Soalan : Gambar Haiwan dan Lukisan

Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca, tidak kira apa jenis kaum, dan bangsa. Janji kita sentiasa merasa happy di dalam kehidupan kita. Hargailah apa yang ada, usahakan untuk mengelak perkara yang tidak baik.

Alhamdulilah, kita dah masuk ke tahun baru. Memang saya tidak buat post untuk tahun baru pada tahun ini. Kerana saya ingin menjawab soalan dari pengunjung blog ini terlebih dahulu. E-mail ini di hantar pada 10/12/2011 tapi baru sekarang saya mampu menjawab. Oleh kerana sibuk duk bercuti-cuti malaysia, dan broadband saya pun dah terminate jadi mengharapkan streamyx di rumah saja.

Hukum bergambar

Saya agak pelik kenapa sedara/saudari ini masih bertanyakan kepada saya mengenai isu Haram meletakkan gambar atau lukisan di rumah, sedangkan di internet kita boleh dapat maklumat di hujung jari sahaja. Jadi, dengan merasakan kepelikan ini, saya cuba tanya pakcik google bagi jawapan tersebut. Malangnya, jawapan yang di beri banyak bercanggah antara satu sama lain. Mungkin kelemahan susunan hadis, atau pun maklumat-maklumat yang kurang lengkap.

Jadi di sini, saya ingin berkongsi sikit pendapat saya.

Soalan 1 : adakah meletakkan gambar benda bernyawa atau lukisan di dalam rumah adalah salah?

Baiklah mungkin maksud sedara/sedari ni adalah HARAM. Jadi jawapannya tidak haram. Kalau ada ulama ingin menegaskanpun isu ini pun cuma makruh. Kerana hal ini tidak di nyatakan di mana-mana firman (al-quran).

Memang ada di dalam hadis. Tetapi harus di ketahui, apa yang di maksudkan di dalam hadis tersebut merujuk pada zaman Rasulullah S.A.W, Di mana wujudnya pelukis atau pengukir kayu, yang membina patung berhala dan bertujuan penyembahan. Jadi di sini menjadi kan haram.

“Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya nanti di hari kiamat ialah orang-orang yang menggambar.” (Riwayat Muslim)

Ini juga tertaluk kepada niat si pelukis atau tukang ukir itu, adakah ia melakukan pekerjaan tersebut untuk pemujaan? Adakah gambar atau lukisan tersebut bertujuan untuk menandingi kebesaraan Allah? Jadi orang yang empunya gambar atau lukisan tersebut harus tahu apa tujuan gambar dan lukisan tersebut, jika niat anda bercanggah dengan Tauhid kepada Tuhan (Allah) harus lah di hapuskan dengan segera.

“Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya ialah orang-orang yang menandingi ciptaan Allah.” (Riwayat Muslim)

Jadi apa yang di haramkan melalui hadis sahih selama ini ialah, patung/gambar yang bertujuan penyembahan. Ini berdasarkan dengan hadis ini

Tarmizi meriwayatkan dengan sanadnya dari Utbah, bahwa dia pernah masuk di rumah Abu Talhah al-Ansari untuk menjenguknya, tiba-tiba di situ ada Sahal bin Hanif. Kemudian Abu Talhah menyuruh orang supaya mencabut seprei yang di bawahnya (karena ada gambarnya). Sahal lantas bertanya kepada Abu Talhah: Mengapa kau cabut dia? Abu Talhah menjawab: Karena ada gambarnya, dimana hal tersebut telah dikatakan oleh Nabi yang barangkali engkau telah mengetahuinya. Sahal kemudian bertanya lagi: Apakah beliau (Nabi) tidak pernah berkata: “Kecuali gambar yang ada di pakaian?” Abu Talhah kemudian menjawab: Betul! Tetapi itu lebih menyenangkan hatiku.” (Kata Tarmizi: hadis ini hasan sahih)

Boleh lah isu gambar ini dapat di jelaskan kepada yang email kepada saya. Seperti pendapat di bawah ini :-

Qaradawi menyebut:

Dua hadis di atas sudah cukup untuk menunjukkan, bahwa gambar yang dilarang itu ialah yang berjasad atau yang biasa kita istilahkan dengan patung? Adapun gambar-gambar ataupun lukisan-lukisan di papan, pakaian, lantai, tembok dan sebagainya tidak ada satupun nas sahih yang melarangnya.

Di dalam rumah nabi sendiri ada cadar yang mempunyai gambar burung. Ini berdasarkan hadis sahih muslim.

Sekarang soalan no .2:- isu gambar, malaikat tidak akan masuk ke rumah?

Soal malaikat ini haruslah bertanyakan kepada diri sendiri seorang pegamal atau penganut agama islam itu sendiri, adakah malaikat harus di sembah? Jadi apa pentingnya malaikat jika amal ibadat itu di terima/bertujuan kepada Allah? Ingat malaikat cuma makhluk Allah juga…..

Popularity: 2% [?]

Incoming search terms:

  • gambar haiwan
  • gambar lukisan haiwan
  • lukisan gambar binatang
  • gambar lukisan rumah
  • soalan lukisan tahun 4
  • haiwan dan tempat tinggal
  • gambar lukisan gambar pakaian tradisional malaysia
  • gambar lukisan binatang
  • soalan tentang haiwan
  • www gambar binatang dan rumah binatang

Makluman

Kalau anda rasa di blog ini kurang memberi perkongsian ilmu kepada anda, dan ingin berborak tentang isu anda.. apa kata lepak dekat forum ini...forum ajakbicara.com

Anda perlu register terlebih dahulu untuk mula membuka topik diforum tersebut


Advertisement

Trackbacks/Pingbacks

  1. Masuk gambar ke blog dengan cara mudah! | Blogger Malaysia Berbicara - February 17, 2012

    [...] Nampaknya plugin ini kena dikaji balik, guna atau tak guna… takpa sementara ini pakai aje.. Kalau tidak menyusahkan diri sendiri sahaja nak kena mencari gambar [...]

Ada Komen?

Connect with Facebook

CommentLuv badge