Bagaimana melayu malaysia sekarang?
Sejak akhir ini, banyak betul cerita yang berkaitan dengan MELAYU. Tidak kira dari segi politik, perkauman, dan sebagainya. Pada pendapat saya, melayu itu tidak salah, yang salah ialah pemikiran yang tidak bersih dari prasangka yang bermain di dalam hati. Pada masa ini, terlampau banyak isu yang di pertengahkan hingga menyentuh perkauman dari pelbagai bangsa.
Oleh kerana sifat tamak, yang inginkan kuasa untuk mentadbir sesuatu daerah, negeri ataupun negara. Mereka sanggup bertikam lidah dengan mengatakan mereka berada di golongan yang benar. Pada hal, ada sesuatu yang menikam mereka dari belakang dan menghasut mereka supaya menderhaka kepada Sultan mahupun Raja.
Bangunlah wahai sedara melayu sekalian, jangan pandang kepada satu haluan. Tengok di sekeliling, siapakah dalang yang menyuruh sedara sekalian melakukan pemberontakkan? Jangan sampai tergadai negara, dan juga jangan sampai tergadai maruah seorang melayu. Kita harus ingat, jika di sebut perkataan melayu mesti ia berkaitan juga dengan Agama Islam.
Islam tidak pernah mengajar kita menderhaka, islam juga tidak mengajar kita untuk bertindak ganas. Jangan di sebabkan batu api yang kecil, kita berpecah belah… perhatikan lah sekeliling kita. Sesungguhnya, Tuhan sentiasa memerhatikan tindak tanduk kita, tidakkah Tuhan itu maha berkuasa? Tidakkah kita sebagai umat islam yang memiliki pegangan yang bersih dan juga mempunyai pertunjuk yang telah di sampaikan oleh Rasulullah Junjungan kita.
Kembalilah kita melutut membaca, apa yang telah di amanahkan kepada kita untuk di bawa sampai ke hari akhirat. Al-Quran, yang benar-benar memberi pengajaran daripada kisah-kisah yang dahulu, boleh membuatkan kita menangis. Oleh kerana, keadaannya sama dengan kita pada masa ini. Cuma yang membezakan ialah ILMU. Ya, ilmu lah yang membantutkan semua.. Terlampau banyak ilmu sehinggakan kita lupakan hukum, akal, dan adat.
p/s: Sebenarnya., inilah luahan batinku apabila melihat manusia zaman sekarang. Sedih, hiba dan hampa….
5 post yang ditulis oleh sahabat
- Salam Ramadhan, Welcome untuk Syawal - September 5th, 2010
- Kereta, Adsense dan Hari Jadi! Ops.. Offer Price - August 21st, 2010
- Puasa, Birthday, dan Adsense - August 14th, 2010
- Selamat Berpuasa! - August 13th, 2010
- Crocs dan kebenarannya..? Kalimah Allah? - May 29th, 2010
Popularity: 21% [?]





Sahabat ingin belajar menjadi blogger yang terbaik. Apa yang di maksudkan terbaik disini ialah menwujudkan satu blog yang penuh informasi dan bukan berlandaskan perniagaan internet sahaja..
ko nangis ke beb..isu melayu dan islam ni seharusnya diberikan pendekatan yang lebih tulus lagi..
arap melayu kembali kuat mengharungi dunia serba mencabar ini
@catzer:- aku tak menangis, tapi aku tangkap lentok lak dengan perasaan aku kali ini..
@webvideoklip:- harap macam tulah, yang penting bersatu…
patutla semacam je ko 2,3 menjak nih..