Dah berenti ker semangat AKUARIUM tu?

Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca, tidak kira apa jenis kaum, dan bangsa. Janji kita sentiasa merasa happy di dalam kehidupan kita. Hargailah apa yang ada, usahakan untuk mengelak perkara yang tidak baik.

Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya macam mana dengan projek akuarium saya tu,

Dulu saya ada post 2 cerita mengenai akuarium saya “pengenalan hobi dan update akuarium“. Hari ni saya nak katakan.. AKUARIUM ni dah dimusnahkan! mesti ramai pembaca mengatakan saya ni jenis cepat JEMU.. tapi tidak… AKUARIUM tu dimusnahkan sebab nak pindah ke Akuarium yang lain. Razz

Akuarium yang asal berukuran 1.5 feet dan upgrade kepada 2.5 feet, baru lah ada ruang untuk saya bercucuk tanam..

Selepas upgrade akuarium saya ke 2.5 feet, saya tidak mahu pandang ke belakang (harap hobi ni bertahan lama) jadi saya dah beli banyak peralatan untuk tank ini. Antaranya :-

  1. Co2 tank + Automatik regulator
  2. ADA Amazonia 2 packet X 9L
  3. Powersand M
  4. Co2 Diffuser

Dan ada beberapa benda lagi saya ingin beli.. terutama sekali canister filter. Tak dapat yang mahal, yang murah pun jadi lah.. Smile Untuk gambor akuarium yang ni ada dekat bawah ni…


Masa ni baru siap isi air Smile


Masa ni air dah siap Recycle

Setakat ini, ini aje update terbaru… sekarang tengah fokus untuk tank 1.5 feet dengan 2 feet mungkin nak try iwagumi lak kot…

Artikel ini akan dijumpai melalui carian:

  • cara membuat aquascape iwagumi malaysia
  • harga tanah aquarium malaysia
  • rumput dalam aquarium
  • panduan aquascape yang murah
  • kedai jual aquarium murah

Makluman

Kalau anda rasa di blog ini kurang memberi perkongsian ilmu kepada anda, dan ingin berborak tentang isu anda.. apa kata lepak dekat forum ini...forum ajakbicara.com

Anda perlu register terlebih dahulu untuk mula membuka topik diforum tersebut


Advertisement

18 Responses to “Dah berenti ker semangat AKUARIUM tu?”

  1. February 8, 2011 at 10:52 am #

    semangat ni yang kite mau beb.. ape kate ko buat iwagumi kat aquarium kecik tu beb..

    brape eh ko beli
    1. ADA Amazonia 2 packet X 9L
    2. Powersand M

    • February 8, 2011 at 9:40 pm #

      ha.. memang tu yang aku nak wat bean, iwagumi, tapi tunggu duit masyuk dulu Razz, akuarium tu pun atas permintaan bini aku, nak letak dalam bilik dia kata…

      ADA Amazonia, 1 packet RM 88.00
      Powersand M 1 packet dalam RM 70 ke atas kot, lupa lak..

      lokasi, beli dekat Akuarium shah alam, xeng leng kot nama dia, sebelah tasik shah alam…

  2. February 10, 2011 at 12:46 pm #

    OOO situ ade jual eh.. tak prasan plak aku… ok dengan pantas aku nak g beli.. eheheh… aku try pakai tanah bancuhan sendiri+pasir sungai tapi air tak clear la… satu lagi ko tau tempat refill co2 tank?aku pyer dah abes… aku plan nak beli tong fire extinguisher besar je nih.. ade org klang nak jual rm80..

    • February 10, 2011 at 11:44 pm #

      beli la.. kat kedai tu ok sikit harga dia.. dan stok untuk amazonia sekarang ni memang limited sikit Frown

      aku dulu pun try tanah bancuhan sendiri, kalau nak beli tanah tu ko beli dekat kedai nursery sebelum giant di Kelana jaya.. lepas tu ko cari tanah jenis USM Top Soil, tak silap aku RM5.00 jer..

      Tanah tu boleh dapat PH 6,

      pasal refill co2 tank aku ada tempat best, tapi jauh sikit la.. murah gila RM10.00 jer tak silap aku, kalau kat kedai ikan RM40.00 macam tu

      pasal tank tu, boleh dapat dalam harga RM120 dan RM150 besar sikit dari RM120, baru punya. kepala dia dah siap untuk masuk regulator dah.

      try usha kat mudah bro,

  3. February 10, 2011 at 12:57 pm #

    ko dah bole dah nak buat iwagumi… batu2 dah banyak dah tu.. cume kena ternak rumput rampai je..

    aku ade jumpe benih rumput carpet sekampit RM5 kat giant sri muda.. aku try tanam n nk try tgk bole idop dlm air..hehehe..

    • February 10, 2011 at 11:46 pm #

      batu tu khas untuk tank 2.5ft punya bro, sekarang nak setup 2 tank lagi mana cukup Razz ada lubang beli batu murah dekat sungai buloh, kedai nursery rasa nya.. tak gi tengok lagi.

      benih rumput carpet air ker bro? bagus ko ni, dah jadi macam aku buat experiment jer… hahahah

  4. February 11, 2011 at 9:32 am #

    sungai buloh banyak nurseri… lagi banyak kat blakang spital baru tu.. kat jalan hospital kusta tu pon banyak gak nurseri..

    rasenye bole idop kot rumput tu pasal dalam air dah ade nutrient, co2 dan cahaya yang cukup.. tapi tak tau la kalo tak tahan lame idopnye tu..heheheh.. experiment.. kalo bole idop mesti bagus pasal benih yang aku beli tu banyak gile…

    aku tgh nak siapkan 1 aquarium mcm ni http://www.aquascapingworld.com/gallery/images/358/1_PinheiroManso_2008.jpg

    aku pakai pokok bunga kertas mati..

  5. February 11, 2011 at 10:38 pm #

    ada contoh tak benih dia tu dekat website mana-mana? boleh aku try usha gak Razz

    akunya pokok tak merebak lagi, kalau tidak aku leh kasi ko sikit Frown

    ko pakai pokok bunga kertas mati? maksud ko plastik ker?

  6. Ali
    February 23, 2011 at 7:28 pm #

    Cantik gak akuarium ko.. baru start ke buat aquascape nie..
    boleh bagitau tak apa jenis plant yang digunakan..

    • February 24, 2011 at 1:03 am #

      tak cantik mana pun bro, newbie nya tank.. cuma try tanam jerk… lepas ni baru nak belajar wat scape sikit-sikit Smile

      sebenarnya pokok dalam tu dah ada perubahan sikit.. yang masih ada water sprite, java fern, anubias, moss, Dwarf Hairgrass, Brown Wendtii Cryp,

      yang di buang Amazon Sword di tukar kepada Staurogyne repens (tak pasti, ada orang cakap Staurogyne sp.)

  7. April 20, 2011 at 11:01 pm #

    Incik Wan aQuarium kat umah aku dah berlumut awak ada x perkhidmatan cuci aQuarium .. kalau ada bole datang umah saya tolong cucikan & berapa Charge’nya

    • April 23, 2011 at 11:13 am #

      hahaha Incik Pa’EN, saya punya charge untuk cuci akuarium agak mahal.. kekek apa kata kalau Incik Pa’EN upah ikan DBKL jerk….

  8. November 23, 2011 at 5:04 am #

    salam , boleh tahu camne nak bagi air jernih ?

    • November 25, 2011 at 1:56 am #

      pakai canister filter ok bro…

  9. eri
    January 9, 2012 at 5:11 pm #

    Salam bro…lama xupdate tank, nk tgk iwagumi bro cmne, da leh jd cm tempat hercules agaknye..haha

    semalam baru pas beli aquarium, hang filter, sand yg kale hitam,digital thermo dll utk basic setup..td baru pas beli pokok yg ikat kat kayu tu, daun dia cm pokok tanduk rusa..skg ni tgh pelan2 nk beli soil, ada 1 kedai kat meru (sebaris dgn mobil yg nk ke tol g bukit raja), dia jual 1 pack=1kg rm 25.00..tgh tgu ada modal..bro klo ada pokok jawa moss yg cm rumput lebih2 tu klo nk let go murah2 khabar la kat saya..haha..ada jugak usha c02 kat kedai tu skali, yg kecik rm300 dia bg,regulator sme siap tp xtau la auto ke x,murah ke or boleh dpt yg lagi baik?

    • January 27, 2012 at 3:24 am #

      wsalam, sorry bro.. lama tul tak update pasal aquscape ni…

      bro pasal soil tu bro tengok jenis, GEX soil ok gak beli size kecik. ADA dah mahal sekarang ni, naik 10%

      kalau bro target moss dengan anubias atau fern, bro takyah beli soil pun dah ok. Pokok tu memang jenis tahan, saya letak dalam baldi pun hidup lagi.

  10. October 13, 2012 at 6:47 pm #

    boleh nampak perbezaannya..
    LOLA recently posted..Besar..! Biji Mata Gergasi Apakah Yang Dijumpai Ini..?My Profile

  11. azahar
    October 31, 2013 at 9:15 pm #

    kalau nak buat aquarium, pastikan kita buat bersaiz 3 kaki. buat basic dulu baru kita tau dimana kelemahan kita.

    Pastikan kita kaji dulu sebelum menanam pokok yg dikehendakki.

Ada Komen?

Connect with Facebook

CommentLuv badge