Siap juga projek yang lama ditunda.
Alhamdulilah, walaupun tidak cukup sempurna tetapi siap juga akhirnya. Projek ini telah di tunda dari tahun 2007 sehinggalah sekarang. Projek ini tidak lah sebesar blogstarz.my tetapi ia akan membantu rakyat Malaysia untuk memilih produk yang mereka inginkan. Selain itu, pengguna juga berhak untuk mengundi dan memberi pandangan mereka di ruang yang kami sediakan. Projek yang saya maksud kan ialah direktori untuk rakyat Malaysia.
Perbezaannya ialah direktori ini khas untuk webjualan, estore, dan berkaitan dengan pembelian online. Jadi pengguna mempunyai kuasa untuk membuat testimonial mereka sendiri dengan menyatakan sesuatu produk itu baik atau tidak untuk di beli. Wujudnya website ini ialah untuk mengelakkan daripada pengguna tertipu daripada apa yang mereka beli.
Bagi pihak penjual pula, ini lah masa untuk anda meningkatkan lagi keupayaan khidmat pelanggan anda dan juga mutu sesuatu produk anda. Walaupun, saya tahu pelancaran website ini kurang menyenangkan beberapa pihak tetapi saya tetap juga melancarkan. Oleh kerana permintaan pelanggan yang sekian hari makin meningkat, ada baiknya website ini di wujudkan.
Baiklah, sekarang masa anda sebagai seorang penjual yang jujur untuk memasukkan detail-detail yang di perlukan dekat website ini. Selain itu, jika anda adalah salah seorang pelanggan daripada website yang kami senaraikan, anda boleh tinggalkan review anda di sana.
5 post yang ditulis oleh sahabat
- Salam Ramadhan, Welcome untuk Syawal - September 5th, 2010
- Kereta, Adsense dan Hari Jadi! Ops.. Offer Price - August 21st, 2010
- Puasa, Birthday, dan Adsense - August 14th, 2010
- Selamat Berpuasa! - August 13th, 2010
- Crocs dan kebenarannya..? Kalimah Allah? - May 29th, 2010
Popularity: 22% [?]





Sahabat ingin belajar menjadi blogger yang terbaik. Apa yang di maksudkan terbaik disini ialah menwujudkan satu blog yang penuh informasi dan bukan berlandaskan perniagaan internet sahaja..
cun la tu…tinggal nak banyakkan lagi produk je..huhu
herm.. produk tu, kalau boleh tuan empunya website yang submitkan… tapi nampaknya kalau kurang sambutan terpaksa lah saya guna link affiliate dekat sana… boleh lah dapat menampung hosting..
traffic site tu ok, walaupun masih baru, tapi dah ada antara 30-60 visitor dari search engine,
hoho. akhirnya tercapai juga..
itulah… kalau ko perasan titan… domain tu dah berapa kali dah tukar niche.. last-last sekali biar macam tu aje.. lepas tu baru lah ada mood nak wat alik…
ini pun atas cadangan hilmi planhoster tahun lepas kekekek baru buat lak tu.. memalukan lah
Saya sokong web bro tu.Sekurang-kurangnya kami ada guide before buying.Anyway teruskan usaha murni ini.
Marketing kena powerkan lagi tu beb..domain dah lama tu mesti kena power ranger warna merah.
@rbc :- terima kasih, selain bro boleh review produk orang, bro boleh juga menulis artikel dengan percuma, sebagai balasan, bro boleh letak link ke website, atau produk bro dekat situ.
@catzer:- mana ko hilang yerk? aku cari dekat YM takda… aku ada nak offer dekat ko ni, itu pun kalau berminat.. oh pasal, seminar yang selalu ko buat tu pun boleh letak dekat situ, login dengan akaun lama.. lepas tu submit aje seminar ko dekat situ…
tahinah sebab dapat lancar web directory utk produk jual beli malaysia.
melayu boleh!