Ramai blogger dan webmaster di Malaysia masih keliru didalam membina traffic (pengunjung). Mereka masih mencari-cari cara membina traffic dengan mudah. Disini saya ingin menerangkan 5 cara mudah dan percuma untuk mendapatkan pengunjung secara berterusan ker blog atau web anda.
1) Menghantarkan Link Blog/Web ke Directory yang berkualiti tinggi :- Anda boleh mengunakan cara ini dengan mudah, kerana apa yang anda perlu ada ialah senarai directory-directory percuma. Selepas itu anda boleh teruskan submit kan link blog/web anda kesana.
Tip Submit Link :-
Pastikan anda mengunakan Title yang sesuai untuk blog anda,
Pastikan Description anda boleh membuatkan pembaca memahami apa tujuan blog/web anda
Pastikan anda menepati permintaan/peraturan directory-directory tersebut.
2) Servis Blog Ping :- Cara ini anda perlu membuat post terlebih dahulu, selepas itu anda boleh mengunakan perkhidmatan ping yang telah disediakan. Tujuannya ialah untuk menghubungkan satu rangkaian blog dengan blog yang lain. Perkhidmatan yang popular ialah Ping-O-Matic
3) Hantarkan Artikel Anda Ke Artikel Directory :- Cara ini paling orang malas sekali nak buat, salah satu sebabnya, kita kena submitkan artikel kita ke Website orang lain (orang kurang suka sebab berfikir takut kena banned dengan google atau takut artikel itu tidak jadi unik) sebenarnya pendapat ini salah, Google tidak akan banned orang suka-suka hati, dia orang mesti ada stuff yang menjaga hak-hak blogger di mana content mereka akan di protect. Anda boleh mencuba sendiri dan anda boleh tengok traffic datang sedikit demi sedikit. Untuk artikel Malaysia anda boleh mencuba submitkan ke Artikel Directory ini.
4) Link Di Signature Forum :- Ini adalah cara paling mudah dan tidak memerlukan kos, apa yang anda perlu buat, cari ayat-ayat power lepas tu anda letakkan link anda di signature. Keuntungan anda ialah traffic percuma yang mungkin boleh mencecah 40-50 orang.
5) Mybloglog :- 100% popular
cara ini paling senang dan mudah kepada blogger, tak perlu saya terangkan panjang lebar. Anda cuma register dan explore member-member baru di community.
Mungkin akan datang masih banyak lagi cara-cara yang mendapat traffic percuma. Memang orang cakap tak logik tapi ini lah kenyataan. Jangan pandang jumlah sikit itu tak berguna, tetapi jumlah sedikit itu yang membantu content atau web anda di index oleh google atau yahoo. So, anda pikir lah sendiri..
Popularity: 16% [?]



2 Comments
ehm..betul. ini antara salah satu cara yang mudah untuk dapat trafik.
Salam.
Menarik artikel ni untuk tambah trafik.
Saya baru tau pasal yg ke 3 tu.