KUALA LUMPUR, 18 Okt - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menetapkan bahawa kerajaan perlu membayar RM2.5 juta sebagai gantirugi kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Malek Husin membuktikan bahawa penggunaa ISA perlu segera dimansuhkan.
Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar dalam ulasannya terhadap keputusan Hakim, Mohd Hishamuddin Mohd Yunus dalam kes itu berkata, ia ’signal’ yang jelas kepada kerajaan agar segera menghapuskan akta zalim itu.
Beliau yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi mengucapkan syukur diatas keputusan itu dan mahu ia dijadikan sandaran kepada kerajaan menghapuskan penggunaan ISA terhadap rakyat yang tidak bersalah.
Jika sebelum ini Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan pelbagai NGO serta masyarakat antarabangsa dan setempat mendesak akan penghapusan ISA, hari ini keputusan kes Malik Husin membuktikan betapa tuntutan itu wajar sekali, katanya yang juga pernah ditahan bersama Malik Husin di bawah ISA selama seminggu.
Mengikut penghakiman yang dibuat ternyata penggunaan ISA adalah salah dan bertentangan dengan hak asasi manusia, katanya.

Justeru itu menjadi kewajipan kepada kerajaan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk segera menimbangkan penghapusan akta zalim itu, katanya.Mahkamah Tinggi Luala Kumpur hari ini menetapkan penahanan Malek Husin semasa demonstarsi reformasi di hadapan Masjid negara adalah bertentangan dengan undang-undang.
Mahkamah juga menetapkan dalam penghakiman bahawa ketika ditahan Malek dinafikan hak untuk mendapatkan peguamnya.
Malek ditahan di bawah ISA pada 25 September 1998 selepas berhimpun dalam satu perhimpunan aman reformasi di hadapan Masjid Negara.
Dalam samannya ke atas kerajaan, Malek menyatakan bahawa polis telah menderanya secara mental dan fizikal dalam penahanannya di bawah ISA.
Dalam keterangannya bagi kes samannya itu Malek juga menyatakan di telah ditampar, ditendang dan ditumbuk selain penderaan seksual.
Malek diwakili peguam Sivarasa Rasiah.
foto dari malaysikini.com
5 post yang ditulis oleh sahabat
- Unity Malaysian.. Harapan 2009 - January 4th, 2009
- Kelahiran cahaya mata ke-dua, adakah aku akan terlupa yang pertama? - December 15th, 2008
- Satu hari.. Dua hari.. Inilah yang terjadi pada saya!! - December 2nd, 2008
- Ergh, setel satu minggu dengan tekanan!! - November 24th, 2008
- Ingat mati, selami keadaan di sana nanti.. - November 11th, 2008
Popularity: 29% [?]




Penulis blog ini telah banyak melalui pengalaman-pengalaman kehidupan. Kebanyakkan post yang ada diblog ini adalah berdasarkan pengalaman dan ilmu yang telah dipelajari.
Saya seperti x percay bila tgk berita kat TV pagi semalam.
Huh, tapi kalau nak ikutkan bukan sorang je mangsa akta kejam ISA ni. Byk lagi yang didera samada mental atau fizikal.
Apapun tahniah kpd Pakcik Malek Husin dan mereka yang terlibat. Duit tu hulur2kanlah kpd mereka yg memerlukan ya..