Dah tiba waktu raya…

Pejam celik.. pejam celik tiba-tiba sahaja dah nak raya… Begitu sekejap masa meninggalkan kita… begitu juga dengan ramadhan… saya merasakan baru semalam berpuasa.. tiba-tiba sahaja dah nak raya…

Terkejut juga saya dalam menghitung waktu.. mana tidak nya esok lusa dah raya.. insya allah. Kalau nak ikut kan saya, memang saya dah lupa pasal raya :) . Al maklum lah waktu kerja saya melupakan segalanya… Percaya atau tidak, pasal raya ini pun saya tersedar kerana kawan saya… Patutlah selama ini saya tengok muka dia macam tak da mood.. Rupa nya dia duk fikir pasal cuti :P … mesti dia sangka bos tak luluskan cuti dia kot kebetulan kami dengar cerita yang raya tahun ini payah dapat cuti. Sebab nya kami ada operasi di stesen bas…

Alhamdulilah.. kelmarin dia tersenyum.. sebab dapat tahu yang cuti dia diluluskan… apa lagi terus lah cabut balik ke kampung… Masa itu lah baru saya tersedar… sudah dekat sangat rupanya syawal ni…

Patutlah dalam media masa hari ini, banyak cerita pasal balik kampung dan bunga api… Oh ya lupa lak… satu lagi pasal kemalangan di jalan raya :” . Saya pun tak faham kenapa asal raya sahaja mesti banyak kemalangan berlaku… asal cuti panjang sahaja mesti ada kemalangan berlaku… kalau kita cakap qada’ dan qadar memang lah… itu kita tidak boleh pertikaikan… tapi kita kena ada usaha dalam merubah sesuatu itu menjadi lebih baik kan??

Jadi tahun ini mari kita tanam kan perasaan…. “AKU NAK SELAMAT SAMPAI KE KAMPUNG KU” selepas ucapan kalimat syahadat semoga kita di lindungi tuhan selalu…

p/s : Selamat Hari Raya….

Popularity: 12% [?]

Advertisement

tiada komen.

Ada Komen?