Saya sentiasa memerhatikan perkembangan blogger’s Malaysia. Sememangnya benar-benar meningkat dengan mendadak. Setanding dengan kehadiran peminat-peminat “Pendapatan Sampingan Di Rumah” yang sentiasa mencari cara membuat duit di dalam internet.
Kebanyakkan rakyat Malaysia mengunakan Wordpress sebagai platform blog mereka, termasuklah diri saya sendiri. Tetapi mungkin ramai juga yang masih baru ingin mengenal Wordpress dan keberkesanannya di dalam dunia Blogging. Untuk pengetahuan pembaca semua, Wordpress telah meningkat dengan mendadak bukan sahaja di Malaysia tetapi dunia. Kalau hendak di bandingkan dengan blog platform yang lain, memang jauh ketinggalan. Walaupun mereka berupaya pergi lebih jauh.
Ramai yang mengunakan Wordpress kerana mempunyai paparan mudah dan senang di explore lebih jauh. Tidak ketinggalan juga dari segi research dan development yang sentiasa meningkat dengan cepat. Terbaru-baru ini saya mendapat berita mengenai pembikinan Wordpress Versi 2.7. Lebih cantik dan mudah untuk di explore.
Tahukah anda, wordpress juga memudahkan lagi pengunaan kelebihan-kelebihan tambahan dengan mengunakan Plug In.. Plug In ini akan memudahkan anda dari segi penambahan di dalam blog anda, seperti contact form, widget dan sebagainya. Ini lah kelebihan wordpress, anda tidak perlu mengenal CODE HTML atau PHP cukup sekadar basic saja.
Selepas ini, saya akan postkan mengenai plugin yang selalu di gunakan di blog-blog orang lain.
5 post yang ditulis oleh sahabat
- Aku masih tidak mahir... - July 1st, 2009
- Berhati-hati mengenai islam. - June 26th, 2009
- Berkahwin dikala waktu muda, adakah sesuai pada masa kini? - June 16th, 2009
- Minta maaf kepada pelanggan hosting saya. - June 12th, 2009
- Design Ebook? Boleh jadi kaya ke? - June 6th, 2009
Popularity: 41% [?]





Penulis blog ini telah banyak melalui pengalaman-pengalaman kehidupan. Kebanyakkan post yang ada diblog ini adalah berdasarkan pengalaman dan ilmu yang telah dipelajari.
memag penting plugin ini..