Amalan Kebajikan di bulan puasa.
Tegakkan pada dirimu pegangan Ammar Makruf Nahi Mungkar agar engkau tidak terjejas dari apa yang harus dilakukan dan tidak melakukan apa yang tidak patut engkau lakukan. Inilah salah satu keperibadian istimewa bagi seseorang muslim, di mana pegangan yang kuat dan keyakinan yang mantap terhadap Penciptanya. Sememangnya setiap perkataan tersebut mempunyai maksud atau istilah masing-masing tetapi semua berkaitan dengan yang satu iaitu Pencipta.
Ramai yang tidak tahu, dan masih mencari-cari tuhan didalam dirinya. Sedangkan Tuhan telah menyatakan pada makhluknya yang dia berada di mana makhluknya berada. Kuatkan keyakinan bahawa Tuhan itu satu, dan Tuhan itu tunggal, dan Tuhan itu tidak berbilang. Bagaimana kita ingin menentukan ialah dengan cara dasar penerimaan ilmu pada diri masing-masing. Dengan suruhan Tuhan kamu menyatakan tuntutlah ilmu sehingga kamu fahami apa yang kamu jalani, jangan lah hidup di dalam kekeliruan dan sentiasa mencari.
Sehingga di dalam diri tiada kepuasan dan masih lagi mencari. Mencari tanpa mengunakan ilmu, dan menyatakan cukup sekadar al-quran sebagai tempat rujukan. Sememangnya tuhan menurunkan al-quran sebagai tempat rujukan.
Firman Allah s.w.t. :
Maksudnya: Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kejalan yang amat betul (Islam) dan memberikan berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, bahawa mereka akan beroleh pahala yang besar.
Tetapi perlulah kita mencari guru atau ustaz yang benar-benar boleh membawa kita kedasar ilmu agama. Sedarlah Tuhan itu selalu memerhatikan diri kita, di mana hasil usaha kita, di mana permergian kita. Di sana-sini semuanya Tuhan ketahui, cukup sekadar kerana Tuhan itu Maha Melihat.
Pada masa kini, di dalam internet mempunyai banyak sumber-sumber yang mudah di dapati, tetapi rakan semua di nasihati berhati-hati ketika search di google, kerana ada beberapa iklan bertujuan memesongkan akidah seorang Muslim.
5 post yang ditulis oleh sahabat
- Salam Ramadhan, Welcome untuk Syawal - September 5th, 2010
- Kereta, Adsense dan Hari Jadi! Ops.. Offer Price - August 21st, 2010
- Puasa, Birthday, dan Adsense - August 14th, 2010
- Selamat Berpuasa! - August 13th, 2010
- Crocs dan kebenarannya..? Kalimah Allah? - May 29th, 2010
Popularity: 17% [?]





Sahabat ingin belajar menjadi blogger yang terbaik. Apa yang di maksudkan terbaik disini ialah menwujudkan satu blog yang penuh informasi dan bukan berlandaskan perniagaan internet sahaja..