Telah lama aku ingin mengatakan aku budak jahat, memang hakikat ku budak jahat… apa bila aku dah melakukan kejahatan sukar untuk orang menerima ku kembali… tapi sampai bila?? pernah atau tidak kamu berfikir yang aku ingin berubah.?? Apa pilihan aku sekarang ingin seperti dulu atau pun sekarang… Adakah aku dari golongan-golongan yang tidak bersyukur?
Memang senang kita berbuat kejahatan tetapi sukar untuk membuat kebaikan.. telah lama aku meninggalkan amalan kebaikan dan banyak amalan keburukan yang aku lakukan ketika dulu.. Tetapi niat untuk aku berubah masih kental lagi… Aku selalu berdoa kepada Tuhan aku untuk menjadi lebih baik dari semalam… dan semalam akan menjadi kisah yang akan aku lupakan..
Tetapi kenapa? Setelah aku berpaling kembali kepada mu Tuhanku… Kau datang kan pulak ujian-ujian mu…. aku sudah tidak larat yaa tuhan ku… Salah kah aku menyanyangi makhluk mu? Salah kah? Sedangkan engkau sendiri menyarankan sedemikian… tidak pernah berubah hati ku untuk mu… Mereka tidak pernah mengerti yaaa tuhan ku.. sememang nya tidak akan mengerti.. tetapi buka kan lah hati mereka untuk ku ya tuhan ku…
Bukan aku ingin meminta-minta dengan mu… tetapi ini sahaja yang aku mampu lakukan sebagai makhluk mu yang lemah… lemah dari yang disangka kan… memang sebelum ni engkau turun ujian mu dan aku dapat menipisnya dengan kesabaran dan keilmuan ku… tetapi jika aku terkena berpalu-palu tidak kah akan luntur semangat ku??
Engkau maha mengetahui setiap perkara yang berlaku… Engkau maha besar dari segala ciptaan mu…. Tetapi engkau telah memberi kesempurnaan kepada ku sebagai makhluk mu… engkau berikan penglihatan, engkau berikan pendengaran kepada ku, engkau izinkan aku berkata-kata dan engkau izinkan aku mencium segala-gala nya… tetapi jika kau memberi dugaan kepada ku… terkuntang-kanting lah aku mencari jalan penyelesaian nya.. walaupun penyelesaiannya tidak ku ketemui, aku akan mula meminta-minta dengan mu…. dan akan menunggu penyelesaian nya… tunggu.. dan terus menunggu…
Aku yakin yaa Tuhanku… aku tetap yakin… yang engkau akan membantu ku seperti kisah-kisah hidup ku dulu… Tetapi tunaikan lah permintaan aku yaa Tuhanku… Permintaan ku untuk keluarga ku, untuk isteri ku, untuk kawan-kawan ku, dan sekalian makhluk mu…. supaya kau berikan rahmat mu kepada mereka.. elakkan lah dari bala atas perbuatan ku yang lepas… Aku sanggup menerima hukuman mu terhadap diriku.. Tetapi tidak mereka-mereka yang ku kasihi.. kerana aku tidak sanggup.. aku tidak sanggup mereka derita atas kerana ku…
Ya Tuhanku… Aku sentiasa menerima apa saja balasan mu terhadap ku… walaupun menempah maut sekalipun… Telah banyak kenyataan-kenyataan yang kau tunjukkan kepada ku… dan aku teramatlah yakin bahawa kau sentiasa bersama ku… bersama ku kerana makhluk mu…
Jika ada orang beranggapan aku berubah… biarkan lah mereka berpendapat sedemikian rupa.. asalkan hati ku tidak berubah dari pada mu… Jika ada orang katakan aku gila… biarkan mereka berkata sedemikian… memang aku gila mencari mu… Jika ada orang berkata aku jahat… biarkan mereka tetapi jauhi lah mereka dari kejahatan ku… Jika ada orang berkata aku ini baik…. elakkan aku dari sifat ujub dan riak untuk hati aku… kerana tidak layak sifat-sifat itu berada di hati ku sedangkan engkau sentiasa berada di situ…
Aku bukan orang pilihanmu tetapi aku yakin aku manusia seperti orang pilihan mu… Aku bukan orang yang di cari mu tetapi aku tetap yakin bahawa kau ingin ku ketemui mu…
Tiada apa lagi yang aku pinta selain ilmu mu untuk kepada mu…. di sini lah aku letakkan kalimah tauhid mu…
“Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad pesuruh Allah, pada setiap pandangan dan nafas, sebanyak bilangan apa yang diliputi oleh ilmu Allah….”
Popularity: 18% [?]
Makluman
Kalau anda rasa di blog ini kurang memberi perkongsian ilmu kepada anda, dan ingin berborak tentang isu anda.. apa kata lepak dekat forum ini...forum ajakbicara.com
Anda perlu register terlebih dahulu untuk mula membuka topik diforum tersebut



jahatnya kau ni.
memang kita perlu sentiasa anggap diri kita jahat dan banyak dosa, agar kita sentiasa bertaubat.
kalau rasa kita ni baik sokmo, tak terlintas la bertaubat.
benar kata ali ni… tujuan sebenarnya bagi kita sedar hakikat jahat dan baik…
ingat jahat jer?
ingatla mati skali brader…
harap di ampuni segala dosa kita…amin.
gunawan :- memang benar kata gunawan, kita di galakkan mengingati mati.. tapi pada kebenarnanya ramai tahu yang mereka akan mati.. tapi masih melakukan kejahatan atau buat tak tahu aja mereka yang akan mati pada suatu hari.. manusia-manusia makin hari makin lalai, makin lalai makin kotor hati, kotor hati mati lah hati pada satu hari nanti…
semoga tuhan berikan pertunjuk kepada kita