Backlink Tag, Soalan Raya yang perlu saya jawab

Tanpa saya sedari pada hari raya baru-baru ini saya telah terkena Tag dengan rakan blogger (JuniorIM.com) yang lain.  Jadi saya perlu menjawab lah soalan beliau ini. Tapi sebelum itu, saya ingin berkongsi mengenai tag, walaupun saya pertama kali terkena benda ini.

Apa yang saya faham mengenai Tag ialah meminta rakan blogger yang lain menjawab soalan yang di utarakan dan buatkan backlink ke blog mereka. Sebenarnya saya pun tak berapa tahu asal usul sistem ini. Tetapi saya tahu, ia akan memberi kesan kepada rakan-rakan yang melakukan nya.

Soalan dan jawapannya :-

Berapa pasang baju raya aku tahun ni dan apa pulak warnanya?
Saya rasa satu pasang baju melayu dan satu baju t-shirt colar. Raya tahun ni gawat sikit kot :P P , pasal warna aku tak reti nak sebut. Aku rasa warna ungu kot

Apakah Makanan Tradisional Raya Kegemaran aku?
Herm… benda sebenarnya cukup sensitif saya nak jawab. Sebab saya ni bukan jenis menolak makanan yang dihulurkan, makan aje janji kenyang. Tapi untuk menjawab soalan ini saya rasa suka makan lemang dan ketupat palas kot…

Apakah biskut Raya kegemaran aku?
Biskut raya kegemaran aku banyak juga… soalan ni pun termasuk dalam kategori sensitif jugak ni. Bagi aku biskut raya yang ada coklat mesti aku ambil dulu :)

Berapa banyak duit Raya aku dapat tahun ni dan Berapa pulak aku spend?
Dapat tak da kot… maklumlah orang dah kahwin.. Aku spend sikit aje sebab kegawatan ekonomi ni. Aku bagi dekat sedara rapat RM2 dan orang yang datang beraya RM1 dan baby bawah 2 tahun aku bagi RM10. Bab kata pepatah… Budak kecik tak boleh pegang duit banyak-banyak :P . Tapi bagi aku budak kecik lah boleh bagi banyak sebab dia tak tahu guna. Yang guna pun mak bapak dia orang, so dapatlah membantu dia orang.

Aktiviti Malam Raya Aku?
Aktiviti aku buat takbir dengan sedara-mara terdekat. Buat dekat rumah sahaja.. bergilir-gilir dengan sedarar lain.. selepas tu, macam biasalah… makan..makan..makan….and makan

Sekarang aku ingin pass pulak tag ni kepada……

Rakan blogroll semua berhak untuk menolak permintaan tag saya ini. Tetapi harap-harap dapat lah jawab yer, nak tengok blogger malaysia ni semuanya sporting atau tidak…

Popularity: 8% [?]

Advertisement

tiada komen.

Ada Komen?