Percaya atau tidak saya memang tak boleh nak ber’blog

Salam kepada semua pembaca setia, percaya atau tidak saya tidak dapat update blog buat masa sekarang. Oleh kerana saya sibuk dengan aktiviti pembinaan website yang perlu di lakukan segera!

Baru-baru ini, hosting business saya mempunyai masalah dalam menghantar email ke penguna Yahoo dan Hotmail. Selepas edit balik coding, memang sah ini bukan masalah daripada script tetapi bermasalah daripada hosting saya. Kerana pihak pembekal email (Yahoo dan Hotmail) telah ban kan ip hosting saya sebagai spammer. Bila masa pula saya duk spam orang ni? Biasalah kalau duduk dekat shared hosting, memang mengunakan IP address yang sama. Seorang buat taik semua orang kena :(

Selepas maklumkan kepada pembekal hosting saya, tetapi tidak mengambil tindakan awal (maklumkan kepada pihak berkenaan). Saya mencari solution lain, iaitu tukar server yang lain! Ini semua demi pelanggan saya, untuk menjaga mutu dan kualiti perkhidmatan saya. Saya merasakan saya perlu melakukan perkara tersebut.

Masalah ini telah selesai pada hari isnin baru-baru ini. Sekarang masalah kedua saya ialah, website tersebut telah berada di pasaran! Maksud saya disini, saya telah mengiklankan website tersebut di blog-blog yang berkenaan! Tetapi beberapa function tidak berfungsi.

Ini yang saya sekarang tengah sibuk, sehinggakan tidak dapat update blog dan beberapa website saya lagi. Secara automatik revenue saya berkurangan untuk bulan ini :( .

p/s: Rasa belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa. Sekian Terima Kasih :P

Popularity: 17% [?]

This entry was posted in Dari Penulis. Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

One Trackback

  1. [...] saya dapat mengesannya dengan segera! Mungkin saya perasan 2 hari selepas post terakhir saya Percaya atau tidak saya memang tak boleh nak ber’blog yang telah di buat pada hari Rabu hari [...]

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>