Cara ikat Mini “Java” Fern dekat Lava Rock!

Salam, hari ini saya nak kongsikan cara ikat Mini “Java” Fern dekat lava rock. Saya rasa semua orang tahu apa itu lava rock, jadi tak perlulah saya terangkan panjang lebar.

Ini adalah peralatan yang selalu saya gunakan untuk ikat mengikat ni, selalunya peralatan ni saya gunakan untuk ikat Java fern, Mini Fern, Narrow Fern, dan Anubias. Kalau moss, saya akan gunakan teknik lain.

Peralatan yang memudahkan kerja anda ialah :-

  1. Twezzer
  2. Tali tangsi berwarna kelabu, tali tangsi ni saya beli yang paling kecil.
  3. Lava Rock atau pun kayu atau pun batu biasa. Janji pokok boleh melekat dekat situ.

Susunkan fern dekat lava rock tu macam gambar di sebelah, minta maaflah tutorial ni cuma ada gambor sikit jerk..

Anda boleh potong daun tu kalau menyusahkan anda. Saya tak potong daun tu sebab ada anak fern. Kalau pokok jenis fern ni selalunya dia akan bertambah melalui daun fern tu sendiri, jadi kalau anda nampak ada pucuk kecik dekat fern tu, jangan risau.. tunggu dia besar dulu lepas tu boleh lah ambik untuk di ikat dekat batu atau kayu.

 

Ini gambor yang dah siap ada dalam akuarium saya. Akuarium saya yang ni low tech.. maknanya saya tak guna Co2.. , lagipun akuarium ni bertujuan menternak shrimp… so, tak payah Co2.. lagi senang shrimp saya beranak pinak.

Ini gambor mak bapak kepada mini “java ” fern saya ni.. Selalu gak beranak, lepas tu saya biarkan aje dia terapung dalam air.. agak-agak dah boleh ikat baru saya ambik.

 

Artikel ini akan dijumpai melalui carian:

  • cara mengikat moss
  • cara menanam moss
  • cara ikat kayu aquascape
  • cara mengikat moss di kayu
  • cara menanam java fern

Makluman

Kalau anda rasa di blog ini kurang memberi perkongsian ilmu kepada anda, dan ingin berborak tentang isu anda.. apa kata lepak dekat forum ini...forum ajakbicara.com

Anda perlu register terlebih dahulu untuk mula membuka topik diforum tersebut


Advertisement

6 Responses to “Cara ikat Mini “Java” Fern dekat Lava Rock!”

  1. September 22, 2012 at 12:39 pm #

    kenape yer pokok yang sy bli, lama2 jadik x cntik.. ada hitam2 kat keling daun.. dah nk mati ker? mcm mne nk jaga supaya pokok kekal cntik n sihat…

    • September 22, 2012 at 4:33 pm #

      Byk sebab gak.. mungkin kurang Baja.. atau mungkin juga daun tu dah lama.. ada pakai lampu tak? Pokok jenis apa yerk..

  2. September 22, 2012 at 8:18 pm #

    akuarium tu 2 kaki jer, so pakai baja ape tah mcm kayu adalah panjang dalam 2 inci. jenama ADA. lampu pon ader tapi kecik jer..heheheh… pokok pon tak tau la jenis aper.. rasa cantik, jerk bli..hahaha… ni akuarium sy… http://ieza-usagi.blogspot.com/2012/09/hobi-baru-saya-akuarium.html. Hope dapat sikit tips cmne nk akuarium cantik..hehehe.. tq…

    • September 22, 2012 at 8:50 pm #

      Oh.. sy rasa Puan maksudkan pokok yg berwarna merah tu kan… pokok mcm tu memang high demand.. perlukan cahaya yg kuat baru bahagian bawah tidak menjadi hitam.. pokok yg lain mungkin tak da masalah… sebab low demand
      sahabat recently posted..Kodak M853 lawan dengan Samsung Nexus!My Profile

  3. September 22, 2012 at 11:39 pm #

    bukan yg merah tu jer, yg hijau2 tu pun… huhuhuhu… lampu 11w. aderlh panjang dalam 13 inci.. tp sy letak kt tengah2 bawah pokot tu… haishh.. mmg mencacatkn pemandangan..huhuhuhu…
    ieza recently posted..Hobi baru saya – akuarium ^_^My Profile

    • September 23, 2012 at 1:01 am #

      oh.. pokok yg satu lagi tu tak silap sy windelov fern.. pn leh try search dekat internet mengenai pokok tu.

      pokok tu memang low demand.. senang hidup..

      cuba pn tukar air setiap minggu… tukar dalam separuh jerk.. sebab pokok akuarium ni memang sensitif sikit dengan kualiti air..

      lampu pn kalau guna untuk low tech mungkin ok.. tapi betul-betul minimum la.. kalau up sikit watt dia mungkin ok kot…

      pn boleh cuba pakai pokok jenis moss itu pun low demand juga.. tak perlu co2…cahaya kurang…
      sahabat recently posted..Kodak M853 lawan dengan Samsung Nexus!My Profile

Ada Komen?

Connect with Facebook

CommentLuv badge