Salam rakan sekalian,
Tiba-tiba sahaja hari ini terasa ingin bercerita mengenai kahwin. Seperti kita sendiri tahu, pada masa dahulu ramai yang berkahwin dikala muda. Maksud saya disini ialah zaman mak dan bapak, nenek dan datuk dahulu, kebanyakkan mereka berkahwin di kala umur mereka masih muda.
Tetapi kenapa pada masa kini, ramai yang sangsi dan risau mengenai perkara tersebut? Adakah mereka takut untuk menempuh cabaran atau memang tidak mempunyai kemampuan?
Sebenarnya, kebanyakkan mereka mempunyai pelbagai alasan dalam soal kahwin ini. Mereka lebih bersuka bebas, dan tidak terikat dengan sesiapa pun. Mereka sebenarnya silap, kerana perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang akan mengundang musibah yang teramat teruk.
Pada pendapat peribadi saya, perlulah seseorang itu merasa keadaan kahwin, terutamanya seorang lelaki yang digelarkan khalifah dimuka bumi ini. Ada juga beberapa rakan bertanyakan mengenai perkara ini, tetapi saya masih menetapkan, yang mereka perlu merasa keadaan kahwin sendiri sebelum mereka menetapkan baik dan buruk.
Soalnya disini? Mereka masih ketakutan kerana bimbang ketika menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin, atau suami kepada seorang wanita. Memang mudah berkata-kata, tetapi amat sukar untuk mentadbir seseorang manusia yang digelar isteri, apatah lagi jika mempunyai anak pada suatu hari nanti.
Kesemuanya terletak kepada kebijaksanaan seseorang lelaki. Bagaimana mereka mentadbir sesuatu organisasi yang mereka sendiri adalah pemimpin di organisasi tersebut. Mungkin mereka boleh mengunakan cara kuku besi, demokrasi, dan sebagainya untuk memimpin pengikutnya.
Tetapi sayang, kebanyakkan lelaki zaman sekarang lebih cepat mengalah, sehinggakan mereka sendiri takut untuk berumah tangga. Tidak mengapalah, alasan mereka tiada jodoh. Bagaimana mereka mengatakan tiada jodoh jika mereka sendiri tidak berusaha? Mungkin mereka juga mudah meletakkan sesuatu perkara dengan mudah, dengan erti kata lain, MENGALAH!
Tidak mengapalah, masing-masing mempunyai pandangan masing-masing, tidak kira pada usia muda atau usia tua. Tetapi nasihat saya, janganlah takut terhadap sesuatu perkara yang kita belum pasti apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Yakinlah, insya allah, Tuhan akan membantu…
Popularity: 13% [?]



3 Comments
memang nak kahwin awal. Tapi dah orang tu tak nak awal..nak wat camana..kang aku cari lain. Baru tahu. Haha..
cari aje yang lain… kekek dari asyik menghitung umur aje.. nanti hang yang tua…
saya dah kahwin di usia muda.. alhamdulillah bahagia!