Ingin mengupah orang membina website?
Tahukah anda apakah perkara yang paling sukar di dalam Web Development (Pembangunan Web)?
Sedikit mengenai tentang web development yang perlu anda ketahui.
Salah satu business internet yang teramat popular dari dahulu sehingga sekarang, web development boleh dikatakan termasuk dengan membina website e-commerce, pereka web(web design), isi kandungan web (web content development) konfigurasii web server. Tetapi bagi golongan profesional, web development adalah lebih kepada programmer punya kerja. Maknanya seorang yang membuat sesuatu website dari coding.
Baiklah untuk menjawab soalan rakan MyBlogLog, Bagaimana untuk menetapkan harga atau kriteria-kriteria untuk memberi sebut harga apabila ingin membina sesuatu website.
Kebiasaannya harga di tetapkan mengikut per jam(hour) mereka melakukan sesuatu kerja pembinaan website. Jadi makin susah sesuatu kerja makin banyak lah jam mereka akan buat.
Kebanyakkan kumpulan profesional akan menetapkan harga antara $50 dollar ke atas, manakala kepada kumpulan yang baru melakukan service ini mereka cuma caj $50 ke bawah. Tetapi kualiti mereka lakukan saya tidak berani menentukannya. Kadang-kadang, makan berjam-jam, jadi makin tinggi lah upahnya. Sedangkan jika upah kumpulan profesional mungkin kerja tersebut dapat di selesaikan dalam 1 jam sahaja. Jadi anda sendiri menentukannya… :) (saya pernah mengupah orang dalam membantu saya mencari error di salah satu website saya)
Selain itu, harga juga di tetapkan dari segi design, maksud design di sini bukannya bermaksud design luaran sahaja, ia termasuk lah dari segi design dalaman. Design dalaman juga penting untuk membuat sesuatu website itu lebih user friendly, atau mesra pengguna. Aspek yang penting ialah keadaan sistem website tersebut berjalan dengan lancar. Tiada konflik antara database dan coding.
Ketepatan masa dalam menyiapkan website juga memainkan peranan penting. Kebiasaanya, makin cepat anda mahu siapkan, makin tinggi harga mereka letakkan.
Semua di atas adalah untuk mereka yang ingin mengupah seseorang membina website tiptop… ala-ala friendster ker, facebook ker, myspace ker, atau shopping cart sendiri. Jadi mereka akan mencari kumpulan-kumpulan profesional dan memberi idea website yang mereka idamkan. Kumpulan tersebut akan melakukan kerja mereka, bersesuaian dengan harga yang telah di persetujui bersama.
Tetapi zaman sekarang telah wujud satu golongan Home Bisnes, mereka ini cuma membantu anda di dalam membina website atau design website tersebut.
Kebanyakkan mereka mengunakan sumber yang sedia ada. Contoh pembinaan blog, wordpress adalah platform yang paling diminati ramai. Jadi anda upah mereka sekadar install software/script yang anda minta ke server yang anda beli atau mereka sendiri menyediakan server untuk anda.
Harga yang mereka tawarkan tidaklah mahal, kadang-kadang sampai $5 dollar pun ada. Biasalah keadaan market online memang mudah jatuh, kalau tidak sama-sama menjaganya :(
Bajet yang perlu anda ada untuk membina website?
Mengikut website yang anda mahukan, di bawah ada di senaraikan anggaran harga untuk jenis-jenis website.
- Blog (install, konfigurasi) :- RM 50.00 – RM150.00
- Blog (design khas) :- RM 100.00 – RM400.00
- e-Commerce (install, konfigurasi) :- RM250.00 – RM1500.00
- e-Commerce (design khas) :- RM300.00 – RM1500.00
- Web Jualan (design) :- RM 50.00 – RM 200.00
- Web Jualan (sistem) :- RM 50.00 – RM 200.00
- Portal :- RM 150.00 – RM 500.00
- Setengah website di kira mengikut page :- RM 50.00 – RM 200.00 (per page)
- Isi kandungan web/web jualan/e-commerce :- RM 100.00 – RM200.00
5 post yang ditulis oleh sahabat
- Salam Ramadhan, Welcome untuk Syawal - September 5th, 2010
- Kereta, Adsense dan Hari Jadi! Ops.. Offer Price - August 21st, 2010
- Puasa, Birthday, dan Adsense - August 14th, 2010
- Selamat Berpuasa! - August 13th, 2010
- Crocs dan kebenarannya..? Kalimah Allah? - May 29th, 2010
Popularity: 24% [?]





Sahabat ingin belajar menjadi blogger yang terbaik. Apa yang di maksudkan terbaik disini ialah menwujudkan satu blog yang penuh informasi dan bukan berlandaskan perniagaan internet sahaja..
Terima kasih atas informasi yang diberikan. Nak tanya, adakah menjadi perkara biasa jika bakal pelanggan mintak quotation harga berdasarkan plan development yg dibuat…tak lain tak bukan ini utk tujuan bajet…mungkin web owner tau bila dah overbudget bahagian mana yg perlu dicantas……
perkara ini jarang berlaku, kecuali web owner tahu apa yang mereka mahukan.
contoh, web owner ingin membina satu web jualan. Dan mempunyai budget RM300. Jadi mereka cuma dapat apa yang mereka persetujui. Pengiraan di bawah seperti saya berikan kepada pelanggan saya,
Salespage Design :- RM 50 – RM 100 ( selalunya harga yang rendah saya akan mengikut design saya sendiri, maksudnya RM50 untuk design yang saya buat tanpa perubahan yang banyak. )
Sistem Web Jualan :- RM 50 – RM 150 ( mengikut permintaan pembeli, contoh mereka inginkan borang tempahan, dan sistem affiliate, jadi saya cuma mengambil upah RM 100 )
Saleslatter :- RM 50 – RM 200 ( Akak sendiri tahu kualiti yang di perlukan, contoh saya cuma membuat 250 – 300 patah perkataan sahaja untuk harga RM 50, itupun cuma memberi tahu apa yang ada pada produk tersebut. )
Kebiasaan saya akan memberitahu hal-hal di atas terlebih dahulu, sebelum pembeli setuju.
harap dapat membantu, akak…
info yang berguna. soal harga memang menjadi tanda tanya dalam bisnes ni. lebih lagi kepada yang baru mencebur bidang ni..
betul tu.. sebenarnya kebanyakkan mereka serba salah takut menjatuhkan bisness orang lain kot :P
Assalamualaikum Akram, salam perkenalan juga. Terima kasih info baik ini. sekurang-kurangnya saya dapat tahu secara umum harga untuk meminta bantuan orang lain tentang website.
ya… kesemua yang saya nyatakan adalah umum… terima kasih ziarah di blog saya ni :)