Persoalan ini pernah di bincangkan dahulu, tapi saya tidak pasti dekat mana. Pada tahun 2007 yang lepas, kami pernah berbincang pasal ini. Tetapi ramai yang masih tidak pasti pada masa itu, adakah blog mampu menjadi salah satu sumber pemasaran pertama anda?.
Saya ada mencuba dengan salah seorang pelanggan saya, di mana saya meminta beliau membina blog terlebih dahulu. Walaupun begitu, kehadiran blog ini dapat membantu beliau dalam menjual 1-10 produknya. Herm.. memang sedikit, tetapi itu adalah permulaanya.
Apa tujuan saya meminta beliau membina blog?
Saya terangkan kepada beliau, bahawa kita perlu jadikan satu bahan untuk menjadi sumber rujukan percuma untuk pelanggan yang bakal membeli produknya suatu hari nanti. Selepas itu kita akan tingkatkan lagi keupayaan website itu kepada web jualan dan memulakan fokus teknik pemasaran yang lain. Pada mulanya, pandangan saya meminta beliau membuat ialah bukannya bertujuan untuk menjual barang. Mungkin rezeki beliau, selepas blognya berjalan selama 2 bulan, ada pembeli menelefonnya untuk bertanya mengenai produk yang ingin dijual…
Jadi memang benar, pemasaran pertama yang saya gunakan ialah BLOG.
Tetapi tidak semua benda boleh di gunakan dengan blog, tengok kepada niche yang tertentu supaya tidak pening kepala pelanggan anda nanti.
5 post yang ditulis oleh sahabat
- Unity Malaysian.. Harapan 2009 - January 4th, 2009
- Kelahiran cahaya mata ke-dua, adakah aku akan terlupa yang pertama? - December 15th, 2008
- Satu hari.. Dua hari.. Inilah yang terjadi pada saya!! - December 2nd, 2008
- Ergh, setel satu minggu dengan tekanan!! - November 24th, 2008
- Ingat mati, selami keadaan di sana nanti.. - November 11th, 2008
Popularity: 20% [?]




Penulis blog ini telah banyak melalui pengalaman-pengalaman kehidupan. Kebanyakkan post yang ada diblog ini adalah berdasarkan pengalaman dan ilmu yang telah dipelajari.
setakat ni blog la sumber pemasaran utama..
..letakkan cara untuk customer contact kita sgt penting, kalu tidak senang2 je customer tu blah..
sekadar pandangan je..