Mencari sesuatu mengenai panduan blog, agama, berita dari internet, video menarik dan isu semasa.

Nostradamus 2012

Beberapa minggu yang lepas atau bulan lepas kot, ramai rakan-rakan saya bertanyakan mengenai cerita Nostradamus 2012. Memang cerita tersebut banyak kontroversi dan membuatkan umat islam boleh terpengaruh dengan cerita sedemikian. Tetapi haruskah kita mempercayai atau berpeggang teguh kepada ramalan yang telah di realisasikan kedalam cerita ‘2012′. Pada pendapat saya sebagai orang yang beragama Islam, saya tidak boleh mempercayai cerita tersebut 100 peratus, dan tidak pula mengatakan cerita itu salah.

Baru-baru ini, saya ada menerima email daripada sedara baru (beliau perkenalkan sebegitu), emailnya seperti di bawah

e-maillah

Tegas saya menyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W sendiri tidak menyatakan tarikh tetap yang akan berlakunya Hari Akhirat. Apa yang selalu diulangi beliau ialah “Kiamat itu begitu hampir” dan perkara-perkara kecil dan besar yang akan berlaku sebagai tanda kiamat itu benar-benar hampir. Jadi tidak begitu wajar jika seseorang umat islam berpeggang atau terpengaruh dengan cerita “2012″ atau ramalan “Nostradamus”. Perkara ini juga mungkin boleh menyebabkan ramai Umat Islam akan terpesong akidahnya kerana kurangnya Iman (Iman yang berdolak dalih)

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda “Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya ia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia”. Hadis Riwayat Muslim.

Jadi itu adalah salah satu tanda kecil hari kiamat akan berlaku. Merujuk artikel yang lepas mengenai 6 Perkara Allah Sembunyikan.

Pesan saya sebagai sedara Islam, jangan mudah terpengaruh cerita-cerita dari barat yang sentiasa cuba mengelirukan Umat Islam sedunia. Ingin saya ingatkan kepada diri saya sendiri, salah satu hadis yang mengatakan Tanda Kiamat begitu hampir.

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri R.A berkata : Bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:” Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka“. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?“. Nabi S.A.W menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka“.

Jadi jelas di sini, bahawa mereka suka mempropagandakan media massa sebagai pemesong akidah yang utama. Jika anda sudah menonton filem “2012″ baguslah, sekurang-kurangnya anda tahu cerita tersebut. Pertanyaan dari saya, Kenapa negara Arab yang menjadi watak pentingkan diri? Kenapa pula Presiden Amerika yang berjiwa rakyat? Kenapa pula negara Cina menjadi tempat pembinaan kapal? Tanyalah kepada diri anda sendiri Smile mungkin anda akan dapat pandangan yang buruk tentang filem tersebut.

Mungkin ini sudah memadai untuk orang yang bertanyakan kepada saya. Terima kasih kepada Rafi Danyal Bin Abdullah kerana menghantar email kepada saya.

p.s : Kalau sedara tidak hantar email saya, mungkin blog ini akan sunyi untuk beberapa bulan. Terima Kasih saya ucapkan.

p.s: Sesiapa yang ingin bertanyakan sesuatu perkara mengenai agama, blogging, atau apa-apa yang berada di dalam pengetahuan saya, boleh lah bertanyakan kepada saya. Cuma hantarkan saja pertanyaan anda di ruang contact me.

5 post yang ditulis oleh sahabat

Popularity: 51% [?]

If you enjoyed this post, make sure you
Subscribe to my RSS feed!

4 Responses to “Nostradamus 2012”


  1. Assalamualaikum. Begitu ilmiah artikel ni ditulis. Benar sekali bahawa kita tidak mengetahui bilakah tarikh berlakunya kiamat. Sebab itu Allah memberikan kita tanda-tanda agar kita lebih bersiap sedia untuk menghadapi fitnah-fitnah di akhir zaman. Namun tarikh secara tepat menjadi rahsia Allah Subhanahu Wataala.

  2. Sylarius says:

    Assalamualaikum,

    Pada pendapat aku setelah menonton filem tersebut, ianya lebih kepada fiksyen dunia barat tentang bencana alam di planet bumi ini. Jika akidah kita dah memang kuat, tunjuk la cerita macam mana pun, iman kita tetap kepada Allah dan Rasulnya.

    Lagipun, kita menonton filem adalah untuk berfikir, bukannya menerima bulat-bulat apa yang pengarah sampaikan.

    P.s : Ada lagi ker bebudak yang jenis mudah terpengaruh dengan filem zaman sekarang ni? hehe

    • sahabat says:

      Memang betul, iman yang kuat mungkin tidak akan terpengaruh dengan cerita ini.

      Tetapi harus di ingat, pada zaman kini, adakah iman itu datang dengan atas “kepercayaan seseorang terhadap sesuatu” ataupun iman yang datang dari dasar ilmu sahaja.

      Dan, kita perlu ingat juga… media masa (T.V) adalah bermulanya gejala sosial, jadi ia membuktikan perkara ini memang membolehkan manusia terpengaruh dengan T.V

      p.s:- bagi saya.. atas penerimaan minda yang sihat.. mungkin dapat elak gejala ini…

  3. sylarius says:

    Minda yang sihat juga datangnya dari pemakanan yang baik. Sekarang ni banyak perkara yang diragukan. Tak pasti adakah pemakanan generasi sekarang dari sumber yang baik.



Leave a Reply