Zikir Halaqah ( Zikir Je’maah )
Ayat-Ayat Al-Quran Yang Mengisyaratkan Tentang Disyariatkannya Zikir Berjamaah
Firman Allah S.W.T:
Ertinya: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman, berzikirlah kalian semua kepada Allah dengan zikir yang banyak.”(Q.S. al-Ahzab: 41)
Dan firman Allah S.W.T:
Ertinya: “Dan (mereka) lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah” (Q.S. al-Ahzab: 35)
2 Hadith Mengenai Zikir Halaqah
1). Hadith riwayat Imam al-Thabrani dari Sahl bin al-Hanhaliyyah r.a. ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidaklah duduk suatu kaum pada suatu majlis, di mana mereka berzikir kepada Allah Azza wa Jalla di tempat itu. Lalu (setelah selesai) mereka berdiri, melainkan dikatakan (oleh malaikat) kepada mereka: Berdirilah kalian, sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosa kalian dan keburukan-keburukan kalian pun telah diganti dengan berbagai kebaikan.”(Hadith Riwayat Imam al-Thabrani dari Sahl bin al-Hanzhaliyah r.a.)
Dari hadith di atas dapat difahami, bahawa dosa-dosa dan perbuatan buruk orang-orang yang berzikir di majlis zikir, diampuni oleh Allah dan diganti dengan berbagai kebaikan. Maksudnya, nafs (jiwa) merka akan menjadi bersih dari fikiran-fikiran yang kotor dan amaliah mereka yang negatif akan berubah menjadi amaliah yang positif. Ringkasnya, mereka akan memperoleh pencerahan jiwanya setiap kali selesai berzikir di majlis zikir.
2). Hadith riwayat Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu Said al-Khudri r.a. kedua sahabat itu telah menyaksikan Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidaklah duduk suatu kaum berzikir (menyebut) nama Allah Azza wa Jalla melainkan dinaungilah mereka oleh para malaikat, dipenuhi mereka oleh rahmat Allah dan diberikan ketenangan kepada mereka, juga Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang ada di sisi-Nya. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu Said al-Khudri r.a.)
p/s : Zikir halaqah ini jugak ada yang mengatakan bidaah tapi bagi saya tidak pun… kan bagus… kita akan rasa lebih bersungguh dan lebih menghayati sesuatu zikir itu…..
5 post yang ditulis oleh sahabat
- Salam Ramadhan, Welcome untuk Syawal - September 5th, 2010
- Kereta, Adsense dan Hari Jadi! Ops.. Offer Price - August 21st, 2010
- Puasa, Birthday, dan Adsense - August 14th, 2010
- Selamat Berpuasa! - August 13th, 2010
- Crocs dan kebenarannya..? Kalimah Allah? - May 29th, 2010
Popularity: 29% [?]





Sahabat ingin belajar menjadi blogger yang terbaik. Apa yang di maksudkan terbaik disini ialah menwujudkan satu blog yang penuh informasi dan bukan berlandaskan perniagaan internet sahaja..
Kita memang digalakkan berzikir (mengingati Allah) sehingga akhir hayat kita. Firman Allah SWT; “Ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)-Ku.â€(Al Baqarah:152.) Yang termasuk zikrullah (zikir kepada Allah SWT) menurut para ulama di antaranya adalah solat, majlis-majlis ilmu, halaqah al-Qur’an, dakwah, doa, bacaan tasbih, tahmid, tahlil, takbir dan segala perintah Allah yang berbentuk ibadah lainnya. Kalau sahabat menafsirkan zikir melalui dalil-dalil tersebut dengan mengeraskan suara secara berjemaah sahaja, maka sahabat telah menyempitkan dan jahil agama.
Sebenarnya bukan maksud saya wajib melakukan zikir halaqah dan tidak juga menyarankan kepada rakyat malaysia melakukan sedemikian rupa.. cuma niat saya memperkenalkan apa yang dilakukan kebanyakan orang tetapi saya tidak mengetahui nya :) .. maksud saya… orang yang jenis macam saya.. yang begitu jahil mengenai ilmu agama.. dan tidak pernah mengambil tahu hal-hal agama.. jadi cara ini lah cara saya berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.. yang sama dengan keadaan saya sekarang… Zikir sememangnya untuk mengingati tuhan.. mengingati tuhan dari segi perbuatan bukannya pendengaran atau penglihatan.. perbezaan nya teramatlah ketara sekali.. di mana kita sendiri yang mengucapkan “Allah” tetapi tidak mendengar perkataan “Allah”…. dan insyallah di dalam perbuatan itu akan bersih lah nafsu-nafsu yang tidak baik.. ( jika salah tolong tunjukkan ) :)
Pada saya berzikir itu perlu, ttp janganlah berlebihan cara perlaksanaannya.