Jawab email tentang aquascape!

Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca, tidak kira apa jenis kaum, dan bangsa. Janji kita sentiasa merasa happy di dalam kehidupan kita. Hargailah apa yang ada, usahakan untuk mengelak perkara yang tidak baik.

Post kali ni khas untuk sedara Eri :P

Terima kasih bro kerana sudi bertanya kepada saya, walaupun saya bukan nya seorang yang PRO mengenai aquarium ni, malah, saya ni pun sama macam bro, baru nak belajar.

Baikla, tak nak buang masa bro, jadi kita mulakan dengan soalan bro.. Walaupun soalan bro agak umum mengenai akuarium ni. Soalan bro Eri ialah ingin membuat low tech planted tank, dengan mengunakan akuarium kecik.

Memang bro boleh memulakan bercucuk tanam dengan mengunakan akuarium kecik, tetapi terlampau limited la dan mungkin bro akan terasa rugi atau terasa buang masa pulak nanti :P .

Saya cuba bayangkan bro ni ada tank size 1 kaki. Jadi dengan mudahnya saya nak bagitahu Eri, bro tak yah pikir nak beli ADA, bro beli pasir biasa aje dekat kedai akuarium ataupun bro tanya dekat kedai akuarium tersebut ada “Holland Sand” tak? sebab harga dia lagi murah.. bro boleh juga ambil pasir yang buat rumah tu atau pasir sungai.

Lepas tu, bro beli kayu (driftwood) yang muat letak dalam akuarium bro, kalau boleh biar bercabang. Nanti kita ikat pokok dekat kayu tu.

Pasal lampu pulak, akuarium satu kaki ni biasa tak besar WATT dia pun tak apa, sebab low tech planted kan. Bro leh beli lampu meja yang boleh bekalkan 8 – 18 Watt.

Pasal Co2 memang betul, bro leh wat DIY tapi sebenarnya tak payah bro, sebab low tech tank memang orang nak elakkan guna Co2, lagi-lagi seperti bro maklum, akuarium bro kecik saiz untuk ikan laga. Jadi nanti pengsan pulak ikan laga tu tak dapat Co2 :P kalau pengsan takpa… kalu mati……..

Saya rasa perkara yang paling penting bro perlu tahu ialah pemilihan pokok yang sesuai untuk tank bro tu, sebenarnya saya suka pokok-pokok jenis yang kurang meminta ni, senang sikit nak jaga :) . Dekat bawah ni jenis pokok yang kurang minta dari segi lampu dan Co2

  1. Pokok jenis Moss
    • Java moss
    • Spiky moss
    • Starr moss
    • Flame moss
  2. Pokok jenis Rhizomes
    • Anubias
    • Java Fern

Semua pokok atas ni jenis ikat dekat kayu (driftwood), jadi bro tak perlu pakai tanah yang mahal-mahal… cukup ikat dekat kayu jer. Bro leh try search dekat lelong, atau pun cari dekat kedai-kedai akuarium, tapi kalau cari dekat kedai akuarium masalah juga, sebab dia orang ni sendiri pun tak tau pokok-pokok tu jenis apa.

Ok harap apa yang saya kongsi kan dekat atas akan memudahkan bro Eri.

Oh yeah Eri, sebenarnya saya memang tengah buat Low Tech Tank, Alhamdulilah, semalam baru siap. Ini gambor saya uploadkan, dan juga senarai plant yang saya gunakan wat masa sekarang (nanti nak tambah lagi)

Kena klik dekat image, baru gambor dia jadi besor sikit.

 

Popularity: 6% [?]

Incoming search terms:

  • lampu akuarium
  • bagaimana nak setup 2 akuarium di rumah
  • kedai akuarium aquascape ampang
  • lampu pokok aquarium
  • macam mana nk tanam pokok dalam aquarium
  • tanam pokok dalam akuarium

Makluman

Kalau anda rasa di blog ini kurang memberi perkongsian ilmu kepada anda, dan ingin berborak tentang isu anda.. apa kata lepak dekat forum ini...forum ajakbicara.com

Anda perlu register terlebih dahulu untuk mula membuka topik diforum tersebut


Advertisement

7 Responses to “Jawab email tentang aquascape!”

  1. eri
    May 19, 2011 at 11:17 pm #

    Uikk…xsangka jd glamer jp tiba2 keluar blog bro soalan saya..tp pe pn,bro mmg “CooL”…sudi nk share knowledge..high recommendation blog utk d follow..p/s ni btol2 psg aircond bsar ni..haha….Thanks bro utk info tu…

  2. eri
    May 19, 2011 at 11:21 pm #

    typing error..”xsangka jd glamer jp tiba2 keluar blog bro *pasal* soalan saya…sorryyy..haha

  3. May 19, 2011 at 11:33 pm #

    tak da hal bro… kita share-share la pengalaman kan.. kan… nanti habis duit aje beli barang macam-macam.. tapi tak leh guna :)

    tapi kalau tank bro macam bro tulis dekat email hari tu… mungkin bro boleh cuba beli pokok anubias… RM10 – RM15 …. lampu 8Watt pun dah ok… Co2 tak payah…

    p/s: biasanya kalau org bela ikan laga… org letak daun catapa bro.. bagi air jadi kuning-kuning…

  4. June 10, 2011 at 10:09 am #

    susah nak faham bagaimana nak
    tanam pokok dalam akuarium kecil.

  5. apez putra
    January 17, 2012 at 12:24 pm #

    salam.. sahabat.. sy pown suka la tgk aquascape neyh.. bru jeww tgk kt utube.. sblm neyh pnah tgk kt paper tntang seni aquos.. tp xtauu pape.. sy cuma nk tnya psal nk set up soil 2.. de vdeo kt utube pkai cmpuran tnah.. sy xpast pe bnda 2.. mgkin anti bacteria.. de jgak yg trus msukkn tnah htam 2.. klu xslah amazon soil kowt.. so.. cmne 2 bro??

    • January 19, 2012 at 9:06 pm #

      wsalam bro, ok campuran tanah yang macam serbuk tu tak payah pakai pun tak pa bro, yang penting soil dan powersand tu.. kalau bro nak lebih jelas, nanti saya akan terang kan, harga benda serbuk tu boleh tahan… amazonia soil pun dah naik ke RM98 (besar punya) dkt kedai… dulu RM88 jer… ada source leh dapat murah… tapi tak murah sangat lah..

Trackbacks/Pingbacks

  1. Soalan Aquascape : Jimat duit beli tanah lain. - January 23, 2012

    [...] rasa sebelum ni saya ada post tentang hal ni, tapi mungkin agak lain sikit [...]

Ada Komen?

Connect with Facebook

CommentLuv badge