Tajuk pada hari ini panjang sikit, dan mungkin kandungannya panjang juga. Persoalan kepada rakan-rakan saya yang tidak mempunyai blog kini telah terjawab. Pada ketika ini, dunia telah di kejutkan dengan kewujudan blog. Perkara ini boleh kita persetujui dengan banyak nya tersiar mengenai blog di akhbar-akhbar dunia.
Hari ini saya ingin memberi sedikit info mengenai blog. Bagaimana penulis blog menjana pendapatan mereka melalui blog mereka. Nampaknya tidak perlu lah saya panjangkan kata-kata mukadimah ini. Cukup sekadar disini, Sekarang saya bongkarkan rahsia penulis blog.
Penulis Blog menjana pendapatan mereka dengan cara :-
- Program Pengiklanan :- Ramai orang mengetahui mengenai adsense dan ini lah salah satu sumber penulis blog, Mereka menulis dan meletakkan code Program Pengiklanan di setiap ‘post’ isi kandungan mereka. Kebanyakkan orang Malaysia mengetahui mengenai adsense tetapi banyak lagi Program-program pengiklanan sebegini tidak kira luar negara atau di dalam negara kita sendiri.
p/s :- jika anda mempunyai website adsense jangan sekali-kali beritahu dekat orang lain, rahsiakan jer. Kalau silap hari boleh kena ban account anda :).
- Sponsor :- Menawarkan ruangan untuk syarikat-syarikat atau badan peribadi untuk sponsorkan blog mereka. Di Malaysia jarang melakukannya, mungkin kurangnya kesedaran syarikat-syarikat di Malaysia ini mengenai kuasa Blog. Di luar negara, mereka mendapat income yang paling best di dalam Sponsor.
p/s :- bahagian ini saya minat, selalunya saya beli blog orang putih sebab target market saya orang putih.
- Menjual Ruang Iklan :- Ini paling popular tetapi saya tak tahulah berapa orang (Rakyat Malaysia) mendapat duit dari cara ini. Menjual Ruang Iklan ada beberapa cara. Cara yang paling biasa saya tengok meletakkan button (banner) yang bersaiz 125×125.
p/s:- bahagian ini pun saya selalu beli, tapi tetap blog orang putih. Sebelum saya beli ruangan iklan ini. Saya akan lihat terlebih dahulu pengunjung blog tersebut. Sebab kita bayar untuk mendapatkan sesuatu, bukan bayar kosong.
- Program Affiliate :- Penulis blog akan promote barang-barang yang di jual di dunia internet atau cuma meletakkan sahaja link-link affiliate di blog mereka. Program Affiliate ini berfungsi seperti jika ada orang membeli dari link yang di sediakan admin blog akan mendapat komisen dari pembelian tersebut. Program ini tidak memerlukan blog, cukup promote rakan-rakan e-mail tetapi amaran keras, jangan melakukan spam.
p/s : saya dah kurang berminat pada program ini. :).
- Menulis Review :- Cara ini masih belum popular. Cara ini selalunya di upah oleh seseorang untuk review produk mereka. Pengunjung blog akan tertarik jika Review Produk memberi info secara keseluruhan.
p/s : saya tak pernah review apa-apa pun, tapi selalu guna servis ni :P.
- Donation :- Cara ini pun kurang popular atau tidak dapat sambutan di Malaysia. Salah satu nya orang tidak tahu apa benefit jika mereka menderma kepada penulis blog.
p/s : saya rasa tidak memerlukan donation, selalunya blog jenis ini memberi servis free dan memerlukan donation untuk meneruskan servis free mereka.
p/s : Saya tidak membuka apa-apa ruangan iklan, sebab saya tunggu pengunjung yang ramai ke blog ini baru lah saya akan membuka ruangan iklan. Saya tidak mahu mengaut keuntugan tetapi tidak memberi faedah kepada pelabur. Jujur di dalam meniaga, tunjukkan bukti jika anda layak untuk membuat semua perkara di atas.
p/ss: Pernah sekali saya terasa serba salah kerana mempunyai dua pelanggan (orang luar) mengunakan service pengiklanan saya. Sehingga saya letakkan pengiklanan selama 1 tahun untuk menghilangkan rasa serba salah ni. Isk…isk…isk dah serik beb
5 post yang ditulis oleh sahabat
- Ingat mati, selami keadaan di sana nanti.. - November 11th, 2008
- Blogger love they Theme? but beware.. - November 5th, 2008
- Blog sumber pemasaran pertama anda? - November 2nd, 2008
- Berita sedih untuk pengiat Adsense! Blog Rush ditutup. - October 30th, 2008
- Manual Newbie akan membantu anda! - October 27th, 2008
Popularity: 30% [?]





Penulis blog ini telah banyak melalui pengalaman-pengalaman kehidupan. Kebanyakkan post yang ada diblog ini adalah berdasarkan pengalaman dan ilmu yang telah dipelajari.
No comments yet.