Mencari sesuatu mengenai panduan blog, agama, berita dari internet, video menarik dan isu semasa.

Kemana aku menghilang? selama berminggu mendiamkan diri?

Salam,

Tiba-tiba baru teringat aku ada blog ini :) . Sebenarnya aku agak sibuk kebelakangan ini, siapkan beberapa projek yang tertunda hari tu. Selain itu, aku juga menyibukkan diri dalam baik pulih kenderaan baru aku. Penat juga lah sebab banyak sangat projek dan tugas yang perlu di lakukan beberapa minggu ini.

Aku juga mengalami kepeningan yang melampau pada minggu lepas, tetapi dapat disetelkan dengan macho. Kejadian yang menyebabkan aku pening ialah anak aku sakit (demam campak), baby pun duk nangis aje, isteri aku accident, dan beberapa lagi yang tak perlu aku nyatakan sini.

Projek website yang lepas aku dah draft sikit mengenai marketing. Tetapi aku tak tahulah sokongan rakan blogger macam mana. Sebab first step marketing aku ialah dengan meminta rakan blogger untuk reviewkan website tersebut. Meminta rakan blogger bukan dengan tangan kosong, tapi akan di beri ganjaran sebanyak $2.00 – $3.00 kesesuaian dengan blog mereka semua. Contoh kalau satu post dekat blog takkan aku nak bagi $3.00 bankrap lah aku :(.

Kalau boleh aku inginkan blog yang mempunyai domain sendiri bukan blogspot sebab target visitor mungkin ok sikit kot :P. Oh lupa, payment akan dibuat melalui PAYPAL, jadi sesiapa yang ada paypal boleh lah masuk dalam perancangan aku ni.

Cara hendak join program duit ni senang aje, tengok cara-cara yang akan diterangkan di bawah:-

  • Mesti ada paypal, blog yang domain sendiri, mesti ada post yang terdahulu.
  • Sedia menerima pembayaran antara $2.00 – $3.00 usd…. darab dengan 3.4 untuk dapatkan dalam Ringgit Malaysia.
  • Program ini memerlukan anda menghantar permohonan dekat sini : sertakan url blog, traffic, post dalam BM or english, atau sebarang pertanyaan.
  • Selepas itu anda akan diberikan maklumat lanjut melalui email nanti.

Aku mengharapkan benar penyertaan dari blogger Malaysia untuk menyertai program review ini, sebab website yang aku minta review ini pun bukan menguntungkan aku :).

5 post yang ditulis oleh sahabat

Popularity: 20% [?]

If you enjoyed this post, make sure you
Subscribe to my RSS feed!

3 Responses to “Kemana aku menghilang? selama berminggu mendiamkan diri?”


  1. kyeserr says:

    aaah ko mmg.. nyanyukk da.. blog sndri punda ingt.. hahaha

    projek pe ko ni.. ade je projek..projek x sihat ni.. projek xxx la tu kan .. hahaha

    aahhh.. letih la aku nak komen.. malas laa..hahahah..

  2. titan says:

    eh. betul ker? ko biar betul..

    Ps: review ni aku wat nanti ek..

  3. ferdy says:

    project ape nie. menarik jer.. nanti saya pm!


Trackbacks/Pingbacks

  1. Blogger Malaysia Berbicara - 5 perkara mudah untuk membuat duit dari rumah. 28 05 09

Leave a Reply