Khurafat dan Bidaah

Pada waktu yang lepas ada seorang sahabat bertanya mengenai khurafat dan bidaah… sebenarnya perkara ini teramatlah umum sekali di dalam dunia blog.. saya dah buat survey ke blog-blog lain mengenai isu ini… tetapi teramatlah sensitif sekali terutamanya tentang Bidaah.. Mungkin ramai yang menyuarakan pendapat masing-masing jadi benda ini jadi tidak tetap..

Ini adalah sedikit ilmu untuk anda daripada saya, mari kita mulakan dengan Khurafat terlebih dahulu lepas itu baru kita cerita mengenai Bidaah pulak..

Maksud khurafat secara umumnya adalah kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep Tauhid dan Syariat. Kita boleh mengambil contoh yang mudah…

Contoh :-

1) mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang.
2) mempercayai binatang seperti burung boleh membawah tuah atau sial.

Mari kita batalkan balik dengan ilmu Tauhid dan Syariat… Mustahil azimat boleh menahan sesuatu bala atau bahaya sedangkan perkara yang berlaku semuanya datang dari Tuhan sendiri ( Tauhid ) dan mustahil ada burung yang boleh membawa tuah atau sial kerana dari segi Syariat nya kesemua itu makhluk Tuhan jadi teramatlah mustahil makhluk ingin memberi pembalasan terhadap makhluk melain kan Tuhan yang izinkannya… <— Jika salah perbandingan ilmu sila lah beri tunjuk ajar…

Kenapa budaya mengamalkan perbuatan khurafat ini masih berlaku? Pernah tak kita terpikir selama ini, perkara yang paling mudah kita boleh ambil ialah kerana faktor ingin kan sesuatu tetapi tidak kecapi jadi Umat Islam kini lebih sanggup melakukan perkara sedemikian rupa.. Mungkin juga kurang nya kesedaran hakikat hidup di dunia… Atau tidak sedar akan akibat buruk yang akan berlaku..

Rasanya tidak terlampau kalau saya mengatakan boleh menyebabkan syirik dan boleh membatalkan iman seseorang atas sebab perbuatan ini. Lari nya Tauhid seseorang ini dengan melakukan perbuatan tersebut menyebabkan jatuh syirik atas dirinya.. Lari lah dari landasan Syariat dan itu lah terbatal nya Iman.

Baiklah sampai situ sahaja mengenai khurafat…

Sekarang kita pergi pula pada persoalan tentang Bidaah..

Sedar sejak kebelakangan ini ramai yang menyoalkan tentang Bidaah kerana masing-masing keliru mengenai tersebut… Jika ada keliru di pemikiran mereka tidak mustahil boleh mendatang kan was-was mengenai sesuatu ibadah mereka. Dan ini teramatlah bahaya kepada orang yang selalu memandang kesempurnaan sesuatu ibadat itu Smile .

Bidaah pada segi bahasa ialah nama bagi suatu yang baru diadakan. Menurut istilah pula bidaah ialah satu jalan atau satu cara perbuatan yang diada-adakan dalam agama, tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah dan sahabatnya, dengan maksud untuk mendampingkan diri kepada Allah atau beribadat kepada-Nya kerana ingin mendapat pahala-Nya.

Bidaah ini menjadi sensitif kerana mempunyai dua pendapat yang berbeza di kalangan orang bijaksana ( ulama’ ). Dua pendapat yang berbeza telah berubah menjadikan 2 golongan pula ( yang dimaksudkan saya puak-puak). Dimana golongan yang pertama mengatakan Bidaah ini ada 2 iaitu bidaah Hasanah dan bidaah dhalalah. Ini dapat dilihat dari segi ketegasan Imam Syafie  mengatakan….

Imam Syafie berkata: “Bidaah itu dua jenis iaitu: bidaah yang terpuji dan bidaah tercela. Maka, bidaah yang sesuai dengan sunnah adalah terpuji dan bidaah menyalahinya ialah yang tercela.”

Sementara golongan kedua pula mengatakan Bidaah ialah dhalalah yang bermakna Bidaah itu sesat. Tiada yang terpuji tetapi asal disebut Bidaah kedua-dua nya sesat bagi golongan kedua ini. Ini dapat di sokong dengan hadis ini “Setiap bidaah adalah sesat” -Riwayat Imam Muslim.

Mereka yang mengatakan bidaah terbahagi 2 bahagian iaitu Hasanah dan dhalalah meletakkan bidaah dhalalah itu ialah bidaah yg bercanggah dengan prinsip agama seperti mempunyai unsur tahyul, khurafat dan sesat yg tentunya Nabi tidak melakukannya.

Sementara bidaah Hasanah pula ialah perkara yang nabi tidak lakukannya namun ianya tidak bercanggah dengan prinsip agama. Seperti membaca yasin, solat terawih 20 rakaat, dll. (bagi mereka ini juga bidaah tetapi bidaah yang menjurus kejalan kebaikan.. atau tidak bercanggah dengan syariat agama)
==================================================================
tambahan dari website yang lain tapi saya lupa website yang mana…

Sementara golongan ulama’ yang menganggap semua bidaah sesat adalah mengira semua perkara yg nabi tak buat dan bercanggah dengan prinsip agama adalah sesat. Adapun golongan ini tidak menganggap naik kereta itu bidaah, solat terawih 20 rakaat itu bidaah kerana ia termasuk dalam perkara yg diizin oleh syarak seperti Nabi pernah bersabda yang maksudnya: Antara manusia yg bahagia ialah mereka yg mempunyai rumah besar, kenderaan yang baik, isteri yg solehah dan jiran yg baik. Maka naik kereta dimasukkan dalam kategori kenderaan yg baik.

Demikian juga dengan solat terawih. Rasulullah hanya mengerjakannya sebanyak 8 rakaat. Syaidina Umar yg melakukan 20 rakaat, sungguhpun begitu golongan ini menganggap ini bukan bidaah kerana nabi pernah berkata: “Sahabatku seperti bintang dilangit, sesiapa yg mengikutnya nescaya ia dapat petunjuk.” Maka sesiapa yg mengikut cara Umar al khattab maka ia tetap mendapat petunjuk dengan maksud tidak salah mereka solat terawih 20. Ianya bukan bidaah, sebab ia termasuk dalam peruntukkan nabi bahawa apa yg dilakukan oleh sahabatnya suatu pengiktirafan dari nabi sendiri.

==================================================================

Baiklah.. saya rasa sudah cukup untuk tatapan sahabat yang bernama awie atau sahabat yang lain… Smile

p/s : Cerita mengenai bidaah teramat lah sensitif terhadap beberapa golongan atau pun sesetengah tempat ( cukup saya sahaja yang tau Smile ) . Tetapi memang ternyata kita mempunyai Ulamak’ yang selalu mempunyai pendapat yang berbeza.. Perlulah ingat jika kita menerima sesuatu ilmu itu perlu lah di selidik melalui beberapa hukum iaitu Hukum Syarak, Hukum Adat, dan Hukum Akal… Janganlah kita selalu menerima pendapat orang dengan hati terbuka kerana ada sesetengah pendapat boleh di terima dan ada juga yang tak boleh di terima ( cth terdekat blog saya Smile ).

p/s : Pandangan masing-masing tetapi ilmu tetap sama.. Amalan masing-masing… tetapi kalau dengna ilmu tetap sama…

p/s : Amal tanpa ilmu adalah sia-sia, Ilmu tanpa Amal adalah dusta… Jadi mari lah kita bersama menuntut ilmu Agama.. Agama teramatlah luas.. Luas itu lah ilmunya… Amalnya begitu sedikit jadi kuranglah kesedarannya…

Artikel ini akan dijumpai melalui carian:

  • maksud khurafat
  • definisi khurafat
  • Persoalan khurafat
  • terpikir benda membatalkan iman

Makluman

Kalau anda rasa di blog ini kurang memberi perkongsian ilmu kepada anda, dan ingin berborak tentang isu anda.. apa kata lepak dekat forum ini...forum ajakbicara.com

Anda perlu register terlebih dahulu untuk mula membuka topik diforum tersebut


Advertisement

2 Responses to “Khurafat dan Bidaah”

  1. October 3, 2007 at 2:02 am #

    Sensitif terhadap beberapa golongan atau pun sesetengah tempat ya..? Hehe

    Tapi apapun saya berpegang dengan pandangan yang pertama. Pada saya jika kita lakukan perkara yang mereka (golongan kedua) katakan bidaah yg sesat, spt tahlil, qunut dsbg, ianya tak langsung menggangu aqidah kerana ianya adalah perkara ranting dlm Islam.

    Sebaliknya golongan kedua itu harus sedar, jika terdapat pertentangan ttg perkara pokok (usul), itu yang harus mereka tentang. Contohnya soal aqidah.

  2. sahabat
    October 4, 2007 at 12:52 am #

    herm… benar pendapat soul nie.. kadang-kadang ramai manusia pada hari ini banyak yang terikut-ikut sesuatu ajaran.. contoh nya kalau kawan dia buat macam ni dia pun nak buat macam ni… keadaan ini akan menyebabkan banyak penentangan dari segi agama, dan sebagai nya… apa-apa pun kita perlu lah merujuk dengan mengunakan ilmu yang ada terlebih dahulu.. baru lah kita menerima dengan baik atau menolah dengan secara baik.. bukan nya menentang atau menerimanya bulat-bulat Smile

Ada Komen?

Connect with Facebook

CommentLuv badge