Subhanallah, saya baru lepas solat maghrib.. Selepas itu terpandang di TV3 yang membuat review pasal Anugerah Juara Lagu. Apa yang saya nak sampaikan disini ialah mengenai Penampilan Artis di dalam kaca TV, sungguh lah seksi.. ibarat kan saya menonton Grammy Awards bukannya Anugerah Juara Lagu. Memanglah benda ini dah lama berlaku… Tetapi pernah kah kita terpikir bahawa kita hidup di dalam negara Islam.
So, tak pandai-pandai lagi pihak yang terbabit untuk mengambil tindakan. Faizal Tahir telah di ambil tindakan tapi bagaimana pula, Artis wanita yang memang jelas salah dalam undang-undang islam…(saya saja cakap undang-undang pada zaman ni mana takut dengan hukum)… Saya pun tak paham kenapa wujudnya Jabatan Agama Islam <– takkan nak tangkap ajaran sesat aje kot. Saya pun tak paham kenapa wujudnya beberapa lagi Jabatan yang di beri tanggungjawab oleh kerajaan untuk memantau aktiviti-aktiviti artis.
Sebenarnya kita tidak boleh mengharapkan Pihak Kerajaan atau Pihak Agama sahaja, Kita sendiri perlu ambil tindakan.. dengan cara tidak memuja pada artis, mempertengahkan isu ini, dan macam-macam cara lagi. Tapi kita tidak melakukan perkara sebegini… Kenapa? Adakah kita takut kita pula yang mengambil tindakan? atau pun NANTI DAH TIADA TEMPAT UNTUK CUCI MATA.
Apa punya gila lah… kalau kita berfikiran sebegini….
p/s :- saya tahu tiada guna saya meluahkan perasaan disini…
p/s:- tetapi sebagai orang yang beragama islam.. SAYA TIDAK AKAN TAKUT DALAM BERKATA YANG BENAR!!!!
p/s :- yang haram tetap haram… tidak boleh di halalkan.. ( Cari rezeki dengan cara elok tak boleh? )
Popularity: 60% [?]



13 Comments
biasalah tuh admin, sbb tu lah saya pun tak berapa suka tengok konsert2 dgn anugerah2 lah apa2 jelah mengenai hiburan Malaysia nih. Tatau nak cakap apa dah… bila ditegur sbb berpakaian menjolok mata kata itu fesyenlah, senilah, sponsorlah, tak ikut peredaran zamanlah… lepas tu pula disokong oleh media-media malaysia nih.. menunjuk body dpn tv dan dlm suratkhabar… kata jer negara islam tapi artis islam ( yg menjadi pujaan kononnya) tak cukup kain atau perangai 3/4…
betul tu Admin.Saya sangat2 setuju dgn saudara..
Yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas..Di antara keduanya terletak syubhah.
Maka, apakah pilihan kita?
Ana sokong..
tahniah kerana berani bersuara
:lutfee:hamid:
- sebenarnya di akhir zaman memang tuhan jadikan dunia seperti begini… dimana, ramai lebih kepada kemudaratan(kedosaan,kejahatan) manakala kebaikan berkurang dari hari ke hari… Itu kan janji Allah S.W.T terhadap umat nya… Di akhir zaman akan datang kiamat…
:zuhairy: halal memang jelas dan haram itu pun jelas… syubhah(kesamaran) jika tiada halangan elok elakkan aje
ana juga sokong pendapat yg diutarakan.. Nauzubillah.. ana suka lagi tengok rancangan mari bertarannum, mari mengaji slot tv9..lebih berfaedah..itulah cara yg lbh baik utk mndidik anak generasi kita.
salam alaik…alhamdulillah saya tak tengokpun bab2 hiburan atau anugerah2 ni..skrin ke ajl ker sebabnya dah tahu mmg depa nih pakai baju seksi giler macam tak pakai baju aje.sedih bila wanita( segelintir sahaja) tak kira dia siapa bagaikan seronok dapat tayang susuk tubuh dan mendedahkan segala aurat mereka..kalau dengan manusia mereka tak malu apa lagi dengan Allah…
memang benar kata cahaya… tak ramai yang mengerti mengenai agama sendiri kerana mereka beragama kepada yang ghaib tetapi di tajali kan kepada diri mereka… jadi mereka mungkin beranggap “alah, bukan tuhan nampak pun…” atau pun “tak pa aku di lahirkan islam… kan tuhan itu maha pengampun lagi maha pengasih… dah tuhan pun pernah berjanji yang orang islam ini akan pasti masuk ke syurga…” tetapi dia orang tak pikir ker… orang kafir boleh jadi islam… islam tak boleh jadi kafir ker? <– minta maaf mungkin ramai tak paham kot
Very nice reading and it works me well. Thanks for it.
Kalau artis yang tak faham Islam dan hukum, macam tu lah. Bagi mereka tutup kepala adalah fesyen dan bukan sebagai hukum wajib.
Assalamualaikum.
Saya rasa semuanya berbalik kepada soal siapa/pemimpin mana yang kita pangkah. 8 Feb ni kenalah buat pilihan yang tepat…Tak gitu?
Maksud saya 8 Mac. Maaf salah haribulan. 24 Feb ni penamaan calon di tempat kerja saya ILP Ipoh (http://www.ilpipoh.gov.my).
Saya baru-baru tiba di weblog dan percaya benar-benar merupakan baik artikel i merasa senang membaca aku beberapa baik informasi untuk keprihatinan. Saya memeriksa beberapa untuk lainnya beberapa di dalam Anda blog dan ditemukan benar-benar pendidikan dan memahami banyak titik juga dari Anda bermakna. aku akan kunjungi situs lagi sering sebab aku pikir itu manfaat saya banyak.
Aw, this was a really great post. In theory I’d like to write like this also – taking time and real effort to make a good article… but what can I say… I procrastinate alot and never seem to get something done.