal dengan bayaran RM50.00 setiap bulan. Jadi anda terikat dengan perjanjian tersebut. Perkara ini juga saya pernah upah 2 orang rakyat malaysia dengan menghantar sebanyak 25 artikel sebulan. Sekarang penulis itu pun telah hentikan perkhidmatan beliau. Terima Kasih untuk dia, jarang orang malaysia ingin lakukan perkara ini.
5. Mengubah penulisan, editor penulisan :- kebanyakkan mereka ini digelar SCAM, sebab tidak ramai yang dapat melakukan kerja ini %100 siap, tetapi anda boleh menjadi seorang yang benar-benar membuat kerja tersebut, sekaligus mendapatkan kepercayaan tukang upah anda. Tugasnya, anda pergi ke website atau blog orang lain, anda perlu menulis balik artikel tersebut tetapi maksud yang ingin disampaikan perlulah sama dengan website atau blog tersebut.
Sampai disini sahaja tips saya kali ini, mungkin boleh jadi panduan untuk anda. Seperti saya sendiri, saya pun mengupah mereka ini semua, menulis artikel, review video, dan re-write artikel. Selain itu, saya juga pernah mengupah untuk orang review website yang saya bina sendiri. Kalau anda berminat boleh rujuk dekat post yang ini, dan lakukan seperti disuruh oleh saya :).
Popularity: 17% [?]







Sahabat ingin belajar menjadi blogger yang terbaik. Apa yang di maksudkan terbaik disini ialah menwujudkan satu blog yang penuh informasi dan bukan berlandaskan perniagaan internet sahaja..