Pada masa kini, terlampau banyak berita mengenai artis yang bercerai atau berita yang menyentuh artis dan agama. Perkara ini berlaku apabila media massa terlampau tertumpu kepada mereka semua. Sebenarnya bukanlah artis yang membawa fitnah, tetapi media massa yang mendedahkan hal peribadi mereka yang salah. Sehingga menimbulkan pertanyaan daripada kaum yang bukan beragama Islam.
Media massa sebenarnya bagus, sebab banyak memberi informasi kepada masyarakat. Tetapi boleh juga menjadi tidak bagus. Contoh: Mamat B dah bercerai dengan Minah A lepas tu media massa memikirkan itu adalah perkara hot.. mata pun dah nampak $$$ apa nak di kata lagi. Terus publish news mengatakan “Berita Sensasi : Minah A diceraikan Mamat B.” Apa cerita ni? sepatutnya media massa perlu lah peka mengenai Tajuk berita tersebut.
Kalau saya tanya kepada pembaca. Adakah itu berita gembira? atau berita yang menyedihkan?. Apa pemikiran kaum yang bukan islam pula? Mesti mereka berfikir, orang islam ini selalu suka bercerai berai… dan adakah itu agama suci atau agama yang diredhai. Agama islam adalah agama yang suci bagi mereka yang melakukan panduan dan mengamalkan ilmu yang di ajari. Tetapi agama yang kotor walaupun mereka sendiri orang islam. Kenapa boleh jadi begini? oleh kerana terlampau pandai sehinggakan tidak perlu menuntut lagi ilmu agama, itu lah kesannya. Maksud saya, pergilah ke Masjid kalau dah tak boleh solat dirumah, paksa diri anda.. walaupun orang mengatakan tiada paksaan dalam islam. Tetapi untuk diri anda, anda perlu paksa.
Kita boleh ambil contoh tentang kerja. Walaupun malas tetap kena pergi juga, lama-lama perkara itu sudah biasa, dan sebati dengan kehidupan seharian.
Popularity: 8% [?]
Makluman
Kalau anda rasa di blog ini kurang memberi perkongsian ilmu kepada anda, dan ingin berborak tentang isu anda.. apa kata lepak dekat forum ini...forum ajakbicara.com
Anda perlu register terlebih dahulu untuk mula membuka topik diforum tersebut



Cerita artis cerai berai ni memang biasa kiter dengar..tap betul jugak kata ko…kalau selalu cerai berai…lagi2 artis tu Islam…sudah tentu tak elok di pandang orang lagi2 agama lain…
sebab benda ni dah terjadi.. terpaksa lah aku menjawab dengan tenang…
“majoriti artis melayu dan beragama islam, kalau kita tengok siapa yang selalu dikaitkan dengan Rasuah? mestilah polis…” dan orang yang beragama lain yang bertanya tu terus bersetuju
alhamdulilah… tuhan bantu aku menjawab persoalan yang membuatkan member-member aku terkedu seketika…