Dalam tidak sedar kita sudah hampir bertemu dengan bulan Syawal. Tetapi tidak terlambat bagi saya meyebarkan berita ini kepada pembaca blog saya. Berita ini mungkin pembaca semua sudah tahu, tetapi elok juga di beritahu sekali lagi sebagai peringatan kepada kita semua.
Hadith ini telah lama dihebahkan dari media massa, dan sebagainya. Tetapi tidak ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut kesahihannya. Sehinggalah Mufti Negeri Terengganu mengutarakan satu hal mengenainya.
Hadith tersebut berbunyi sebegini :
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : “Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Begitu juga malam-malam berikutnya, begitu banyak fadilat yang di ketengahkan. Pihak “bernama” (bukan ahli akhbar tetapi para mufti ini) telah mengutarakan persoalan kebenaran hadis ini kepada tokoh-tokoh agama yang lain tentang kedudukan hadis ini, di mana di ambil dan sebagainya.. Tetapi tiada penjelasan yang jelas telah di berikan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.
Untuk keterangan lanjut.. Pembaca boleh lah mendapatkan maklumat seterusnya di Portal Jakim Mufti Negeri Terengganu.
Mengelakkan kekeliruan yang telah terjadi beberapa tahun yang lepas. Jangan sehingga terpesong akidah oleh kerana janji-janji Tuhan kepada makhluknya. Ajarkan lah diri beribadat tanpa ganjaran tetapi kerana Makhluk dan Tuhannya.
Popularity: 17% [?]
Artikel ini akan dijumpai melalui carian:
- hadist dhoif masyhur di malaysia
- contoh hadis maudhu yang mashur di malaysia
- contoh hadith dhoif di malaysia
- contoh hadith maudu popular di malaysia
- gambar ulama lama terengganu
Makluman
Kalau anda rasa di blog ini kurang memberi perkongsian ilmu kepada anda, dan ingin berborak tentang isu anda.. apa kata lepak dekat forum ini...forum ajakbicara.com
Anda perlu register terlebih dahulu untuk mula membuka topik diforum tersebut



Memang benar tidak diketahui sumber kata-kata ini malah tidak terdapat dalam Hadis Dhoif begitu juga dalam Koleksi Hadis Maudhu’. Hadis ini hanya masyhur di negara-negara seperti Malaysia sahaja tidak di sebelah Timur Tengah dan sebagainya.
Jadi berjaga-jaga di dalam membawa sesuatu hadis dan jangan ‘naqal’ atau bawa sesuatu hadis melainkan diketahui darjatnya.
Hadis Maudu’ (Hadis Palsu) banyak tersebar di kalangan Umat Islam yang mana sesetengahnya direka oleh Umat Islam sendiri untuk tujuan tertentu dan sesetengahnya direka sendiri oleh golongan Oreintalis atas tujuan kejahatan.
“sesiapa yang berdusta ke atas ku secara sengaja maka akan disediakan tempatnya (di akhirat) dari api neraka” – Hadis
Di Malaysia banyak kata-kata yang bukan hadis dianggap hadis tanpa diselidiki atau di’takhrij’ terlebih dahulu.
Selamat Hari Raya – Maaf, Zahir & Batin
Memang benar kata sedara Abooain, rata-rata rakyat malaysia tidak menyelidik terlebih dahulu hadis yang di terima. Selalunya mereka bersangka kesemua hadis adalah benar, sedangkan kekukuhan hadis itu belum di sahkan lagi.
Kebanyakan rakyat malaysia keliru, di mana satu hadis dan mana satu kisah teladan, kadang-kadang kisah teladan boleh di jadikan hadis. Perkara ini menyebabkan kekeliruan ramai orang apabila tersebar luas.
Contoh hadis di atas, telah banyak media massa bercetak seperti majalah mengunakan hadis di atas. Di harap post kali ini ramai yang akan memberi pendapat masing-masing. Insya allah.
Terima Kasih abooain kerana memberi pendapat anda.
Dan Selamat Hari Raya dari saya…