Sudah tiba kita menjalani kewajipan kita sebagai seseorang yang beragama islam. Seseorang yang beragama islam haruslah menunaikan puasa. Di mana orang islam tersebut perlu lah menahan lapar dan dahaga dari imsak hinggalah waktu maghrib (berbuka :- saya saja guna ayat macam ini, sebab purata yang membaca blog saya ini adalah orang islam. Maknanya kebanyakan orang islam tahu hal-hal kecil ini, kalau tak ingat baguslah boleh buka buku untuk mencari balik. Jangan sampai ilmu didada berkarat tau)
Sebenarnya perkara di atas tiada kena mengena dengan Blog Ajakbicara ini, tapi alangkah bagus kalau saya mulakan dengan perihal semasa
. Ajakbicara kini telah bertukar wajah supaya memudahkan lagi pembaca untuk surf di blog ini. Selain itu, pada tahun ini saya merancang untuk menjadikan blog ini lebih informasi kepada blog atau dunia internet campur tolak dengan perihal agama.
Walau bagiamanapun, saya tidak akan meninggalkan topik agama kerana ia adalah keperluan kepada masyarakat islam untuk mengingati sesama manusia. Sambil itu, saya juga akan selitkan sedikit sebanyak perihal Perniagaan internet isu yang menghangatkan lagi suasana.
Saya tahu tidak ramai yang sukakan cerita hal-hal agama, dengan cara ini saya dapat menarik rakan-rakan untuk mengetahui lagi tentang agama. Dengan cara memasukkan topik hangat seperti Perniagaan Internet, Panduan, Al-Kisah saya, dan Agama.
Kalau boleh blog ini saya jauhkan dari isu-isu politik dan isu-isu perkauman, yang kini telah menjadi VIRAL antara blogger kepada blogger yang lain.
Siapalah saya untuk menjatuhkan hukuman kepada benda yang saya sendiri tidak pasti. Apa-apahal selamat membaca dan selamat berpuasa
Popularity: 5% [?]


