Cuti Raya Cina, Cuti Wilayah sampai blogpun tak update!
Musim cuti dah berlalu tapi masih ada satu lagi cuti pada hari isnin minggu depan Cuti thaypusam. Pada minggu cuti hari tu, saya duk sebuk balik kampung. Maklumlah baby, tak pernah sampai lagi kampung bapak dia. Masalah VPS saya pun dah setel, mat salleh tu kasi saya 7 bulan percuma. Untuk menaikkan kreadibilitinya. Saya puji sikap dia, sebab dia betul-betul menyesal apa yang telah berlaku.
Pendapat anda? Sapa yang sanggup bagi free account sedangkan dia pun terpaksa bayar bulanan untuk teruskan syarikatnya?
Saya berharap benda ini semua dapat memberi pengajaran kepada saya pada masa akan datang. Sebenarnya saya betul-betul terharu, mat salleh ini memberi contoh yang baik. Sebab tindakan dia tu membuatkan saya terfikir sekejap. Adakah umat islam sekarang seperti ini? Kalau umat islam seperti ini sudah pasti Islam lebih kuat dari masyarakat lain.
Jadi di sini saya telah mempunyai buah pemikiran sendiri, bahawa.. agama tidak boleh membentuk seseorang, agama cuma membantu. Tidak kira agama apa, ia tidak dapat membentuk sesiapa pun. Jadi saya meletakkan mind set perkara utama, ya.. mind set akan membantu semua orang untuk berubah menjadi lebih baik lagi. Seperti kita sebagai umat islam mengatakan manusia yang sempurna adalah manusia yang mengunakan akal.
p/s: Pasal YM dekat laptop isteri saya sekejap ok dan sekejap tak ok…
5 post yang ditulis oleh sahabat
- Salam Ramadhan, Welcome untuk Syawal - September 5th, 2010
- Kereta, Adsense dan Hari Jadi! Ops.. Offer Price - August 21st, 2010
- Puasa, Birthday, dan Adsense - August 14th, 2010
- Selamat Berpuasa! - August 13th, 2010
- Crocs dan kebenarannya..? Kalimah Allah? - May 29th, 2010
Popularity: 16% [?]





Sahabat ingin belajar menjadi blogger yang terbaik. Apa yang di maksudkan terbaik disini ialah menwujudkan satu blog yang penuh informasi dan bukan berlandaskan perniagaan internet sahaja..
Sedih bila tengok bangsa lain lebih mulia akhlaknya dari mereka yang seugama dengan kita…