Persoalan ini pernah di bincangkan dahulu, tapi saya tidak pasti dekat mana. Pada tahun 2007 yang lepas, kami pernah berbincang pasal ini. Tetapi ramai yang masih tidak pasti pada masa itu, adakah blog mampu menjadi salah satu sumber pemasaran pertama anda?.
Saya ada mencuba dengan salah seorang pelanggan saya, di mana saya meminta beliau membina blog terlebih dahulu. Walaupun begitu, kehadiran blog ini dapat membantu beliau dalam menjual 1-10 produknya. Herm.. memang sedikit, tetapi itu adalah permulaanya.
Apa tujuan saya meminta beliau membina blog?
Saya terangkan kepada beliau, bahawa kita perlu jadikan satu bahan untuk menjadi sumber rujukan percuma untuk pelanggan yang bakal membeli produknya suatu hari nanti. Selepas itu kita akan tingkatkan lagi keupayaan website itu kepada web jualan dan memulakan fokus teknik pemasaran yang lain. Pada mulanya, pandangan saya meminta beliau membuat ialah bukannya bertujuan untuk menjual barang. Mungkin rezeki beliau, selepas blognya berjalan selama 2 bulan, ada pembeli menelefonnya untuk bertanya mengenai produk yang ingin dijual…
Jadi memang benar, pemasaran pertama yang saya gunakan ialah BLOG.
Tetapi tidak semua benda boleh di gunakan dengan blog, tengok kepada niche yang tertentu supaya tidak pening kepala pelanggan anda nanti.
Popularity: 33% [?]



13 Comments
setakat ni blog la sumber pemasaran utama..
..letakkan cara untuk customer contact kita sgt penting, kalu tidak senang2 je customer tu blah..
sekadar pandangan je..
betol2…perlu ade contact form (yang saya masih fail utk configure:( )..
masalah apa tu yerk? contact form jenis macam mana? autoresponder atau simple punya… kalau masih nak tahu tulis aje dekat sini…
p/s : boring dah lama tak buat tutorial ni
fail cmne tuh spatt?
kurang faham dgn komen kamu itu..hihi….
mmg betul blog ni boley membantu untuk kita pasarkan barangan kiter..kalau ramai viewer lagi bagus…
Mula marketing dgn referral dan diikuti dengan menggunakan blog….alhamdulillah so far so good sbb bisnes saya dalam bidang perkhidmatan.
http://www.asasteguh.com
yap… serupa lah dengan service saya… tapi saya lebih tumpukan servis untuk rakan-rakan saya…
blog ZulBM ni pakai blogspot kan?
contact form blog ku da ok da pn..tah cemana leh ok pn aku xtau…
p/s – mane servis?servis ape?
servis biasa aje… design sikit, hosting sikit, dan macam-macam lagi…
sahabat…yup, saya gunakan blogspot
pada pendapat aku, blog ni tak boleh sumber utama pendapatan website.
hanya utk perkenalkan produk, bincang2 tentang produk n mintak pendapat visitor ttg produk kita.
kecuali blog tu dah banyak giler visitor/traffic, mmg boleh buat sumber pertama.
bagi aku, kalau nk jual produk/servis, article n video marketing yang paling berkesan. lagi2 kalau submit kat ezinearticles n youtube n metacafe. mmg confirm dapat ranking tinggi dalam SE tu.
p/s; guna blog wordpress.com lagi byk traffic percuma dapat berbanding blogspot. sbb? wordpress.com ada search utk tag2 dalam blog kita. kadang2 org search kat google, akan kuar camni; http://wordpress.com/tags/keywordapa2je... pastu kalau tag tu ada dalam blog kita, dapat la free traffic dari SE->wordpress.com->blog kita.
Blog sumber pemasaran pertama anda.. Not so bad