Jawab email tentang aquascape!

Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca, tidak kira apa jenis kaum, dan bangsa. Janji kita sentiasa merasa happy di dalam kehidupan kita. Hargailah apa yang ada, usahakan untuk mengelak perkara yang tidak baik.

Post kali ni khas untuk sedara Eri :P

Terima kasih bro kerana sudi bertanya kepada saya, walaupun saya bukan nya seorang yang PRO mengenai aquarium ni, malah, saya ni pun sama macam bro, baru nak belajar.

Baikla, tak nak buang masa bro, jadi kita mulakan dengan soalan bro.. Walaupun soalan bro agak umum mengenai akuarium ni. Soalan bro Eri ialah ingin membuat low tech planted tank, dengan mengunakan akuarium kecik.

Memang bro boleh memulakan bercucuk tanam dengan mengunakan akuarium kecik, tetapi terlampau limited la dan mungkin bro akan terasa rugi atau terasa buang masa pulak nanti :P .

Saya cuba bayangkan bro ni ada tank size 1 kaki. Jadi dengan mudahnya saya nak bagitahu Eri, bro tak yah pikir nak beli ADA, bro beli pasir biasa aje dekat kedai akuarium ataupun bro tanya dekat kedai akuarium tersebut ada “Holland Sand” tak? sebab harga dia lagi murah.. bro boleh juga ambil pasir yang buat rumah tu atau pasir sungai.

Lepas tu, bro beli kayu (driftwood) yang muat letak dalam akuarium bro, kalau boleh biar bercabang. Nanti kita ikat pokok dekat kayu tu.

Pasal lampu pulak, akuarium satu kaki ni biasa tak besar WATT dia pun tak apa, sebab low tech planted kan. Bro leh beli lampu meja yang boleh bekalkan 8 – 18 Watt.

Pasal Co2 memang betul, bro leh wat DIY tapi sebenarnya tak payah bro, sebab low tech tank memang orang nak elakkan guna Co2, lagi-lagi seperti bro maklum, akuarium bro kecik saiz untuk ikan laga. Jadi nanti pengsan pulak ikan laga tu tak dapat Co2 :P kalau pengsan takpa… kalu mati……..

Saya rasa perkara yang paling penting bro perlu tahu ialah pemilihan pokok yang sesuai untuk tank bro tu, sebenarnya saya suka pokok-pokok jenis yang kurang meminta ni, senang sikit nak jaga :) . Dekat bawah ni jenis pokok yang kurang minta dari segi lampu dan Co2

  1. Pokok jenis Moss
    • Java moss
    • Spiky moss
    • Starr moss
    • Flame moss
  2. Pokok jenis Rhizomes
    • Anubias
    • Java Fern

Semua pokok atas ni jenis ikat dekat kayu (driftwood), jadi bro tak perlu pakai tanah yang mahal-mahal… cukup ikat dekat kayu jer. Bro leh try search dekat lelong, atau pun cari dekat kedai-kedai akuarium, tapi kalau cari dekat kedai akuarium masalah juga, sebab dia orang ni sendiri pun tak tau pokok-pokok tu jenis apa.

Ok harap apa yang saya kongsi kan dekat atas akan memudahkan bro Eri.

Oh yeah Eri, sebenarnya saya memang tengah buat Low Tech Tank, Alhamdulilah, semalam baru siap. Ini gambor saya uploadkan, dan juga senarai plant yang saya gunakan wat masa sekarang (nanti nak tambah lagi)

Kena klik dekat image, baru gambor dia jadi besor sikit.

 

Popularity: 6% [?]

Posted in Aquascape | 7 Comments

Update terbaru akuarium aku…

Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca, tidak kira apa jenis kaum, dan bangsa. Janji kita sentiasa merasa happy di dalam kehidupan kita. Hargailah apa yang ada, usahakan untuk mengelak perkara yang tidak baik.

Semalam saya cerita mengenai siput fighter saya.. iaitu puffer fish. Hari ini, tergerak pulak hati saya nak letakkan gambor akuarium saya yang terbaru.. harap ada yang berminat memberi komen yang boleh membangunkan semangat.. :P

Update akuarium tak banyak boleh dilakukan, cuma wat sedikit trim pokok, dengan tambah 2 pokok iaitu Rotala Rotundifolia ‘red’ dan ……. tak tau nama pokok tu. Tengah tunggu reply dari rakan forum, harap ada lah yang kenal jenis pokok tu.

update latest akuarium saya

Popularity: 5% [?]

Posted in Aquascape | Leave a comment

Siput Fighter!

Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca, tidak kira apa jenis kaum, dan bangsa. Janji kita sentiasa merasa happy di dalam kehidupan kita. Hargailah apa yang ada, usahakan untuk mengelak perkara yang tidak baik.

Rasa-rasa tau tak Siput Fighter tu apa dia? Memang dah lama saya idamkan untuk mendapatkan perkhidmatan Siput Fighter ni, tapi dia ni susah nak jumpa. Baru-baru ni saya pergi jalan dengan family saya dekat kedai Akuarium terbesar di Shah Alam… alah, rasanya ramai tahu pasal kedai ni, kedai ni terletak di tepi tasik shah alam.

Jadi, saya beli sekor ikan yang di panggil Puffer, ikan ni lah yang selalu digunakan orang untuk dijadikan Fighter kepada siput di dalam planted akuarium.

Ini ada 2 gambor yang saya tangkap, gambor siput fighter dengan update akuarium saya…

Popularity: 4% [?]

Posted in Aquascape | 4 Comments