Elakkan diri di tipu di internet.
Tahukah anda di dunia online ini macam-macam boleh berlaku, terutama sekali penipuan wang. Bagaimana benda semua ini berlaku ia, mempergunakan perasaan orang yang terdesak yang ingin mencari pendapatan di internet, atau duit tambahan dari internet. Ramai rakan-rakan saya dari dunia yang nyata bertanyakan tentang hal ini. Terutama sekali persoalan, “Benarkah boleh buat duit dari internet?” . Sudah tentu jawapan saya benar oleh kerana saya telah menceburi bidang ini selama beberapa tahun dan sedikit pengalaman yang mana benar dan yang mana tidak benar.
Persoalan disini, berapa ramai yang dapat menjana pendapatan dari internet? terutama tanpa ilmu. Memang ramai yang ingin menceburi bidang ini tetapi tidak ramai yang yakin mengenainya. Terutama sekali, untuk mengeluarkan sedikit modal untuk membeli keperluan internet seperti hosting dan domain. Memang benar anda boleh meneruskan niat anda tanpa keperluan semua itu. Tetapi lebih baik anda mencipta brand anda sendiri, atau meyakinkan lagi bakal pembeli-pembeli anda.
Pada masa kini, banyak iklan-iklan yang kita jumpa di internet yang mengunakan ayat “Buat duit dari Rumah” dan macam-macam lagi ayat yang mengoda anda. Sebenarnya, ada yang benar dan ada yang tidak benar. Maksud benar disini ialah “berkesan”, oleh kerana terlampau banyak iklan-iklan sebegini menyebabkan banyak persoalan yang tidak dapat dijawab pada diri pembaca masing-masing.
Untuk itu, anda di nasihatkan selidik terlebih dahulu penjual-penjual tersebut untuk yakin, anda tidak tertipu. Salah satunya ialah mengunakan whois kepada domain tersebut (contoh bagaimana melakukan whois). Maknanya selidik latar belakang pemilik website. Kalau dia memalsukan atau tidak memasukan alamat sebenar mereka. Anda di sarankan jangan berurusan dengan mereka. Walaupun mereka mengunakan ayat-ayat manis, untuk menarik anda supaya membeli produk mereka.
Anda boleh cuba whois seperti ayat yang telah diboldkan diatas, dan anda boleh nampak yang saya mengunakan alamat penuh dan nama saya sendiri. Supaya melancarkan lagi hubungan perniagaan saya dengan anda. Sekarang bagaimana keyakinan anda dengan saya?.
Kadang-kadang cara ini pun tidak dapat membantu anda, kerana sesetengah domain mengunakan private register. Kelebihannya dia dapat menyorokkan identiti seseorang. Tetapi masih boleh report dekat syarikat hosting berkaitan.
5 post yang ditulis oleh sahabat
- Salam Ramadhan, Welcome untuk Syawal - September 5th, 2010
- Kereta, Adsense dan Hari Jadi! Ops.. Offer Price - August 21st, 2010
- Puasa, Birthday, dan Adsense - August 14th, 2010
- Selamat Berpuasa! - August 13th, 2010
- Crocs dan kebenarannya..? Kalimah Allah? - May 29th, 2010
Popularity: 24% [?]





Sahabat ingin belajar menjadi blogger yang terbaik. Apa yang di maksudkan terbaik disini ialah menwujudkan satu blog yang penuh informasi dan bukan berlandaskan perniagaan internet sahaja..