Farmville oh farmville

gain XP from farmvilleNak dekat 2 bulan kot saya tidak update blog ini, maklum terlampau sibuk dengan kerja-kerja offline saya. Sampai tak sempat nak buka blog saya ni.

Walaubagaimanapun, blog ini tetap mempunyai pengunjung, terutama sekali pengunjung yang tak di undang yang meninggalkan kata-kata lucahnya di bahagian komen saya. Biasalah, salah satu cara building backlink ialah meninggalkan komen di blog-blog yang sudah lama tidak aktif, terutama sekali blog yang tidak mempunyai protection plugin seperti Spam Karma, atau Akismet. Jadi kepada blogger yang tegar berperangai macam saya (malas update blog) , pastikan anda semua aktifkan plugin-plugin tersebut.

Sebenarnya saya mungkin sudah hilang fokus dalam blogging ni, sebab terlampau lama bercuti, dan asyik bercucuk tanam di facebook. Nampaknya saya juga terkena dengan amukkan daripada salah satu game yang popular di facebook iaitu Farmville, saya rasa developer ni memang saja reka game ini untuk memukau si pemain :P sehinggakan setengah orang sanggup tunggu pokok yang dia tanam tumbuh buah.

Jadi hari ini, saya paksa diri saya untuk menulis balik di dalam blog ini, walaupun banyak perkara yang menghalang terutama sekali minda saya. “Arghhh… malasnya nak menaip” dan ada juga berbunyi “Apa aku nak tulis ni?” ….

Aduhai dah 2 tahun lebih blog ini berjalan.. tetapi kelemahan yang sama tak pernah nak hilang. Sedih tul.. tak janji ada income yang masuk :)

Sekarang saya masih sibuk memberi fokus kepada 2 website saya cuba kemas kinikan untuk di manfaatkan oleh rakyat malaysia.. insya allah…

Popularity: 10% [?]

Advertisement

tiada komen.

Ada Komen?