About me
Assalamualaikum kepada pembaca blog ini,
Sebenarnya ruangan ini memang mahu di wujudkan sejak dulu lagi. Tetapi saya selalu terlupa :) boleh pakai ke alasan ini? Ya, bagi saya boleh dipakai alasan yang remeh ini. Oleh kerana, terlampau banyak benda hendak difikirkan sehinggakan saya terlupa untuk menulis bahagian ruangan About Me. Kenapa boleh jadi begini? Didalam perniagaan internet anda perlu ada fokus dan cepat didalam take a action, ini dua adalah perkara penting untuk membantu anda berjaya didalam perniagaan internet.
Terus terang, ini adalah kelemahan saya yang teramat besar sekali. Hari ini, saya telah membaca email yang telah dikirimkan oleh salah seorang pembaca di blog ini. Dia bertanyakan, bagaimana cara dia boleh mengenal saya? (Tujuannya ingin mengupah saya develope website dia, dan membantu dia secara peribadi). Jadi saya telah membalas email saya kepada dia. Harap dia berpuas hati :P dan ini sebabnya saya terus membuka ruangan page untuk “About Me”
Siapakah saya?
Saya adalah seorang manusia biasa yang berkelulusan SPM, dan berkerja sebagai Technician Computer ( Sebelum ini sebagai Driver) Oleh kerana kesempitan kewangan semasa saya berkerja sebagai Driver, saya telah mencari alternatif lain untuk membantu sumber kewangan saya yang ciput ini dengan melibatkan diri dalam perniagaan internet. Terus terang saya katakan bukan niat untuk menjadi kaya segera, atau jutawan segera. Cukuplah sekadar membantu saya menjaga anak orang yang telah saya nikahi pada masa saya diusia yang muda. Alhamdulilah, sedikit sebanyak membantu sumber kewangan saya. Walaupun tidak banyak, cukuplah membantu….
Apa yang saya lakukan?
Oleh kerana saya telah menceburi perniagaan internet pada akhir 2006, telah banyak pengalaman yang saya telah dapat. Dari segi pengalaman negatif atau positif. Alhamdulilah, blog ini masih wujud… walaupun kurang post :P
Pengalaman yang saya maksud ialah dari segi pembinaan website, design, dan sedikit sebanyak mengenai lubang duit di dalam dunia internet.
Cukup sampai di sini saja untuk anda mengenali saya, tidak perlu kenal rapat-rapat sebab saya ini terlalu peramah untuk dikenal.
Popularity: 3% [?]





Sahabat ingin belajar menjadi blogger yang terbaik. Apa yang di maksudkan terbaik disini ialah menwujudkan satu blog yang penuh informasi dan bukan berlandaskan perniagaan internet sahaja..