Mencari sesuatu mengenai panduan blog, agama, berita dari internet, video menarik dan isu semasa.

Archive for February, 2010

Adakah transaksi di internet sah?

Wah ini soalan cepu emas aku dapat daripada YM, sebenarnya adik ipar aku yang bagi soalan ini. Jadi dengan tanpa segan silu aku cuba menjawab.

Persoalan dia ini terlalu umum dan sukar untuk aku kupaskan menjadi luas, jadi aku cuma terangkan dengan apa yang aku faham melalui persoalan ini. Jika ada tersilap, jangan segan silu tinggalkan komen kamu semua di bawah.

Transaksi di internet memang meragu kan, kerana ramai yang mengatakan tiada akad jual beli di dalam islam.

Jadi apa yang boleh aku andaikan, akad di dalam internet, harus lah dinyatakan dulu apa yang hendak dijual, dan apa yang pembeli akan dapat. Contoh mudah seperti, gambar barangan tersebut, keterangan mengenai barangan tersebut, dan apa-apa sahaja yang pembeli akan dapat.

Selain itu, penjual juga haruslah menerangkan segala cara-cara proses jual beli, dan meminta pelanggan atau pembeli bersetuju terlebih dahulu. Jadi di sini sudah mulanya akad jual beli, yang bermaksud pembeli berpuas hati dengan barang yang mereka hendak beli. Dan penjual juga telah memberi jaminan yang adil kepada pembeli, seperti jika terdapat kerosakkan barangan, pembeli boleh menukar atau memaklumkan kepada penjual supaya, penjual dapat mengantikan barangan tersebut.

Sebenarnya, perkara ini pernah terjadi pada saya sendiri. Dimana saya telah membeli kaspersky internet security 2010 untuk 3PC tetapi lesen tersebut mempunyai masalah selepas 1 bulan saya pakai “Key Blocked” jadi saya e-mail kepada sedara yang menjualkan Lesen Kapersky tersebut. Tapi sayang nya, dan membuatkan isteri saya bising… dia boleh kasi NIS iaitu Norton Internet Security 2010 untuk 3PC.

Sebagai pelanggan dan mempunyai hak untuk bertanya, jadi tangan saya dengan pantas membalas email kepada dia. Dan bertanyakan, “sebelum ini saya order KIS 3 PC bukan NIS 3PC.” sampailah sekarang dia tidak balas email saya ini. Jadi saya faham kerana dia telah sambung belajar, jadi saya menghalalkan aje lah duit yang saya bayar sebelum ini. Frown Saya still menanti jawapan dia…..

Popularity: 17% [?]

Dua bulan aku menyepi, tetapi blog aku tetap meriah!

Salam tahun baru, walaupun memang lewat gila untuk aku ucapkan, tapi elok aku mulakan dengan salam untuk tahun baru ini.

Seperti pengunjung semua tahu, aku dah lama tidak update blog ini, sehinggakan aku nak tulis apa pun aku tak tahu Razz. Ini lah kesilapan utama aku, meninggalkan blog begitu sahaja. Sehinggakan blog aku ini dimeriahkan oleh mat salleh-mat salleh yang aku sendiri tidak kenali.

Logik ker mat salleh pandai bahasa melayu ni, dah lah komen dalam bahasa inggeris. Jadi apa yang telah aku buat?

Senang aje, select semua spam comment, dan tekan button delete. Hilang lah semuanya Smile

Itu aje lah post untuk kali ini.

p/s: Sekurang-kurangnya sedara tahu yang saya masih ada dimuka bumi ini Smile

Popularity: 21% [?]