Kenalkan kenderaan baru aku

Salam,

saja nak release tension sekejap. Sekarang saya sibuk dalam fokuskan website Shopping Directory untuk malaysia ini. Sekarang mungkin tunggu kesan daripada marketing yang saya buat. Directory tersebut masih banyak kekurangan, kerana masih tidak mempunyai isi kandungan lagi. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa blogger yang telah menyertai review website tersebut. Saya harap rakan semua berpuas hati terhadap payment yang saya beri itu.

Sebenarnya tujuan post kali ini ialah untuk memperkenalkan kenderaan baru saya untuk pergi ke pejabat setiap hari. Oleh kerana ekonomi yang tidak menentu, jadi isteri saya terpaksalah mengunakan motor saya untuk pergi ke tempat kerja dia. Nasib baiklah saya ada satu motor lagi, tetapi sudah 1 tahun tidak digunakan. Maklumlah saya sudah beli motor baru, jadi motor lama saya tinggalkan lah. Alhamdulilah, condition motor tersebut masih boleh digunakan lagi.

Inilah kenderaan saya sekarang, selamat berkenalan… oh lupa, selain tu ada gambar awek aku, yang baru baik demam campak :P

kenderaan baru

kenderaan baru

anak aku yang dah baik demam campak!

anak aku yang dah baik demam campak!

sebelum saya lupa, salah seorang IM Malaysia (Amirul Faisyal) ada menulis ebook percumanya yang bertajuk Panduan Asas SEO, ebook ini ada menerangkan mengenai :-

  1. Pengenalan – WordPress sebagai CMS (Content Management System) yang mesra enjin carian;
  2. SEO – Optimisasi laman web untuk enjin carian;
  3. Asas-asas optimisasi dalam laman (On-page optimization) WordPress;
  4. Optimisasi dalam laman (atau dalaman) #1 – Mengubah setting permalinks;
  5. Optimisasi dalam laman (atau dalaman) #2 – Menentukan penggunaan www atau non-www pada laman WordPress anda;
  6. Optimisasi dalam laman (atau dalaman) #3 – Memasang plugin ‘All in One SEO’;
  7. Optimisasi dalam laman (atau dalaman) #4 – Memasang plugin ‘Google XML Sitemap’;
  8. Optimisasi dalam laman (atau dalaman) #5 – Memasang plugin ‘Yet Another Related Posts’;
  9. Optimisasi dalam laman (atau dalaman) #6 – Memasang plugin ‘Bookmark/Tell-A-Friend/Share’;
  10. Optimisasi dalam laman (atau dalaman) #7 – Optimisasi imej;
  11. Optimisasi dalam laman (atau dalaman) #8 – Membina fail robots.txt;
  12. Asas-asas optimisasi luar laman (Off-page optimization);
  13. Rangkuman

Rakan blogger boleh mendowload tanpa mengisi email atau nama, ini bermakna “totally free”. Jadi jangan tunggu lama-lama.. rakan semua boleh pergi ke sini untuk download ebook percuma tersebut

Popularity: 14% [?]

This entry was posted in Dari Penulis. Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

4 Comments

  1. Posted May 24, 2009 at 1:52 am | Permalink

    ..pergh! nostalgia betul la kenderaan baru tu :) awek kat sebelahnya pun cun! saya dah download Panduan Asas SEO tu memang sangat bagus utk blogger..dah ler tu free pulak takyah nak isi opt-in. selamat ‘memandu’ kenderaan baru..

  2. Posted May 26, 2009 at 9:09 pm | Permalink

    peh semangat 60′an ni huhu.. xramai ade vespa lagi..

  3. Posted May 27, 2009 at 11:49 pm | Permalink

    vespa tu dah lama saya beli.. tahun 2002 kot tapi dah lama terkandas sebab angkat motor LC jadi telah dilupakan oleh saya untuk 1 -2 tahun.. sekarang duk hidupkan balik.. dan mengecat pula…

  4. Posted May 30, 2009 at 2:23 am | Permalink

    jom..rempit sama2 ngan aku..hahahah

One Trackback

  1. [...] sistem yang Ikram telah bina ni sejauh mana fungsi & keberkesanannya. Setelah saya melawati blog beliau..rupa-rupanya sehingga saya menaip entri ini, laman web MalaysianBuy.com belum siap [...]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>