Kelahiran cahaya mata ke-dua, adakah aku akan terlupa yang pertama?
Alhamdulilah, akhirnya berakhirlah perhitungan hari untuk cahaya mata yang ke-dua ini. Selepas selamat di lahirkan pada ……………………. kemungkinan sukar juga untuk aku menerima kerana di dalam usia 24 tahun telah mempunyai 2 orang anak yang umur nya berbeza cuma setahun.
Tetapi aku kini lebih matang kerana dapat menerimanya dengan tangan terbuka dan sedia menerima tanggungjawab aku sebagai bapa kepada 2 orang yang bakal akan di gelar gadis, perempuan dan seterusnya wanita kepada orang yang akan mereka sayangi nanti.
Kepada rakan-rakan yang mengenali aku, Di sini aku sertakan gambar anak aku yang baru lahir.
ini anak sedara engkau orang ni, gambor anak sulung kesayangan aku.
Aku takut juga dalam menghadapi situasi ini, oleh kerana kedua-dua anak aku tidak pandai bercakap lagi
jadi aku tidak tahu apakah perasaan mereka terhadap aku, sebagai bapa mereka. Oleh kerana umurnya terlalu rapat, aku perlu lah berlaku adil terhadap kedua-dua mereka. Itu saja yang berada diminda aku sekarang.
Tetapi yang pasti aku tetap sayang kedua-duanya.. oh… ini lah perasaan seorang bapa… Kerja aku tertangguh untuk beberapa hari, termasuk lah dalam update blog dan projek untuk tahun depan. Beberapa website telah berjaya aku jual kepada mat salleh – mat salleh yang berminat untuk meneruskan matlamat website tersebut. Itulah bekal aku untuk tahun depan. Maksud aku modal, modal adalah penting untuk anda memulakan sesuatu tapak permulaan.
Nasihat saya jangan takut untuk mengeluarkan modal, walaupun rm10 ia tetap modal anda, dan anda haruslah beri perhatian tersebut, takut nanti over modal lak 
5 post yang ditulis oleh sahabat
- Adakah transaksi di internet sah? - February 13th, 2010
- Dua bulan aku menyepi, tetapi blog aku tetap meriah! - February 5th, 2010
- Nostradamus 2012 - December 7th, 2009
- Perkara paling penting sebelum... - October 31st, 2009
- Wajah baru! - October 30th, 2009
Popularity: 27% [?]







Sahabat ingin belajar menjadi blogger yang terbaik. Apa yang di maksudkan terbaik disini ialah menwujudkan satu blog yang penuh informasi dan bukan berlandaskan perniagaan internet sahaja..
Woah Boss! First of all, TAHNIAH dapat cahaya mata lagi
Aku rasa yang pertama tidak akan boleh di lupa kan kot. Yang kedua akan menjadi penyeri
Bila nak dapat yang ketiga? ehehehe
Tahniah tahniah!
terima kasih bro…
harap macam tulah, aku memang dah dapat sikit feel ni
feel bapa soleh…
yang ketiga tu lah yang sedih ni, aku dah siap kena kaunseling… kuakuakua
Tahniah bro.
Sama jer.
Makin lama kau akan makin sayang kat dua dua. Cuma priority, akan lebih banyak masa utk yg lebih kecik. Sayang. Takder belah bagi.
isk…xknla anak sndri pn leh tlupa…
kim slm anak sedara aku tu…hehe
Tahniah brader….moga murah rezeki
tahniah bro..semoga makin murah rezeki..
Saya pun ada dua org anak.. Kadang kadang rasa berat sebelah lama kelamaan dapat balancekan.
Yang penting sentiasa bersama mereka lebih menceriakan kehidupan kami sekeluarga
oklah tu dapat 2 anak..aku pun dah lalui macam ko tu..cuma kena tanamkan/kuatkan sifat sayang, kasih dan kesian..pasti anak sayang kat ko nanti..
http://www.newforexaccount.blogspot.com
salam maal hijrah…tahniah..comelnya anak2 anda…pastinya anda bertuah kerana dalam usia yg masih muda…anda sudah mempunyai dua org anak…berapa ramai mrk yg di luar sana inginkan cahaya mata…bersyukurlah…kasih sayang tu tidak mungkin berbelah bagi biarpun berapapun anak yg di anugerahkan………
terima kasih semua… komen bro dan sis… sedikit sebanyak memberi semangat kepada saya….
sebenarnya memang saya bersyukur teramat… kerana kurniaan tuhan yang di beri kepada saya….
Tahniah dapat anak yang ke-2. Semoga di murahkan rezeki..Insyallah..
tahniah, alhamdulillah dpt anak.. bagus nye.. minat juga ak nak kawen awal. cume kedudukan ekonomi tak stabil ah.. istri umur bpe? smoga murah rezeki..
@chuckiesd :- terima kasih
@muhafis :- isteri saya setahun tua dari saya…
huhu… tambah ahli baru dalam keluarga kami.. thanks coz bg kami sekeluarga bahagia.. dgn 2 org ank buah.. yg x teernilai..
kelakar btl tgk si umaira..yg kuat sifatnya nak tau suma benda.. untuk mardiah.. rasa aman.. bila tenung time dia tidur.. hehehe
p/s time yg best utk train aku jd ibu…hahaha akan datang..
@fairous:- yer ker aku bagi keluarga bahagia
… ingat kan nyusahkan mak dan abah aje… asyik minta bantuan… apa-apa hal terima kasih lawat blog abg ipar yang hensem ni
p/s: tahun ni laki lak…wakakakakka