Tinggi cita-cita tetapi tidak mempunyai usaha.

Jangan pelik dengan tajuk post hari ini, bukan sindiran dan bukan perli tetapi saja membuat satu topik yang membuat kan pembaca blog ini berfikir.

Hari ini saya ambil EL( Emergency Leave) oleh kerana anak saya demam panas, dan tiada siapa yang ingin menjaganya. Pembaca semua faham-faham lah, budak berumur 11 bulan kena demam panas, bahaya oo…

Oleh itu, ketika anak saya sedang tidur. Saya surf internet dan melawati blog rakan-rakan yang lain dan membaca isi-isi blog mereka. Huh, kebanyakan semuanya menjana pendapatan dari internet. Mungkin itu lah topik terhangat yang orang malaysia ingin cari selama ini.

Sebenarnya revolusi ini pernah berlaku di negara luar ketika dahulu, bezanya panggilan saja. Negara luar popular dengan panggilan “Work at Home” “Home Business” dan macam-macam lagi. Tetapi malaysia pula popular dengan panggilan “Bekerja di Rumah”, “Jana Pendapatan” dan macam-macam lagi.

Kita kena faham setiap perkataan tersebut tidak sama contoh ayat “bekerja di rumah” tidak sama dengan “perniagaan internet”. Jadi perkara penting disini, kalau kita membaca mengenai atau telah membeli ebook mengenai “bekerja di rumah” jadi anda perlu lah faham. Anda perlu bekerja! bukan terus berharap untuk mendapatkan duit tanpa melakukan apa-apa.

Di sini lah perkara penting mengenai tajuk di atas, Anda mengharapkan sesuatu itu tanpa mempunyai usaha.

Ingat untuk berjaya, anda perlu lah berusaha bukan masih seperti dulu. Kalau anda baca webjualan Pemasaran Niche apa anda akan fikir. Adakah membuat perniagaan atau meminta anda bekerja untuk dapatkan wang di internet.

Popularity: 14% [?]

This entry was posted in Berita Internet. Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

11 Comments

  1. Posted October 20, 2008 at 9:57 pm | Permalink

    Ya…fokus. That the points. Satu lagi pe2 bnda nak bwat mst ada plan….

    • Posted October 20, 2008 at 11:51 pm | Permalink

      terima kasih kerana memberi komen KampungBoy, saya harap post kali ini dapat membuka minda seseorang.

  2. Posted October 21, 2008 at 12:59 am | Permalink

    tahet mesti betuk..plan mesti bijak…

  3. Posted October 21, 2008 at 3:12 am | Permalink

    kena ada action…
    barulah ada hasilnya…
    kalau x de action…
    x de la hasil .. :D

    • Posted October 21, 2008 at 6:41 pm | Permalink

      itu lah masalah sekarang thereds, selalu nya orang menyalahkan pembuat ebook… tetapi usaha sendiri pun tak da… macam mana nak berjaya..

  4. Posted October 21, 2008 at 9:32 am | Permalink

    betul tu…tak boleh mengharap aper kalau takdernyer usaha yang berterusa..itu laa yg aku cuber atasi skang nie..yang penting aku nak buktikan pada kawan2 aku…aku boleh dapat sesuatu daripada internet…itulah kekuasaan skang nie..

    • Posted October 21, 2008 at 6:43 pm | Permalink

      memula sekali kita kena cari fokus dulu bro… contoh fokus bro menjual produk,… kalau boleh tetapikan fokus tersebut… tak salah nak buat adsense juga… tetapi takut lari pulak tempo bro…

  5. Posted October 21, 2008 at 2:03 pm | Permalink

    Yg penting usaha kita dan bertawakal kepada yg Maha Esa agar usaha kita di berkati.

    • Posted October 21, 2008 at 6:44 pm | Permalink

      yap…. penting kena usaha dulu… baru tawakal.. kekeke jangan tawakal tiba-tiba tetapi usaha takda… memang sampai bertahun lah takda hasil :P

  6. Posted October 23, 2008 at 8:23 am | Permalink

    senang je… kalau kita memilih dengan tak berbuat apa-apa.. jawabnya tiada apa yang akan masuk… betul tak..

    • Posted October 23, 2008 at 10:39 pm | Permalink

      yap… kita perlu pilih yang mana betul, usaha atau biarkan aje… kalau biarkan aje memang tak da hasil sampai bila-bila lah…

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>