Benarkah kita boleh membuat perniagaan kecil di rumah? Jawapan saya bagi ialah Ya, anda mampu membuat perniagaan anda sendiri di rumah. Oleh kerana terlampau banyak peluang atau masa anda yang berada di rumah. Jangan di sia-siakan dengan membuat sesuatu yang tidak berfaedah. Mungkin zaman ibu bapa saya membuat perniagaan menjahit kain. Itu pun ala kadar, tidak lah serius mana. Sudah tentu tujuan mereka untuk mencari pendapatan sampingan.
Tapi kita perlu sedari, selain perniagaan tersebut banyak lagi perniagaan yang boleh kita terokai. Pada masa kini, saya cukup yakin setiap rumah mesti mempunyai komputer dan mampu melayari internet dengan pakej streamyx yang selalu memberi offer yang berbaloi untuk rakyat Malaysia. Sekarang sudah tiba kita terokai perniagaan melalui internet. Memang banyak ebook mendedahkannya tetapi berapa peratus yang berjaya?
Ini adalah persoalan yang selalu bermain difikiran kita. “Boleh berjaya kah kita?” “Aku tak tahu apa-apa tentang internet”.
Sebenarnya semua mampu, walaupun mereka seorang mekanik sekalipun. Kita perlu ketahui peluang yang berada di depan kita bukan untuk selama-lamanya. Mungkin untuk sehari, dua hari, atau tiga hari. Tetapi bagaimana kita ingin melakukan supaya ia berkekalan?
Disini saya ingin berkongsi pengalaman saya, orang yang mengeluarkan wang untuk menimba ilmu sememangnya bagus tetapi ia juga akan menjadi tidak bagus. Kenapa? sudah tentu anda perlu mempratikan apa yang anda baca. Bukan sekadar menyimpan ebook-ebook tersebut di hardisk anda. Satu lagi ialah, orang yang suka mencuri peluang adalah seorang yang akan melangkah lebih jauh untuk menemui kejayaan mereka. Memang benar, tetapi jenis peluang apa yang patut dicuri? semua ini anda perlu fikirkan terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu.
Popularity: 11% [?]



2 Comments
yang betull…daripada dok melanguk jer kat umah takder wat aper2 batul…surfing2 internet..baca2 cerita dari blog2..mungking itu satu process menimba ilmu jugak kan…
yap betul… ini adalah cara free dan kalau jumpa blog yang berkaitan dengan apa yang kita cari cepat-cepat bookmark… sebab kita boleh baca semua info dekat sana.
One Trackback
[...] benar-benar meningkat dengan mendadak. Setanding dengan kehadiran peminat-peminat “Pendapatan Sampingan Di Rumah” yang sentiasa mencari cara membuat duit di dalam [...]