Kadang-kadang kita sebagai manusia tidak akan terlepas daripada memandang sesuatu perkara itu buruk tetap akan memberi keburukan. Sebenarnya perkara yang buruk juga boleh menjadi baik. Cuma penerimaan kita sahaja untuk membenarkan atau pun tidak.
Saya agak tetarik mengenai salah satu kisah para sahabat, sahabat nabi tersebut telah mengajukan soalan kepada iblis. Al-kisahnya apabila sahabat tersebut menyuarakan kemahuannya untuk menjadi seperti iblis. Dan iblis begitu gembira mendengarkan berita tersebut (mungkin dia fikir bertambahlah mangsanya)
Bermulalah perbualan mereka. (seingat saya lah.. kisah ini dah lama saya baca… dan teringat balik selepas baca di bulletin friendster)
Sahabat Nabi :- Wahai syaitan, aku ingin sangat menjadi seperti kamu!
Syaitan :- Kenapa kamu berkata sebegitu? Adakah kamu bersungguh-sungguh untuk menjadi seperti aku?
Sahabat Nabi :- Ya, aku berkata benar dari dalam hati ku. Jadi aku ingin tahu bagaimana aku boleh jadi seperti kau?
Syaitan:- Caranya senang sahaja, kamu lengah-lengahkan solatmu dan kamu menyatakan sumpah terhadap sesuatu perkara yang benar ataupun tidak.
Sahabat Nabi :- Wahai syaitan, sesungguhnya aku hanya ingin mengetahui bagaimana kamu boleh menjerumuskan umat ke arah jalan kemungkaran. Tidak terlintas untuk aku mengikuti jejak laknat mu.
Syaitan:- Sungguh bijak kamu wahai manusia, inilah kali pertama aku di perdayakan oleh manusia.
* Maka dari kejadian tersebut syaitan sudah tidak mahu menyampaikan ajarannya dan memberi nasihat kepada manusia. Cukup sekadar untuk menyesatkan atau memesongkan orang itu kemampuannya.
Dari sebalik cerita di atas, kita sudah nampak syaitan tidak mempunyai “keburukan” sahaja. Tetapi mempunyai kebaikan dari segi penyampaian. Apa yang berlaku diatas (antara sahabat dan syaitan) adalah permintaan seorang manusia untuk mempunyai kebolehan seperti syaitan, tujuannya adalah untuk membetulkan akidah yang telah di pesongkan oleh syaitan itu sendiri.
Jadi, berubahlah kita sebagai makhluk Tuhan yang lemah. Kita tidak sempurna seperti di katakan yang kita adalah sempurna. Kerana sempurna tetaplah Tuhan yang disembah!
Popularity: 14% [?]
Makluman
Kalau anda rasa di blog ini kurang memberi perkongsian ilmu kepada anda, dan ingin berborak tentang isu anda.. apa kata lepak dekat forum ini...forum ajakbicara.com
Anda perlu register terlebih dahulu untuk mula membuka topik diforum tersebut



ingatkan sedara betul-betul nak jadi iblis
hi anie.
takkan lah saya nak jadi iblis pula
terima kasih singgah ke blog saya ini…