Rakyat Malaysia kini sudah mula berblog, berbeza pada tahun sebelum ini, di mana kita sendiri boleh tengok syarikat-syarikat hosting mula melakukan promosi hebat untuk menarik pelanggan mereka. Tidak kurang juga di blogspot, ramai rakan Malaysia yang join.
Tetapi masih ramai yang tidak tahu hala tuju mereka. Berblog kerana hobi atau pendapatan sampingan?
Sebenarnya tidak salah jika berblog untuk menjana pendapatan sampingan melalui pengiklanan, dan yang bagus ia dapat menampung balik kos-kos hosting dan domain name. Kebanyakkan blog kadang-kadang tidak patut kerana meminta harga yang tinggi. Atas alasan traffic mereka tinggi. Betul atau tidak saya tidak tahu… Kerana tiada bukti yang boleh memperakuinya. Jadi di sini saya kasi sedikit tip untuk meyakinkan pengiklan kita. Maknanya pelanggan yang ingin meyewa ruang iklan di blog kita.
1) Kenapa orang perlu iklan di blog anda? :- bagi lah sedikit penerangan ringkas mengenai blog anda dan apa untungnya mereka.
2) Sediakan bukti traffic dari awstats ataupun google analytic. :- Pelanggan memerlukan bukti atau berhak mengetahui mengenai website anda.
3) Harga yang berpatutan :- kita tengok orang barat punya harga, jangan samakan dengan market Malaysia. Jadi biarlah berpatutan dengan harga dan traffic.
4) Tempat Pengiklanan :- tempat yang anda letakkan iklan mereka baik dinyatakan… Buat satu screenshot sudah memadai.
5) Sediakan syarat dan terma :- ini penting takut nanti jadi apa-apa, anda boleh kena saman pulak.
Sekarang, anda dah ada point penting apa yang pelanggan inginkan. Jadi tugas anda ialah, buat post berpanjangan agar blog anda tidak mati traffic. Macam blog saya ni, sudah kematian traffic
Popularity: 10% [?]


