Lina Joy Bangkit Kembali?

Di sini kita bercerita mengenai hal hidup, oleh kerana tersentuh hati saya mengenai kisah Lina Joy ( Azalina Jailani ). Ingin saya pertengahkan di blog saya ini. Memang cerita ini mungkin terlalu lama untuk diceritakan tetapi masih lagi perlu disampaikan untuk orang-orang islam di Malaysia. Orang Islam di Malaysia memang hidup didalam kemewahan dan kesenangan. Kesemua mereka suka melarikan diri dari kehidupan yang realiti, mereka lebih suka “play safe” ini lah yang terjadi di Malaysia.

Mereka sanggup tidak bersuara kerana takut akan di terima padah. Tetapi pelik, kenapa mereka takut dengan padah di Dunia? Adakah mereka sudah tidak percaya kepada Akhirat? Memang mudah jika kita ingin hidup senang pada masa kini. Tutup mulut dan Tutup mata, just follow sahaja suara utama yang bersuara. Tetapi siapa suara utama itu? Adakah Lina Joy ( Azalina Jailani ) itu suara utama? Di sini sedikit sipnosis mengenai kisah Lina Joy ( Azalina Jailani )

Isu Lina Joy atau nama sebenarnya Azlina Jailani yang memohon murtad telah sekali lagi membuktikan bahawa aqidah umat Islam mudah terhakis di bawah undang-undang sekular. Lina, 42 tahun, yang dilahirkan dalam keluarga Melayu Muslim, telah memohon supaya perkataan “Islam” dibuang daripada kad pengenalannya. Walau pun permohonannya belum lagi diputuskan oleh mahkamah namun beliau telah pun menganut agama Kristian. Lina diwakili oleh 4 orang peguam bukan beragama Islam. Salah seorang peguam beliau, Datuk Dr. Cyrus Das, berhujjah bahawa Lina mesti diberi hak dalam perlembagaan untuk memeluk agama yang dipilihnya. Menurut Das, mereka yang merangka Perlembagaan Persekutuan mahu Malaysia menerimapakai undang-undang sekular dan bukan undang-undang Islam. Das menegaskan bahawa mahkamah sepatutnya menolak hujjah yang mengatakan bahawa Islam mengatasi Perlembagaan. Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, berhujjah bahwa jika Muslim dibenarkan mengisytiharkan diri mereka murtad, ia akan mendatangkan kesan negatif ke atas beberapa pihak.

Menurut laman web Malaysiakini.com bertarikh 8 Julai 2006, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria mendakwa seramai 250,000 orang Islam di Malaysia termasuk seorang yang bergelar ‘ustazah’ telah murtad. Angka mengenai murtad itu diperolehi dari kajian sekumpulan profesional dan intelektual Melayu yang menjalankan kajian mengenai masalah ini pada tahun lepas. “Wanita bergelar ustazah itu mengetuai kumpulan ribuan mereka yang murtad ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar “Dasar Aparteid Terhadap Wanita Islam di Malaysia: Satu Penilaian” di Kuala Lumpur. Pendedahan Harussani mengenai penyelewengan aqidah umat Islam di negara ini dilakukan selepas beliau mendakwa masyarakat Melayu membelanjakan RM1 bilion setahun untuk minum arak dan RM3 bilion lagi untuk berjudi. Beliau selanjutnya menegaskan bahawa terdapat masyarakat Amerika yang beranggapan umat Islam Malaysia adalah kalangan yang zalim kerana menyebabkan golongan murtad tidak sanggup mengaku secara terbuka sudah keluar dari Islam kerana bimbang dibunuh atau dipukul. Menurut Mufti Perak ini lagi, beliau juga menerima sepucuk surat dari Persatuan Mubaligh Kristian Amerika yang menuduh Pejabat Agama Islam di sini bersifat zalim kerana tidak membenarkan 30,000 orang Islam Melayu untuk masuk Kristian. Surat itu juga meminta Pejabat agama Islam supaya jangan mengganggu kerja-kerja seorang mubaligh di negara ini yang dikenali dengan nama ‘ustaz’ yang cuba mempengaruhi para remaja liar untuk murtad. Harussani juga memberitahu beliau telah menulis dua memorandum bertajuk “Ancaman-ancaman Terhadap Islam” kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Majlis Raja-Raja pada April lepas bagi memaklumkan gejala murtad itu. Katanya berikutan itu satu arahan telah dikeluarkan kepada pihak berkuasa agama Islam untuk mengambil tindakan segera, bagaimana pun tiada tindakan susulan diambil kerana badan itu memberi alasan ia hanyalah satu maklumat tanpa bukti.

Mungkin orang Malaysia tidak pandang isu ini penting, yang penting duit kena masuk? Betulkan? Bagaimana jika suatu hari nanti kita di jajah semula, maksud saya bukan negara yang di jajah tetapi agama kita yang di jajah. Argh.. perkara itu tidak mungkin akan berlaku. Jika kamu berfikiran begini anda silap. Jangan pandang ringan mengenai agama, kerana agama lah yang kita pegang, bukan melayu yang di pegang.

Pemikiran Manusia sudah berubah, betul ker ni? Pendapat saya memang dah berubah, sudah ramai yang berani menentang ayat-ayat Al-Quran, dan lebih menakutkan isu haram halal ini adalah perkara yang remeh. Bangun dari tidur umat islam, jangan pikir anda sentiasa selamat.

p/s : Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria, saya benar-benar menghormati anda sebagai seorang Ulama yang berani bersuara. Bersuara kerana kebenaran, kadang-kadang saya merasakan andalah seorang Ketua Ulama di Malaysia, ini boleh di bukti cuma anda yang berani tampilkan diri. Teruskan usahamu, sesungguhnya kami sebagai rakyat Malaysia tidak dapat memberi apa-apa kecuali rintihan suara dan mengharap perlindungan dari orang yang Ariff. Tetapi ingatlah Tuhan sentiasa dekat kepada mereka yang berjuang ke jalanNya dan ingatlah kuatkan lah semangat mu, seperti Rasulullah menjalankan Tugas nya sebagai pendakwah dan pemimpin.

p/s : Pesan saya terhadap orang yang mempunyai kuasa, kekayaan, dan tidak menjalankan tanggungjawab. Tuhan itu maha mengetahui… Jika anda mengatakan anda berkerja dengan Makhluknya, Sudah pasti Tuhan murka atas perbuatan kamu. Kamu sebagai orang yang Ariff haruslah menjalankan amanah yang Tuhan berikan kepada mu. Tiada gentar dengan kuasa yang lain. Yang di Gentar Cuma Allah S.W.T

Popularity: 56% [?]

This entry was posted in Dari Penulis and tagged . Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

13 Comments

  1. Posted April 4, 2008 at 4:17 pm | Permalink

    memang kene laknat dunia akhirat diorang nih..

  2. Posted April 6, 2008 at 9:32 am | Permalink

    Ya Allah, lindungilah kami dari Dajjal dan fitnah akhir zaman . Amin .

  3. Posted April 8, 2008 at 3:17 pm | Permalink

    Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengkehendaki.. Allah swt pastinya akan memelihara agamaNya.. (Tengoklah kalau kehebatan peguam tu blh lepas dihari pengadilanNya kelak) Nauzubillah..

  4. Posted April 13, 2008 at 1:28 pm | Permalink

    kadang2 kita sedar bahwa Allah sygkn kita sbb DIA beri kita byk peluang utk kembali kpdNYA. tp menjadi persoalan kenapa kita terus lalai..

  5. Posted February 18, 2009 at 1:49 am | Permalink

    2 patah je aku nk cakap pasal lina joy… f**k off….

    sorry terkasar bahase sket…heheh..

    bengang ni pasal lina joy…

  6. firza
    Posted July 16, 2009 at 8:04 pm | Permalink

    ingt la teman seagama, bukan sejata n perang lagi strategi org mnzalimi mausia islam, hanya dgan runtuhnya akidah n iman sudah cukup memberi kemenangan besar buat mereka. sedarlah pengaruh mereka kuat, lindungi dan mohon lah pertolongan Allah supaya tidak terdetik di hati untuk membalikkan pegangan agama yang suci ini. Insyaallah.

  7. Posted July 17, 2009 at 10:55 pm | Permalink

    saya setuju dengan @firza, perkara ini sudah tidak boleh diperangi, cukup kita sampaikan berita agama antara satu sama lain, bagi saya itu pun sudah memadai..

  8. imanina balqish
    Posted April 29, 2010 at 11:15 pm | Permalink

    Sy xbrape kisah pun ape nk pkai, ape nk ckap, ape nk buat,
    aslkan sy xbuat halhal zina & skutunye..
    Sy suke modern living.
    Sbb tu sy colour rmbut, xpkai tdung, pkai shorts.
    Sronok tgk masyarakat barat.
    Lg sronok ble org ckp sy kacuk.

    Tp lpas bce byk crite ttg **** ***
    rase malu plak kat dri sendiri.
    Rse mcm bersekutu dgn die?
    Benci tgk muke sndri..
    Mengaku Islam tp xnmpk Islam.
    Ptutlah org lua xpandang Islam kuat & suci? ;(

    Saat ni sy mngis ble tringtkan kgagaln sy..
    InsyaAllah tgisan ni akn mrubh hidup
    sy sbg org Islam yg btul.. Amiin.. ;)

    • Posted April 29, 2010 at 11:40 pm | Permalink

      salam,

      semua orang ada buat salah… cuma masa jer akan merubah apabila tiba waktu yang sepatutnya…

      semoga sedari dapat petunjuk dariNya

  9. Posted June 2, 2010 at 8:23 am | Permalink

    Allah swt pastinya akan memelihara agamaNya.. (Tengoklah kalau kehebatan peguam tu blh lepas dihari pengadilanNya kelak) Nauzubillah..

  10. Posted June 28, 2010 at 4:49 pm | Permalink

    mgkin kah sbb ini islam dipndg rndah??teringin hidup pd zaman rasulullah dan berjuang bsamer bginda sbb hdup pd zaman skrg,bgiku lbih mncbar…skurang2nyer aku dpt merasai mati syahid swaktu mperjuangkan agme islam…aku amat merindui rasulullah saw…marilah same2 selawat ke atas nabi dan mohon agar dilindungi dpd keruntuhan iman….moga2 dpt peroleh syafaat dpd rasulullah..aminn..

  11. atie
    Posted November 20, 2010 at 12:33 pm | Permalink

    apa nak jadi dengan dunia sekarang ni….moga diri dan keluarga serta masyarakat sekeliling….sentiasa dalam lindunganNya dan terpelihara akidah serta keimanan mereka..amin

  12. ridz
    Posted December 4, 2010 at 6:07 am | Permalink

    Membaca artikel2 spt ini mmbuat saya berfikir sejenak. Bukan hanya segelintir masyarakat negara kita yg bersalah dlm hal minah joy ni. Secara x sedar kita semua terlibat sama. undang2 syariah diguna pakai hanya dlm kes tertentu. Kenapa ada undang2 lain yg mampu mmpertikai undang2 Islam? Kitalah sebabnya..kita yg mnyokong penularannya. Sedarkah kita? semestinya! apa tindakan kita? selagi bernaung di bawah amalan perundangan buatan manusia, selagi itulah luahan kita tinggal cakap2 kosong saja..

One Trackback

  1. [...] post saya dekat blog Lina joy Bangkit Kembali? p/s : ini saja cara yang saya dapat bantu __________________ Hantarkan Artikel Anda Di [...]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>